Tuesday, August 31, 2010

15 Rahsia Wanita Yang Anda Perlu Tahu..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.


7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.

[sumber diperolehi dr fb]

akU tAk MeNGerTi

Salam pembuka kata...terlebih dahulu aku ingin menghulurkan seribu kemaafan buat semua yang telah membaca entry2 aku dalam blog ini kerana mgkin aku tersalah kata tersilap bicara tika meluahkan isi hati ini. Baiklah, kali ini aku ingin bercerita tentang hati aku dan Experiment5.

Sepanjang meninggalkan alam persekolahan, aku jarang sekali mengikuti apa jua event or program yang dianjurkan oleh batch mate aku. Seingat aku, hanya sekali iaitu program Back to School bersama pelajar Tg.5 2010. Hanya sekali itu. Aku sedar, tatkala entry ni sudah diterbitkan, ada antara ahli Experiment5 yang akan membaca. Mungkin korang tertanya kenapa aku x join korang....Aku tau ramai kawan2 especially Meo yang selalu ajak aku join tapi selalunya aku x pegi.

Okay, first of all aku nak explain reason aku tak dapat join. Aku yang busy ni selalu x dapat join sebab kekadang tu event X5 clash ngan program aku or time tu aku byk lak assignment. Tu memang standard lah kan bile dah bergelar student.That is my first reason.
Secondly, aku x de and x cukup budget untuk join korang. Time2 aku kering tu laa korang de program. Tu memang masalah aku sendiri lah. Bukan salah or masalah orang lain. Kalau aku ada kerje bole lah duit tu beranak tapi serious memang aku kat sini hidup bergantung pada scholar yang cukup untuk satu semester tu je. Aku jarang balik Johor, even kalau aku balik pun aku cam x sedap and x sampai hati nak mintak duit kat parents aku. Aku tau sangat financial family aku camne, so sbgi anak sulung ni aku kenalah bijak untuk teruskan hidup and not forget to be independent. Aku dah plan, bile aku jejak kaki kat Gombak nnt aku nak cari keje part-time. Xkesah lah ape pun asalkan sesuai dgn nature aku n berbaloi. Untuk mengukuhkan kewangan jangka masa panjang....

Thirdly, ni soal hati dan perasaan aku..haha. Benda ni macam susah aku nak explain but i've to. Actually, aku segan+malu+fobia nak jumpe batch mates aku a.k.a Experiment5. Bukan aku x ingat or x sayang korang tapi...[sigh] It's hard to explain. Mesti korang tertanya pasal ape aku fobia ni kan??? Ceritanya begini, aku dulu budak yang selalu korang gelar macam2..At first, aku agak x suka tapi as we get older aku makin faham and terima seadanya your human nature yang suka mengusik. Till then, I understand, really but you know what is inside me? Sometimes, I feel hurt and my heart's crying for nothing. And I kept thinking till now why it was like that. Maybe I am too sensitive or....you know yourself. Sebenarnya, yang ni lebih ditujukan kepada guys not the girls. Mungkin disebabkan perkara silam ni, aku belum lagi bersedia untuk berjumpe dan berhadapan dengan korang. Maybe I am being selfish tapi aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Setiap orang yang aku kenal kat sini [lelaki] x pernah mempertikaikan bagaimana aku dan siapa aku. Kawan sepatutnya menerima kita seadanya. Itulah pandangan aku. Dan kawan adalah insan yang sudi menjadi pendengar yang setia baik suka mahupun duka. Mungkin dulu benar jika kau katakan aku rapat dengan Meo dan aku x punya ramai teman lelaki yang boleh dijadikan sahabat. Kenapa?? Aku sedar aku yang dulu cukup misteri dan tak semua orang kenal siapa aku sebenarnya. Seolah2 aku dulu hidup dalam dunia yang berbeza dan terpisah dari realiti. Mungkin itulah yang dikatakan perubahan atautransformasi diri mengikut kematangan usia. Dulu, aku agak pendiam [betul ke?? aku pun x pasti...], cepat marah, apa lagi yang korang rasa sesuai buat aku?? Tapi sekarang, syukur sebab aku bukan lagi aku yang dulu tu. Aku suka cari kawan dan berkongsi suka dan duka. Aku selesa dengan mereka. Dan aku rasa lebih dihargai. Itulah sahabat. Namun, aku tidak lah mengatakan bhwa korang ni x layak or whatever utk jadi shbt aku cuma aku mintak bila kita berjumpa suatu hari nanti...please treat me as a new person. Itu je yang aku mintak.

