Motivasi/Training

Smarts Coach's Founder : Sir Noordin Khalid

Saya menyertai keluarga Smarts Coach pada 3 Jun 2013 sebagai fasilitator dalam Kem Motivasi Minda Super Smarts di Nur Laman Bestari, Hulu Yam, Selangor.

Ada yang bertanya saya tentang bagaiman saya bertemu Smarts Coach. Ceritanya begini...
Pada mulanya, saya telah setuju untuk menjadi fasilitator dalam English Boost Camp anjuran Fadhilah Kamsah Academy (FKA) pada 1-2 Jun 2013. Saya mendapat tawaran ini melalui Student Facilitating Front, kelab fasilitator di UIAM. Malangnya, kem tersebut terpaksa ditangguhkan kerana tarikh tersebut hampir dengan peperiksaan pertengahan tahun sekolah, sekaligus menyebabkan ramai peserta terpaksa menarik diri di saat akhir. Setelah dimaklumkan perkara tersebut, saya kemudiannya telah ditawarkan untuk turut serta sebagai Fasilitator dalam progran anjuran rakan trainer FKA, Smarts Coach. Jadi, pertemuan saya dengan Smarts Coach adalah melalui referral.

Bila bertemu dengan team Smarts, dapatlah saya berkenalan dengan insan-insan yang sangat istimewa dalam hidup saya. Banyak perkara baru yang saya pelajari walaupun hanya duduk sembang bersama selama 3h 2m sahaja. Paling menarik minat saya ialah mengenai nombor pola diri melaluui kaedah metafizik. Sekarang, saya dah tahu pola asas saya iaitu 9. Memang istimewa dan terasa amat bermakna bila kita kenal diri sendiri dan ketahui potensi diri. Di sini jugalah saya bertemu dengan pengasas Ahadan Coach yang juga merupakan rakain trainer Smarts Coach.

Ahadan Coach's Founder : En.Kamarul Azhar Abd Rahman

Saya berpeluang menyertai program motivasi sekolah rendah bersama Ahadan Coach pada 28-30 Jun yang lalu. Ini merupakan training ground bagi saya dalam misi Lead Facilitator yang pertama. Terus terang saya katakan, agak mencabar juga menjadi kakak fasi buat adik-adik sekolah rendah yang pelbagai ragam dan karenah. Biasanya, saya berjumpa dengan orang yang seusia atau sepemikiran dengan saya ataupun yang lebih dewasa (24 tahun ke atas). Banyak juga yang saya pelajari sewaktu bersama mereka di sana. Belajar daripada otai dan juga peserta. Hrmm...memang menarik!




Program sebelum Aidiladha 2013 http://ieka-mrsmind.blogspot.com/2013/12/jamboree-unirama-skbu2-al-hidayah.html

No comments:

Post a Comment