Saturday, July 3, 2010

Sampai di sini...

Salam sejahera buat semua bloggers yang dikasihi..
Kini, sudah tiba masanya untuk saya men 'update' blog in memandangkan seminggu yang lalu saya agak sibuk. Usai sudah satu majlis yang aku telibat sama secara langsung di bawah organisasi MeLEX[Me & Law Society] pada 1 Julai 2010 bertempat di Dewan Al-Malik Faisal. Walaupun tugas yang digalas tidaklah seberat dan sepenting Program Coordinator tetapi Preparation & Technical Crew a.k.a MeLEX Production Studio tetap mahu memberikan yang terbaik buat semua yang hadir terutamanya Advisors. Terbaikk tau~

Pada malam itu, telah diumumkan barisan kepimpinan MeLEX yang baru, yang mana majoriti dipegang oleh pelajar tahun satu dan tiga orang calon dari pelajar tahun kedua telah berjaya mendapat tempat dalam Melex Syura Council. Tahniah buat semua!!! Semoga Melex terus mencipta sejarah untuk masa akan datang~ Dengan adanya barisan baru itu, maka tamatlah sudah khidmatku dalam Melex especially Melex Production Studio. Komen saya: Alia> memang semangat buat kerja, Aiman> orang yang paling komited, Qiqi> sentiasa membantu, Zehan> kritikan membina dan tidak lupa juga kepada Aqmal> artis dlm Melex...

Imbas kembali...

Tugas pertama yang kami terima ialah menghias carta organisasi di board. Masa tu aku ingat lagi.. dapat keje sekali menimbun daaa...kene hias board and then kene buat banner untuk Iftar Jami'e...bukan tu saja, kene buat video pengenalan semua HICOM pulak tuh..ade gak yang menyumpah," ingat kita ade tangan dewa ker". haha, memang kelakar tapi kitorang buat juga semua tu dan Alhamdulillah berjaya semuanya. Aku memang suka betol tengok video yang dihasilkan oleh Aiman dan Alia. Walaupun nampak macam tiru karya pengarah tapi aku bangga sebab mereka buat dengan material yang serba ada tetapi hasilnya tetap memuaskan. GOOD JOB!!!

Tugas kedua pulak ialah MOck Trial...so, kami rancang bende ni dari akhir semestar 1 sampailah awal semestar kedua. Meeting punya meeting, dapat lah satu keputusan. Shooting dijalankan di UIAM Gombak pada....[ aku x hengat laa] Senarai pelakon utama:
1. Afifi Mdeen( Adam)
2. Feqah(Ain)
3. Dian(Qistina)
Korang boleh laa lawat post aku yang bertajuk Shooting Mock di UIAM-Disember..

Kemudian, disusuli pula dengan Law Annual Grand Dinner yang berlangsung di MPN Hall. What can I say is a great event to be remembered..that's all~
link entry- MAlam Itu Satu

And tonight is our last job...LAW ANNUAL GENERAL MEETING 2010.
So, sampai disini sahajalah kudratku buat mu~
akan kukenang sampai kapan pun
bersama kamu wahai teman
Melex Production Studio menjadi sejarah...



No comments:

Post a Comment