Berdasarkan reason yang ketiga tu, kkdg ia membuatkan aku berfikir panjang untuk join program tu. Aku tak mahu rasa tersisih or disisihkan. Siapa je lah yang berkawan ngan aku dulu jika dibandingkan dengan sekarang. Tapi apa yang membuatkan aku ingin berjumpa dengan korang ialah pabila aku ingat manisnya pengalaman berada dalam team hoki SMSJ. Dalam team tu aku ramai kawan walaupun pada mulanya orang x pandang pun aku siapa dalam team tu...player biasa kan..haha Banyak yang aku belajar untuk hidup drpd team ni and credit to my couch, Ckg Din yang byk memberi motivasi kepada kami. Aku mula faham yang setiap kesusahan dan kepayahan yang aku lalui itu merupakan training bagi diri kita untuk improve to be a better person..in real life. Ok back to the topic, hopefully this bad feeling will vanish from my heart and I can get along with my batch mates. Miss the moments actually.

Soon, I hope that this heart will heal and the wound will recover. And guys and girls, I really hope that you will understand my situation. When I'm ready enough, I will show up. Maybe you wanna ask, why can I join that Back o School Program? I can because I think it is an honour to the school and think that I am professional. That's all. Anyway, I will not forget evvery single events and moments that we have shared among us.

Pen-off


Monday, August 30, 2010

Menghitung jam...

Salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia. Beberapa jam lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan kali yang ke-53. Malaysia negara tanah tumpah darahku. Di sini aku membesar dan di sini juga aku mengenal erti sebuah kehidupan. Tika ini, usiaku menginjak 19 tahun dan jika berkesempatan aku bakal meninggalkan zaman belasan tahunku. Sepanjang riwayat hidup ini, banyak yang aku ketahui mengenai perit jerih perjalanan kehidupan.

Okay lah, tetibe agak bersastera aku malam ni. Mood patriotisme lah katakan..haha
Malam ni aku dan Asmaa akan menghadiri upacara sambutan Malam Ambang Kemerdekaan di Dewan Al-Malik Faisal pada jam 10 malam. Antara artis yang hadir merupakan anak didih sasterawan negara Usman Awang yang pernah memenangi beberapa hadiah nobel. Selain itu, aku difahamkan ekspedisi kembara bakal disambut pulang malam ini. Secara kebetulan, aku telah menggantikan Presiden Peers untuk menghadiri mesyuarat berkenaan kembara ini beberapa minggu yang lepas.

Hurmmm..acually, entry ni sbg intro je..mungkin selepas melihat dan merasai kehangatan malam ini baru lah lengkap entry ni. So, wait yea~


Saturday, August 28, 2010

Flashback....Palestine Week10

Salam buat semua teman..akhirnya, aku berkesempatan untuk mengabadikan satu lagi kisah aku di ruangan ini. Palestine Week merupakan antara program atau event yang aku in-charge bagi pihak PEERS di PJ Campus.



Okay lah, guys and girls...nak dipendekkan cerita, lelaki dalam gambar di atas ialah Khairul Fahmi, Program manager. Pada hari first yg mana sepatutnya booth kami dah terpacak dlm AMF HALL tu, terpaksa kami batalkan hasrat itu memandangkan keadaan tak mengizinkan disebabkan oleh Martial Arts Exhibition. Seyes, memang aku bengang+stress masa tu...down mood aku tau..elok2 dah semangat giler terpacak kat depan AMF pukul 7.50pg tetibe lain pulak ceritanya..Fuhhh~sabarlah hati..tambah2 pulak si Fahmi ni tak muncul2..aku call x angkat, call Rafiq, President Peers a.k.a roommate dia pun x angkat jugak...sah2 dua2 masih berselimut lagi. Then, dalam pukul 8 lebih tu[ x hengat aku...] datanglah Fahmi ke tempat di mana aku, Dayah dan Adibah bersemayam..[wahaha] Yang kelakarnye bile aku ingat bailk, mase tu si Fahmi mesej cakap sorry coz lewat, tapi aku reply x yah datang...actually, aku agak tertekan tp x terniat nak maksudkannya...sebab aku tau dia x amek hati..[tp kalau ko amek hati pasal tu, sorry tau!!!]



Nak tau ape benda kat atas tu??? tu lah game Jumbo Pencil, salah satu games yang ade kat booth kami.

