Salam sejahtera salam 1Malaysia...
Kepada semua bloggers dan juga pengunjung setia teratak saya ini, ketahuilah bahawa beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yg ke-53.
*25 Ogos 2009
"Kau tahu apa itu merdeka?" tanya Adi kepada Adi. Lalu, Rahman mejawab, "entahlah, Adi. Tapi daripada apa yang aku faham merdeka tu maknanya bebas." Tika itu mereka sedang memancing di sungai yang tidah jauh dari perkampungan mereka. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja muncul persoalan itu dari benak Adi. Sebenarnya, sudah lama dia ingin mengutarakan hal ini kepada kawan-kawan yang lebih arif namun hampa, tiada jawapan yang memuaskan hatinya. Acapkali dia berasa terpanggil untuk meluahkan pendapatnya berkenaan hal ini semasa sesi pembelajaran subjek Sejarah di sekolah, namun dia bimbang jika apa yangbakal diluahkan itu tidak dapat diterima orang.
Beberapa hari lagi, negara ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-52. Seringkali dia termenung jauh sambil memikirkan hal itu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Apakah erti merdeka sebenarnya?" Adi bermonolog sendirian di tangga rumah sambil menghirup udara segar malam itu. Sedari tadi, ayahnya asyik memandang ke arahnya dari ruang tamu rumah tanpa kelip. Dia juga hairan mengapa sejak kebelakangan ini Adi banyak mendiamkan diri dan termenung jauh. Lantas, dia duduk menghampiri Adi di anak tangga yang sama.
"Hai, menung jauh anak ayah ni. Dah sampai mana tu, ke London??" sendanya membuatkan Adi tersenyum, menampakkan lesung pipitnya itu.
"Tak ada apa ayah. Cuma Adi fikir untuk persoalan yang dah lama bersarang dalam kepala ni. Semua orang yang Adi tanya tak dapat bagi jawapan yang memuaskankan hati Adi."
"Apa bendanya tu Adi? Cuba beritahu ayah, manalah tau ayah dapat bagi jawapan yang Adi mahukan. Ya, ayah tau ayah sekolah tak tinggi mana tapi ayah lebih dulu makan garam dari Adi,"kata ayah.
"Adi nak tau apa erti merdeka yang sebenar. Adi tau merdeka tu maknanya bebas tapi Adi rasa ia lebih dari tu ayah. Adi ragu-ragu adakah benar kita tidak lagi dijajah oleh orang Barat? Lihat sjalah dunia hari ini, banyak teori dan pendapat orang Barat yang kita guna pakai. Apa kita masih perlu bergantung pada mereka??" Lega rasanya hati Adi tatkala meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
"Adi, merdeka tu bukat setakat bebas je tau. Memang luas maknanya tau. Betullah apa yang Adi cakap tu. Kita ni nama je dah merdeka tapi pemikiran kita masih lagi dijajah oleh orang Barat. Lagi-lagi bangsa kita, bangsa Melayu. Sikap orang Melayu dari dulu sampai sekarang tak banyak yang berubah. Bukan ayah nak perlekehkan perjuangan dan jasa nenek moyang kita yang berjuang untuk kemerdekaan, malah ayah sanjung usaha mereka tu. Ya lah, bukan senang nak tuntut kemerdekaan dari British. Ada yang terpaksa berkorban nyawa demi tanah Melayu ni, tanah tumpah darah kita. Ada yang terpaksa berpisah kasih dengan orang yang tersayang semata-mata nak perjuangkan hak-hak orang Melayu. Kalau diingatkan balik, nak menangis rasanya, Adi. Tapi, berapa kerat sangatlah orang muda, generasi hari ni yang faham erti kemerdekaan itu. Mereka lupa pada sejarah. Mereka hanyut dibuai mimpi dalam dunia khayalan mereka. Mereka leka dengan kemewahan yang dikecapi. Apa nak jadi dengan bangsa kita ni, Adi. Ayah bangga sebab Adi sedar tentang hal ni. Dah besar rupanya anak ayah ni." panjang lebar Hj. Hasyim menerangkan hal itu kepada anak terunanya yang seorang itu.
