Monday, August 30, 2010

Menghitung jam...

Salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia. Beberapa jam lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan kali yang ke-53. Malaysia negara tanah tumpah darahku. Di sini aku membesar dan di sini juga aku mengenal erti sebuah kehidupan. Tika ini, usiaku menginjak 19 tahun dan jika berkesempatan aku bakal meninggalkan zaman belasan tahunku. Sepanjang riwayat hidup ini, banyak yang aku ketahui mengenai perit jerih perjalanan kehidupan.

Okay lah, tetibe agak bersastera aku malam ni. Mood patriotisme lah katakan..haha
Malam ni aku dan Asmaa akan menghadiri upacara sambutan Malam Ambang Kemerdekaan di Dewan Al-Malik Faisal pada jam 10 malam. Antara artis yang hadir merupakan anak didih sasterawan negara Usman Awang yang pernah memenangi beberapa hadiah nobel. Selain itu, aku difahamkan ekspedisi kembara bakal disambut pulang malam ini. Secara kebetulan, aku telah menggantikan Presiden Peers untuk menghadiri mesyuarat berkenaan kembara ini beberapa minggu yang lepas.

Hurmmm..acually, entry ni sbg intro je..mungkin selepas melihat dan merasai kehangatan malam ini baru lah lengkap entry ni. So, wait yea~


No comments:

Post a Comment