Berikut adalah foto2 yg sempat diambil semasa booth dibuka...saksikanlah
[2-6 Ogos 2010]






Ape2 pun, at the end aku happy kerja ngan budak2 ni baik 1st year mahupun 2nd year. Dari first meeting sampai penghujungnya, walaupun ada konflik dan sebagainya tapi Alhamdulillah dapat juga aku handle bnda ni dgn sebaiknya...x lupa kpd my partner yang byk beri support n idea2 mengarut..haha, aku gurau jep:D

THE END



p/s: aku mmg x nak cite bbyk psl mnde ni..dah basi tapi consider ni sbg memori aku pada PEERS....
dah nak tamat mase kat CFS ni byk yang aku kenangkan...

MeNCaRi kEMeRdEkAaN..

Salam sejahtera salam 1Malaysia...
Kepada semua bloggers dan juga pengunjung setia teratak saya ini, ketahuilah bahawa beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yg ke-53.


*25 Ogos 2009

"Kau tahu apa itu merdeka?" tanya Adi kepada Adi. Lalu, Rahman mejawab, "entahlah, Adi. Tapi daripada apa yang aku faham merdeka tu maknanya bebas." Tika itu mereka sedang memancing di sungai yang tidah jauh dari perkampungan mereka. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja muncul persoalan itu dari benak Adi. Sebenarnya, sudah lama dia ingin mengutarakan hal ini kepada kawan-kawan yang lebih arif namun hampa, tiada jawapan yang memuaskan hatinya. Acapkali dia berasa terpanggil untuk meluahkan pendapatnya berkenaan hal ini semasa sesi pembelajaran subjek Sejarah di sekolah, namun dia bimbang jika apa yangbakal diluahkan itu tidak dapat diterima orang.
Beberapa hari lagi, negara ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-52. Seringkali dia termenung jauh sambil memikirkan hal itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Apakah erti merdeka sebenarnya?" Adi bermonolog sendirian di tangga rumah sambil menghirup udara segar malam itu. Sedari tadi, ayahnya asyik memandang ke arahnya dari ruang tamu rumah tanpa kelip. Dia juga hairan mengapa sejak kebelakangan ini Adi banyak mendiamkan diri dan termenung jauh. Lantas, dia duduk menghampiri Adi di anak tangga yang sama.
"Hai, menung jauh anak ayah ni. Dah sampai mana tu, ke London??" sendanya membuatkan Adi tersenyum, menampakkan lesung pipitnya itu.
"Tak ada apa ayah. Cuma Adi fikir untuk persoalan yang dah lama bersarang dalam kepala ni. Semua orang yang Adi tanya tak dapat bagi jawapan yang memuaskankan hati Adi."
"Apa bendanya tu Adi? Cuba beritahu ayah, manalah tau ayah dapat bagi jawapan yang Adi mahukan. Ya, ayah tau ayah sekolah tak tinggi mana tapi ayah lebih dulu makan garam dari Adi,"kata ayah.
"Adi nak tau apa erti merdeka yang sebenar. Adi tau merdeka tu maknanya bebas tapi Adi rasa ia lebih dari tu ayah. Adi ragu-ragu adakah benar kita tidak lagi dijajah oleh orang Barat? Lihat sjalah dunia hari ini, banyak teori dan pendapat orang Barat yang kita guna pakai. Apa kita masih perlu bergantung pada mereka??" Lega rasanya hati Adi tatkala meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Adi, merdeka tu bukat setakat bebas je tau. Memang luas maknanya tau. Betullah apa yang Adi cakap tu. Kita ni nama je dah merdeka tapi pemikiran kita masih lagi dijajah oleh orang Barat. Lagi-lagi bangsa kita, bangsa Melayu. Sikap orang Melayu dari dulu sampai sekarang tak banyak yang berubah. Bukan ayah nak perlekehkan perjuangan dan jasa nenek moyang kita yang berjuang untuk kemerdekaan, malah ayah sanjung usaha mereka tu. Ya lah, bukan senang nak tuntut kemerdekaan dari British. Ada yang terpaksa berkorban nyawa demi tanah Melayu ni, tanah tumpah darah kita. Ada yang terpaksa berpisah kasih dengan orang yang tersayang semata-mata nak perjuangkan hak-hak orang Melayu. Kalau diingatkan balik, nak menangis rasanya, Adi. Tapi, berapa kerat sangatlah orang muda, generasi hari ni yang faham erti kemerdekaan itu. Mereka lupa pada sejarah. Mereka hanyut dibuai mimpi dalam dunia khayalan mereka. Mereka leka dengan kemewahan yang dikecapi. Apa nak jadi dengan bangsa kita ni, Adi. Ayah bangga sebab Adi sedar tentang hal ni. Dah besar rupanya anak ayah ni." panjang lebar Hj. Hasyim menerangkan hal itu kepada anak terunanya yang seorang itu.

