Saturday, May 3, 2014

Lembaran baru Smarts Coach

Subhanallah Alhamdulillah wa la ilaha illa Allah wa Allahu Akbar....
Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa aali Muhammad...

1 Mei yang lalu, saya telah dijemput mengahdiri mesyuarat bersama team Smarts Coach. Ramai yang hadir sudah saya kenali dan ada juga beberapa muka baru. Saya datang atas jemputan dan sebagai memenuhi jemputan sahabat/saudara saya. Tidak lebih tidak kurang. Tidak ada apa yang saya harapkan kerana saya mahu jadi neutral ibarat cawan yang kosong. Reaksi saya apabila bersama orang baru dan suasana baru membuatkan saya sedikit reserved kerana mengambil langkah berhati-hati. Saya tidak kenal semua dalam Smarts dan belum cukup mereka mengenali saya.

Apa yang saya harapkan pada kisah yang lalu belum cukup untuk saya. Pada ketika itu, saya sangat berkobar2 untuk menceburkan diri dalam dunia training ini. Akan tetapi, saya sedar jiwa keusahawanan itu sudah sebati dalam diri saya. Saya gembira bila dapat memberi sesuatu pada generasi muda dan saya anggap inilah jalan saya untuk 'memberi kepada masyarakat'. Semoga ia menjadi bekalan di akhirat nanti.

marketing strategy by En.Jamsari

InsyaAllah, saya berusaha untuk meningkatkan momentum sales & marketing Smarts Coach dan belajar sesuatu yang berguna daripada En. Jamsari yang berpengalaman luas dalam dunia marketing corporate. Saya sedar bahawa saya memerlukan kemahiran yang berbeza dan pendekatan yang lebih teratur bila berhadapan dengan agensi korporat. Prinsip saya, belajar dari bawah agar kita lebih menghargai momen dan pengorbanan yang dilakukan untuk berjaya. Saya percaya, kejayaan dalam apa jua bidang sekalipun adalah satu PROSES KEMATANGAN dan PERJALANAN ke arahnya, bukan satu destinasi.

Perancangan saya pada awalnya, saya ingin menguasai skill dan teknik marketing sampai ke satu tahap yang saya rasa saya sudah mencipta rekod baru. Dalam pada masa yang sama, saya juga mengambil peluang untuk melayakkan diri sebagai trainer & consultant dalam bidang Perundingan Imej. Saya tahu apa yang perlu saya lakukan agar matlamat itu tercapai. Saya percaya wanita juga boleh cantik berfesyen dan pada masa yang sama masih menggayakan busana yang mematuhi syariat. Biarlah wanita itu anggun di mata dan dihormati kerana prinsip dan pendiriannya. Sebelum membina orang lain, saya harus mulakan terlebih dahulu.

Team Smarts Coach kini bergerak kearah membentuk Smart Coach Sdn Bhd. Nampak gayanya, saya perlu lebih arif dalam perihal Company Law kerana saya sedar akan isu-isu yang kerap terjadi dalam sesebuah syarikat. Inilah masanya saya perlu membawa karektor seorang lawyer walaupun mungkin saya tidak memiliki CLP. Sebenarnya, saya masih belum mendapat jawapan tentang chambering etc. Yang pastinya, bisnes harus tetap berkembang dan maju ke hadapan.

Bersama team Smarts Coach, mempromosikan buku Rahsia 100 Impian




3 Mei, Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC

Sekali lagi saya bersama mereka dan berpengalaman mempromosikan buku Rahsia 100 Impian. Walaupun saya kurang sihat namun saya tetap memberi sokongan pada mereka. Sebagai sahabat saya datang. Dalam bisnes, saya tetap menjaga interest saya. Biarlah sama2 mendapat manfaat. Orang no.9 memang tidak suka kepada konflik. Ambil jalan tengah untuk memenangi hati orang lain. Mungkin bole nampak permainan politik walaupun tanpa disedari. Walau apapun, diri ini masih punya prinsip dan pegangan diri. Saya masih tahu di mana letaknya nilai diri saya walau dengan siapa pun saya bergaudan berurusan. Syukur....