Terpegun Adi mendengar ceramah percuma dari ayahnya itu. Dalam hatinya terselit rasa kagum dan bangga kerana punya seorang ayah yang berjiwa besar. Hati juga meruntun tatkala membayangkan betapa peritnya penderitaan orang dulu-dulu, hidup di bawah pemerintahan pejajah. Portugis, Belanda, Jepun dan British. Seingatnya, zaman penjajahan Jepun adalah antara yang amat menyeksakan. Nyawa pada pandangan mata mereka ibarat mainan anak kecil yang bisa dinyahkan begitu saja bila tidak diperlukan.
"Ayah ni dah lama Adi kat dunia ni. Bila-bila masa saja mata ni akan terpejam. Kuasa Tuhan tak dapat kita sangkal. Belajar tu belajar juga Adi tapi satu je Ayah nak pesan. Agama jangan kita tinggal. Sedarlah bahawa kita ni umat akhir zaman. Yang lepas tu jadikan pedoman tp yang akan datang ni perlu kita siapkan diri. Yahudi akan sentiasa menjajah pemikiran kita jika kita tidak punya ilmu dan nur iman. Jangan lupa pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, kedua-duanya sumber utama untuk kita sebagai orang Islam. Tak banyak yang dapat ayah berikan pada kamu melainkan nasihat yang berguna sebagai bekalan dunia dan akhirat. Adi, ingat pesan ayah ni baik-baik ye nak." Sedih Adi pabila mendengar luahan hati bapanya itu. Memang benar sudah berkerut dahi ayah. Kudratnya juga sudah tidak seberapa jika mahu dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lalu. Urat di jemari ayah juga sudah menampakkan usia tuanya. Benar kata ayah.
"Baik ayah, Adi akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih ayah sebab dah menjaga Adi dari kecil sampai sekarang ni. Adi mintak ampun atas semua dosa- dosa Adi pada ayah. Halalkan makan minum Adi. Adi takut tak sempat nak mintak maaf pada ayah." kata Adi dengan linangan air mata.
"Apa yang Adi cakap ni? Ayah maafkan semua kesalahan Adi. Ayah pun sama Adi. Dah lah tu, tak elok anak bujang menangis tau. Apa kata anak dara Pak Karim ni kalau dia nampak, bikin malu ayah saja." kata Hj. Hasyim sambil ketawa namun jauh di sudut hatinya dia pilu sekali.
*1 September 2009
Hj. Hasyim dan keluarga berada di tanah perkuburan kampung mereka. Bacaan talkin baru sahaja selesai. Satu persatu orang kampung dan sanak saudara yang hadir pulang ke rumah masing-masing. Namun, kakinya rasa terkaku di situ. Sedih di hati tak siapa yang tahu. Anak bujang kesayangannya kini pergi dulu darinya akibat barah otak. Dia tidah pernah tahu akan penyakitnya itu malah tanda-tandanya pun tidak. Tapi, Adi selalu sakit kepala yang katanya mungkin stres belajar. Sesalnya tidak terkira kerana tidak membawakanya ke doktor. Apa yang penting kini, dia perlu redha dengan Qada' dan Qadar Allah SWT. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya.
"Bang, mari kita balik. Dah lama abang termenung kat sini. Abang dah letih sangat nampaknya ni. Berehatlah di rumah, bang. Anak-anak dah tunggu kita ni." ujar Hjh. Safiah kepada suaminya.
Dia tahu betapa kasihnya Hj. Hasyim kepada Adi. Dia sajalah anak lelaki dalam keluarga mereka. Namun, Allah SWT lebih sayangkannya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sedarkah kita wahai bangsaku??
Fikir2kanlah....
No comments:
Post a Comment