Terpegun Adi mendengar ceramah percuma dari ayahnya itu. Dalam hatinya terselit rasa kagum dan bangga kerana punya seorang ayah yang berjiwa besar. Hati juga meruntun tatkala membayangkan betapa peritnya penderitaan orang dulu-dulu, hidup di bawah pemerintahan pejajah. Portugis, Belanda, Jepun dan British. Seingatnya, zaman penjajahan Jepun adalah antara yang amat menyeksakan. Nyawa pada pandangan mata mereka ibarat mainan anak kecil yang bisa dinyahkan begitu saja bila tidak diperlukan.

"Ayah ni dah lama Adi kat dunia ni. Bila-bila masa saja mata ni akan terpejam. Kuasa Tuhan tak dapat kita sangkal. Belajar tu belajar juga Adi tapi satu je Ayah nak pesan. Agama jangan kita tinggal. Sedarlah bahawa kita ni umat akhir zaman. Yang lepas tu jadikan pedoman tp yang akan datang ni perlu kita siapkan diri. Yahudi akan sentiasa menjajah pemikiran kita jika kita tidak punya ilmu dan nur iman. Jangan lupa pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, kedua-duanya sumber utama untuk kita sebagai orang Islam. Tak banyak yang dapat ayah berikan pada kamu melainkan nasihat yang berguna sebagai bekalan dunia dan akhirat. Adi, ingat pesan ayah ni baik-baik ye nak." Sedih Adi pabila mendengar luahan hati bapanya itu. Memang benar sudah berkerut dahi ayah. Kudratnya juga sudah tidak seberapa jika mahu dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lalu. Urat di jemari ayah juga sudah menampakkan usia tuanya. Benar kata ayah.
"Baik ayah, Adi akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih ayah sebab dah menjaga Adi dari kecil sampai sekarang ni. Adi mintak ampun atas semua dosa- dosa Adi pada ayah. Halalkan makan minum Adi. Adi takut tak sempat nak mintak maaf pada ayah." kata Adi dengan linangan air mata.
"Apa yang Adi cakap ni? Ayah maafkan semua kesalahan Adi. Ayah pun sama Adi. Dah lah tu, tak elok anak bujang menangis tau. Apa kata anak dara Pak Karim ni kalau dia nampak, bikin malu ayah saja." kata Hj. Hasyim sambil ketawa namun jauh di sudut hatinya dia pilu sekali.

*1 September 2009

Hj. Hasyim dan keluarga berada di tanah perkuburan kampung mereka. Bacaan talkin baru sahaja selesai. Satu persatu orang kampung dan sanak saudara yang hadir pulang ke rumah masing-masing. Namun, kakinya rasa terkaku di situ. Sedih di hati tak siapa yang tahu. Anak bujang kesayangannya kini pergi dulu darinya akibat barah otak. Dia tidah pernah tahu akan penyakitnya itu malah tanda-tandanya pun tidak. Tapi, Adi selalu sakit kepala yang katanya mungkin stres belajar. Sesalnya tidak terkira kerana tidak membawakanya ke doktor. Apa yang penting kini, dia perlu redha dengan Qada' dan Qadar Allah SWT. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya.
"Bang, mari kita balik. Dah lama abang termenung kat sini. Abang dah letih sangat nampaknya ni. Berehatlah di rumah, bang. Anak-anak dah tunggu kita ni." ujar Hjh. Safiah kepada suaminya.
Dia tahu betapa kasihnya Hj. Hasyim kepada Adi. Dia sajalah anak lelaki dalam keluarga mereka. Namun, Allah SWT lebih sayangkannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedarkah kita wahai bangsaku??
Fikir2kanlah....


