Saturday, November 7, 2015

Pre-convocation Day

Alhamdulillah...syukur kpd Allah SWT dan juga doa keluarga serta sahabat handai atas kejayaan saya dalam bidang akademik. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada cikgu-cikgu yang telah mendidik saya dari tadika sehinggalah ke universiti.

Saya masih ingat sokongan dan dorongan keluarga dan merekalah sebab mengapa saya berada di tahap ini. Cita-cita memang nak berjaya dalam pelajaran sampai mendapat ijazah. Itu tercapai alhamdulillah. Berkat doa mak ayah adik dan saudara-mara yang juga telah membantu saya secara langsng atau tidak langsung.

Terimbau kembali saat di mana mak membonceng saya dan adik ke Sekolah Kebangsaan Seri Ladang untuk mengambil keputusan UPSR. Allahu Akbar. Berdebarnya saya sepanjang perjalanan menaiki motor bersama emak. Dapat saya rasakan betapa laju degupan jantung mak ketika menunggang motorsikal membawa kami. Sampai saja di sekolah, cikgu sema ucapkan tahniah pada saya. Saya terus dapatkan slip keputusan dan mengalir air mata kegembiraan. Mak pun tersenyum gembira. Andai saja saya cukup dewasa meletakkan diri di tempat emak saat itu....

Dengan keputusan cemerlang dalam UPSR, aku layak untuk meneruskan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Lokasi tidak jauh sangat dari rumah, kira-kira 1 jam lebih dah boleh sampai. 5 tahun membesar di sana. Banyak memori indah tercipta dan membentuk siapa diriku sehingga kini.





















...bersambung...

No comments:

Post a Comment