Kesemua team Smarts Coach yang hadir memeriahkan promosi dan jualan buku R100I

Sir Noordin Khalid, penulis buku R100I
Hakim, anak Sir Noordin Khalid yang comel :)

Salah seorang adik yang membeli setelah diyakinkan isi kandungan buku tersebut.


Berpeluang memperkenalkan adik Hafizah kepada Sir Noordin; berhajat membeli untuk adiknya. 

Staff Jootawan turut mempromosikan buku R100I

Buku Rahsia 100 IMPIAN ini pada saya amat menarik dari segi susunan isinya serta garapan idea yang smooth. Bahasa mudah dan straight forward amatlah mudah untuk mencapai tahap kefahaman semua peringkat usia. Mungkin bagi mereka yang meminati sastera atau penulisan berbentuk pemikiran, naskhah ini belum cukup menguji minda dan tarikan kuat bagi mereka. Saya? Itu rahsia...nak tahu kenalah baca yer..
Satu lagi yang istimewa ttg buku ini ialah DIAGRAM KECEMERLANGAN yang disisipkan untuk para pembaca. Hal ini amat sesuai bagi mereka yang lebih sukakan visual dan imaginasi. Melihat diagram menjadikan pembaca lebih faham dan mudah simpan dalam minda kerana ianya sangat simple.

Nota: Hari ni hari terakhir Pesta buku. Anda masih berpeluang untuk dapatkan buku Rahsia 100 Impian dengan harga diskaun. Selepas ini, anda boleh mendapatkan buku tersebut  secara online atau terus hubungi 0192872079 untuk pembelian. Harga RM34.90 (tidak termasuk postage RM6) sahaja.





The Stark...How Does It Starts

video


Pada 25-27 April, saya telah mengikuti satu Program Keusahawanan anjuran Entrepreneur Development Center (EDC) IIUM. Pada awalnya, saya hanyalah memenuhi jemputan rakan baik saya di STUFF yang juga merupakan ahli kelab Enactus (salauh satu kelab EDC). Memandangkan saya hanya ada satu kelas pada jam 8-9pagi, maka amatlah baik jika saya luangkan masa untuk aktiviti berfaedah serta dapat menambahkan ilmu keusahawanan saya, insyaAllah.

Hari pertama Gen Y  Entrepreneurship Fiesta

Dari pagi sampailah ke malam, kami dihidangkan dengan perkongsian daripada speakers yang sudah mencipta nama dalam bidang keusahawan, baik tempatan mahupun antarabangsa. Antaranya ialah Zamri Aminuddin ( Charisma Training & Consultancy), Hjh Famiza Zulkifli (Muslimah Manufacturing) dan Roy Azlan Hj Alias (international exposure). Ada perkara yang saya kira sebagai ulangkaji dan ada juga perkara baru yang saya belajar. 

Tiba-tiba, ada pengumuman tentang game/challenge pada keesokkan harinya yang membuatkan saya SANGAT TERUJA. Cuba teka.....Business Simulation ala-ala Apparentice Malaysia, episod jual ikan tu. Perrgh, memang dah lama tak buat offline promotion ni. Rindu masa2 dulu berbisnes EUMORA dgn team SAB Sdn Bhd. Apalagi, saya pun carilah geng untuk mendaftar secara berkumpulan. Tak sabar pula rasanya menanti cabaran hari esok. It is true that when you do business, you have more colours in your life. 