Wednesday, August 25, 2010

LaSt EpiSOde in CFS~

Salam to all bloggers~
Today I've no class, just resting in my room and watching NUR KASIH...even though I've watch this last year but I haven't had the chance to watch all episodes because I was at hostel at that time. Actually, I don't have the mood to do my assignment since my group-mates are busy of mooting things. Just now, we have decided to do it tomorrow at the library since the mooting was canceled and postponed to Monday...luckily~

So, what I'm gonna tell u my dearest blog??
I just want to express what I feel right now...I need someone who can listen to me and also my heart. Who said that I don't need a man in my life?? It's not true, my dear. Even if I look so independent it doesn't mean I don't need a man. YES, I am an independent woman as I was taught to be like that and that's my nature since young.

Okay, right now I am 19 but not yet having my 19th birthday..hehe...means that I'm still 18...CFS IIUM....I was studying here since JUNE 2009. From the beginning till today, there was so many memories that I will keep in my heart and mind. I will not erase it, forever. And some of the memories have been portrayed and archived in this lovely blog. This blog can be considered as my life journey..~Layar Bahtera Kehidupanku~ It's my journey and it's my story... full stop!!!

I still remembered the first day at CFS IIUM, PJ Campus during the Taaruf Week. I met my roommates in which all of them are LAWS students as same as me. The four of us then was migrated to NILAI Campus where we had to share room, toilets and everything with the other 17 roommates. But then, the ukhuwah was very strong among us. Haida, Kak Tasnim, Madihah, Izzati, Izyan, Fana, Mein, Qila, Shika, Hajar, Dayah, Anis, Mya, Ami, Leha, Hana and Fiza. I miss all of you. I love all of you. I miss the moments that we have shared together.We had to be separated because LAWS students were transferred to PJ Campus during this third semester.

What had happened in PJ Campus??
This sem I only have 10 credited hours. Only 3 subjects to be taken. So, what I am going to do with the rest hours in my daily life?? It is so boring if nothing to do, right?? Due to this, I had planned to be active in club or society. And I got the chances...Alhamdulillah, I was greeted to be one of the PJ CFS PEERS. Being among of them make me feel comfortable and forget about my legal world. Sometimes, I wonder that this is what I want in my life. Feel free to express myself without having to be pretentious or whatever, being nice to people in the society and work for them by making them happy. Right now, I have two different sides of character and I'm confuse about it. Well, even I am here for just one semester but I've a lot for this club. I was so enjoyed during those programmes that I've involved in. Here, I found friends who can understand me, who can accept me as what I am. We share the love, we share the unhappy story and we share the same tiredness throughout the events. Here, I got so many bothers and sisters from both 1st and 2nd years. Yeah~I'm gonna miss all of you guys...especially to Ayuni, Nazirah, Afiqah, Rafiq, Ikhsan, Fahmi and Zhafri..Thanks for being my friends~

The coming 2 or 3 weeks, we will be celebrating HARI RAYA AIDILFITRI. Then, exam is just around the corner. Time and again, I must revise all and make sure I'll be well-prepared. After that, no more...the end....of this episode....so sad but true...



4.46 pm

3 2 1..action!!!




salam sejahtera buat semua rakyat malaysia. hari ini saya diberikan peluang, ruang dan kesempatan untuk menulis dalam ruangan yang saya kira sudah setahun lebih saya cipta.

Kali ini saya ingin bercerita tentang perihal SETEM. Bukan kerana saya suka mengumpul setem tetapi kerana saya baru sahaja menonton filem SETEM arahan Khabir Batia semalam. Memang terBAEEKK arr filem ni> shot yg menarik, setting dan juga lakonan mantap para pelakonnya sendiri.
Antara pelakon yg membintangi filem ini ialah Afdlin Shauki, RAshidi Ishak, Que Haidar, Vanidah Imran, Bront Palare, Sathya, Harun Salim Bachik dan Aziz Satar.

Setem diperlukan apabila kita hendak menegpos surat. Setem terdapat dalam pelbagai jenis rekaan dan motif unik dan menarik sehinggakan ada antara mereka yang mengumpulkannya.









Actually, x banyak yang aku nak cerita pasal setem ni..aku saje je nak wat post baru memandangkan sume orang dah update blog diorang , aku jadi jeles...hehe..ntah pape je aku ni..

aku nak hilangkan stress and nak bagi kepuasan pada diri aku sbb hampir sebulan lebih ni aku TERsangat lah BUSY dengan segala macam program and assignment...fuhh~tinggal satu je lagi Assignment Consti yang aku n groupmates kene submit before 31st August 2010... Ini bermakna, selepas Merdeka, aku betul2 merdeka dari assignment...cehhh, berangan je la..pasni aku kene fokus pada EXAM ONLY...

Kawan2, doakan kejayaan saya dan juga kita bersama....especially kepada semua LAW STUDENTS CFS IIUM~> GRADUATING STUDENTS

Monday, August 16, 2010

JOM SAHUR~

Date: 20th- 21st August 2010
Day: Friday - Saturday
Venue: Rumah Kebajikan Al-Khairiah, Klang
Participant: CFS Peers-Training& Community Service Bureau


Well, aku dah pun diberitahu dan disunting menjadi Asst.Facilitator a.k.a Naqibah untuk program ni since two weeks before. Belum pun habis Palestine Week, yg mana aku dan Khairul Fahmi berganding bahu untuk menguruskannya, aku mendapat panggilan HANGIT drpd Ekhsan~>Ketua Biro T&C. Pasal panggilan tu mmg seyes aku x ley lupa pada sat dan ketika mndapat panggilan itu...huhh~Ape2 pun kata putus telah aku berikan untuk turut serta menjayakan program ini memandangkan pada asalnya memang aku tidak ada ape2 program lg termasuklah yg berkaitan dgn akademik. So, apa yg telah aku buat dalam tempoh 2 mmgu ni??? First, ikut diorang pegi beli barang2 untuk program tu-hadiah, materials untuk LDK dan juga sumbangan tuk rumah tu sendiri di MYDIN Subang Jaya. Second, gi Masjid Jamek memborong keronsang untuk jualan amal bagi mengumpul derma untuk rumah tu. Selain tu, aku juga terlibat dalam beberapa siri meeting bersama PM, APM, Ketua Naqib dan juga tenaga kerja T&C. Kami ade plan nak jual kerepek bagi menambah jumlah derma yg bakal disumbangkan ke rumah tersebut..waa, sy sangat EXCITED+SEMANGAT~


Sehari di Masjid Jamek..













ISNIN~> selepas pulang drpd library UM, aku mendapat khabar bahawa bengkel mooting akan diadakan pada hari Sabtu tersebut..JENG JENG JENG.....gi mana sih???

Fikir punya fikir, aku membuat keputusan untuk menarik diri daripada prgram ini..huuhuhu~sdey gilerrr kowt..sob3
But then I have to consider my academic too, I had join many programs organised by PEERS and committed to the task given, so, I think it's the time to sacrifice my interest for my future.


LATEST NEWS~> Bengkel Mooting malam esok-19 Ogos 2010
jam 8-11 mlm...
OMG!!! hancus sudah plan2 aku...kerana mooting punya pasal..tp aku kena REDHA dgn apa yg Tuhan dah tentukan sbb MESTI ade hikmahnya...betul x???

So, aku terus msg Ikhsan dan beritahu dia pasal hal ni..aku juga tanya sama ada khidmadku masih diperlukan lagi atau tidak...
YES!!! aku masih diperlukan...bermakna aku akan turut serta dalam program tu...Alhamdulillah, baru aku sedar betapa besarnya ujian Allah hanya untuk melihat sama ada aku bijak dan sedar serta yakin dengan perancanganNYA.

" Kita hanyalah merancang dan Allah SWT juga merancang, TETAPI perancanganNYA lah yang terBAIK.."

Wednesday, August 11, 2010

Update skett~

Salam to all bloggers..
This week aku dah dapat task terbaru untuk BLM subject..First, case report writing yg aku kena submit Jumaat, 13 ogos 2010. So far, till today x siap ag..[ agak sng tp aku je yg pikir susah kot~]
Then, dah dapat task untuk Bundle of Authorities for mooting. Mmg sedap arr, kne submit bnde alah tu 20 Ogos 2010- maknanye the next Friday. Nak tau aku mooting ble??
23 Ogos 2010, Monday.....nak kate aku stress, sket arr tp agak byk yg aku pikir dlm kepala otak ni. Actually, aku nak siapkan cepat2 all these assignments but there's obstacles in terms of cooperation and commitment. But then, I try to cope with this problem as well as I can.
To whom read this entry, please pray 4 my success in my study and everything..
~thanks~

*pen-off*

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan iNi~


Amalan Sunat di bulan Ramadhan

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya.