Hari kedua Gen Y  Entrepreneurship Fiesta

Sebelum tiba di Prima Gombak, kami diberi arahan untuk memberi nama kumpulan. Saya pun mula mencari idea untuk nama kumpulan dengan kaedah Metafizik. Ahli2 kumpulan saya secara tidak langsung melantik saya sebagai ketua, mungkin kerana senioriti dan pengalaman. Akhirnya, muncullah nama THE STARK yang diambil sempena nama Stark Industries dalam filem Iron Man. Saya bukanlah peminat tegar Iron Man, tetapi saya melihat Tony Stark sebagai satu karektor hero yang juga memiliki empayar perniagaan yang berjaya dalam cerita tersebut. So, setel dah nama kumpulan. Selepas sesi taklimat oleh penganjur, kami mula mengatur strategi dgn satu matlamat, iaitu mendapat KEUNTUNGAN TERTINGGI dan MENANG cabaran ini. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana semua ahli pasukan saya sangat memberikan kerjasama dan kebetulan salah seorang daripada kami pernah menyertai cabaran sebegini suatu ketika dahulu. Jadi, banyak juga pengalaman beliau yang dapat membantu kami. Saya pula lebih menekankan konsep 'selling benefit to get profit' dan 'build up rapport with customers' berdasarkan pengalaman saya dalam perniagaam MLM. Bermula pada jam 10 pagi sehinggalah jam 4.30 petang kami berjual dari rumah ke rumah. Syukur kerana hampir semua barang2 yang diberikan habis terjual.

Pada sebelah malam pula, kami menghantar wakil ke dewan taklimat untuk sesi pembentangan pada keesokkan harinya. Saya mengambil kesempatan untuk makan luar bersama sahabat sebelum memulakan perbincangan bersama ahli kumpulan. Pada jam 10 malam, kami berkumpul di Bilik TV blok C Sumayyah untuk menyiapkan slide pembentangan dan beberapa video. Selesai pembahagian tugas, kami menyambung tugasan di bilik masing-masing.


Hari ketiga Gen Y Entrepreneurship Fiesta

Pada hari itu, saya bangun awal subuh dan terus siapkan video yang tertangguh akibat keletihan yang amat mlm tadi. Saya buat video guna Sony Vegas yang baru saya pelajari pada minggu sebelumnya. Saya buat yang basic saja. Yang penting smooth dan menarik perhatian penonton. Bila dah save rasa lega sebab sempat siap sebelum jam 9 pagi. Siap2 dan terus ke dewan. Sampai sana, saya fikir saya yang paling lewat. Rupa-rupanya, masih ramai yang belum hadir untuk sarapan terlebih dahulu. Apalagi, ambil sarapan, duduk dan terus buka PC untuk tunjuk video pada ahli kumpulan. Nasib lah, buat kerja last minit...video yang saya save td rupanya hanya save sebahagian saja. Ohh tidak !! Dalam hati tenangkan diri sendiri dgn mengatakan masih ada masa untuk buat yang baru. Apalagi, saya cuba sebaik mungkin untuk menghasilkan video seperti yang telah saya buat tadi. Alhamdulillah, walapun tak sesempurna yang awal, namun saya telah berusaha. Hasilnya tak lah begitu mengecewakan.

Kami dapat turn yang terakhir sekali untuk pembentangan. Oleh itu, kami dapat melihat kumpulan2 lain membentang dan menilai komen2 para juri supaya kami bisa melakukan dengan lebih baik nnt.
Save the best for the last !!

Sampai lah giliran kami untuk present. Saya mulakan dengan video pengenalan dan soalan kpd para hadirin. Motif untuk menarik perhatian..hahhaha. Paling menarik kerana kami berjaya membuktikan bahawa kami mampu menjual dengan harga yang mahal dan mencipta MARGIN PROFIT yang tinggi. Semuanya berkat usaha dan kerjasama kami sekumpulan. Video penutup juga tak kurang hangatnya kerana ritam rancak dan momen menarik yang sempat dirakam oleh kami.

video

Dipendekkan cerita, The Stark telah menjadi Johab dalam pertandingan ini. Kami menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250 beserta keuntungan jualan yang kami peroleh dgn jumlam RM221. Agak berbaloi untuk dikongsi 4 orang dan sememangnya itulah yang kami inginkan. Buat sehabis baik kerana satu matlamat iaitu mempraktikkan skill dan mendapat keuntungan tertinggi. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...