Peers' Camping 2010

Venue: Lubok Manggis Camp, Hulu Langat, Selangor.
Date: 6th-8th August 2010
Day: Friday till Sunday
Participants: 75 CFS Peers of PJ Campus [both 1st& 2nd year]


Feedbacks:
Positive+ best~> ice-breaking, jungle trekking and chicken slaughtering
medium~> stream walk and barbecue
MUST improve~> time-management + smoothness of program

Take a look, pictures will tell you everything....


baru je sampai kat tapak camp ni..


ape yg korg dok tengok uh???khusyuk sangat gayanyerr~


owh...si Azwan tengah cuba mengait langsat upenye...patot arr..[gaya je lbeh, padahal gayat uh~]


haha, menadah langsat dari bawah tp kecundang..hanya beberapa yg masuk dalam kain tuh..xpe2 don't give up yea~

uish, pe hal lak ngan diorg nih??
haa, cuak x cuak~


sape yg injured tu?? action je laa...


ni laa muke2 brothers 2nd year...kegembiraan nmpknyer~


dalam so-called surau...slps solat maghrib...

ice-breaking session...mmg best and help a lot in changing my moodiness to cheer~


konon2 berjage mlm tp~ tgk movie, tjuknye mmg best: Secret...


sume tak kelip nate tgk cite uh...farhan>so sweet~[komen pasal cite tu]

mmg enjoy nmpknye~
Pagi Sabtu~>Junggle trekking

warming up utk jungle trekking pagi tu..aku xcited gilerr..[x yah cakap pun daa tau daa..]





Pak cik Komander sudah mari~bekas askar pencen ni..agak tegas+berdisiplin....


perjalanan baru sje bermula tp sikit punya mencabar~ish3


agak cantik view ini~>credit to the photographer..

agak curam ye tarck ini...saya berada dlm kalangan yg terkehadapan..jd x byk pic smse jungle trekking ni..sob3

so challenging...


survival of life~>kne masak ayam dlm buluh+maggi sedap+telur rebus


best+sejuk gilerr..dari kiri: Khairani, me, Nadia and Nazirah...


waah..anak madam un nak jugak join...ade Afiqah juga di situ yer~


abang2 ni nak ngurat adik manis sorg ni...huhu...hati2 ye dik....


tak terluah dgn kata2 seronoknya mandi mase tu...bersama saya, Maslin dan Naqiah.

Ni die Vice President Peers, Insyirah dan juga PC camping ni, Afiqah.


Tak lupa jugak pada madam yg sanggup bersama kami meredah hutan pada hari itu..mmg gigih laa mendaki...syabas!


begitulah suasananya berada di Air Terjun Lopoh...[if I not mistaken lah]

ish3..mmg menggigillah berendam lame2 dlm air tu...hahaha

Malam~> barbeque


On the way nak nyalakan api~>dr kiri:Rashid, Ikhsan, Afiq dan Asyraf Azahari sambil diperhatikan oleh mdm.


amboi, galak gilerr makan durian, sampai dah x pndng camera ni..ish3[ haha ]

waa, abg part timer kat GCU ni join jgak..layan je laa bdak2 ni ye..haha, mengeratkan ukhwah ktenye..


mlm tu aku, Afiqah dan Nazirah jd deejay part-time kat Peers fm~>berangan gilerr..haha


dah malam ni, kami otw nak balik ke camping site..seronok hang out ngan mereka..huhu~


smart gilerr pic ni..good lighting and position..sweet~


uish, bergaya sakan arr korg yer di tengah2 jalan..aku terlindung oleh Zhafri dan Rafiq, mungkin..


dah sampai un kat camp site...ni die pondok signboardnye..posing sket~

Pagi Ahad~> Stream Walk & community service


macam bese arr, pagi2 kte senam dlu eh...haha


then, kitorg breakfast plak...makan mihun goreng dan air teh..


alhamdulillah, sedap nmpknye mihin tu yer Azwan..huhu~






kene kutip sampah dlm sungai ni~


dah sampai ke end point..berhenti rehat, minum n makan kuih..






mahu pulang sudah~jalan kaki beramai2...


penat sangat ni..lentok habis...ish3..[aku un same lg time wirid tu..wakaka~]


closing ceremony~> ucapan Bro.Harunnaja

ketua biro transport sdg menelefon pk cik bas..busy nmpknye ye~



sempat agi mengunyah langsat...org dok sibuk ngemas segala..hurmm~



it's time to go back my friends, so sad nak tggal kan camp ni...byk memori yg telah kita cipta bersama.. hope ukhwah yg terbina kekal berpanjangan..