Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

The Stark...How Does It Starts



Pada 25-27 April, saya telah mengikuti satu Program Keusahawanan anjuran Entrepreneur Development Center (EDC) IIUM. Pada awalnya, saya hanyalah memenuhi jemputan rakan baik saya di STUFF yang juga merupakan ahli kelab Enactus (salauh satu kelab EDC). Memandangkan saya hanya ada satu kelas pada jam 8-9pagi, maka amatlah baik jika saya luangkan masa untuk aktiviti berfaedah serta dapat menambahkan ilmu keusahawanan saya, insyaAllah.

Hari pertama Gen Y  Entrepreneurship Fiesta

Dari pagi sampailah ke malam, kami dihidangkan dengan perkongsian daripada speakers yang sudah mencipta nama dalam bidang keusahawan, baik tempatan mahupun antarabangsa. Antaranya ialah Zamri Aminuddin ( Charisma Training & Consultancy), Hjh Famiza Zulkifli (Muslimah Manufacturing) dan Roy Azlan Hj Alias (international exposure). Ada perkara yang saya kira sebagai ulangkaji dan ada juga perkara baru yang saya belajar. 

Tiba-tiba, ada pengumuman tentang game/challenge pada keesokkan harinya yang membuatkan saya SANGAT TERUJA. Cuba teka.....Business Simulation ala-ala Apparentice Malaysia, episod jual ikan tu. Perrgh, memang dah lama tak buat offline promotion ni. Rindu masa2 dulu berbisnes EUMORA dgn team SAB Sdn Bhd. Apalagi, saya pun carilah geng untuk mendaftar secara berkumpulan. Tak sabar pula rasanya menanti cabaran hari esok. It is true that when you do business, you have more colours in your life. 

Hari kedua Gen Y  Entrepreneurship Fiesta

Sebelum tiba di Prima Gombak, kami diberi arahan untuk memberi nama kumpulan. Saya pun mula mencari idea untuk nama kumpulan dengan kaedah Metafizik. Ahli2 kumpulan saya secara tidak langsung melantik saya sebagai ketua, mungkin kerana senioriti dan pengalaman. Akhirnya, muncullah nama THE STARK yang diambil sempena nama Stark Industries dalam filem Iron Man. Saya bukanlah peminat tegar Iron Man, tetapi saya melihat Tony Stark sebagai satu karektor hero yang juga memiliki empayar perniagaan yang berjaya dalam cerita tersebut. So, setel dah nama kumpulan. Selepas sesi taklimat oleh penganjur, kami mula mengatur strategi dgn satu matlamat, iaitu mendapat KEUNTUNGAN TERTINGGI dan MENANG cabaran ini. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana semua ahli pasukan saya sangat memberikan kerjasama dan kebetulan salah seorang daripada kami pernah menyertai cabaran sebegini suatu ketika dahulu. Jadi, banyak juga pengalaman beliau yang dapat membantu kami. Saya pula lebih menekankan konsep 'selling benefit to get profit' dan 'build up rapport with customers' berdasarkan pengalaman saya dalam perniagaam MLM. Bermula pada jam 10 pagi sehinggalah jam 4.30 petang kami berjual dari rumah ke rumah. Syukur kerana hampir semua barang2 yang diberikan habis terjual.

Pada sebelah malam pula, kami menghantar wakil ke dewan taklimat untuk sesi pembentangan pada keesokkan harinya. Saya mengambil kesempatan untuk makan luar bersama sahabat sebelum memulakan perbincangan bersama ahli kumpulan. Pada jam 10 malam, kami berkumpul di Bilik TV blok C Sumayyah untuk menyiapkan slide pembentangan dan beberapa video. Selesai pembahagian tugas, kami menyambung tugasan di bilik masing-masing.


Hari ketiga Gen Y Entrepreneurship Fiesta

Pada hari itu, saya bangun awal subuh dan terus siapkan video yang tertangguh akibat keletihan yang amat mlm tadi. Saya buat video guna Sony Vegas yang baru saya pelajari pada minggu sebelumnya. Saya buat yang basic saja. Yang penting smooth dan menarik perhatian penonton. Bila dah save rasa lega sebab sempat siap sebelum jam 9 pagi. Siap2 dan terus ke dewan. Sampai sana, saya fikir saya yang paling lewat. Rupa-rupanya, masih ramai yang belum hadir untuk sarapan terlebih dahulu. Apalagi, ambil sarapan, duduk dan terus buka PC untuk tunjuk video pada ahli kumpulan. Nasib lah, buat kerja last minit...video yang saya save td rupanya hanya save sebahagian saja. Ohh tidak !! Dalam hati tenangkan diri sendiri dgn mengatakan masih ada masa untuk buat yang baru. Apalagi, saya cuba sebaik mungkin untuk menghasilkan video seperti yang telah saya buat tadi. Alhamdulillah, walapun tak sesempurna yang awal, namun saya telah berusaha. Hasilnya tak lah begitu mengecewakan.

Kami dapat turn yang terakhir sekali untuk pembentangan. Oleh itu, kami dapat melihat kumpulan2 lain membentang dan menilai komen2 para juri supaya kami bisa melakukan dengan lebih baik nnt.
Save the best for the last !!

Sampai lah giliran kami untuk present. Saya mulakan dengan video pengenalan dan soalan kpd para hadirin. Motif untuk menarik perhatian..hahhaha. Paling menarik kerana kami berjaya membuktikan bahawa kami mampu menjual dengan harga yang mahal dan mencipta MARGIN PROFIT yang tinggi. Semuanya berkat usaha dan kerjasama kami sekumpulan. Video penutup juga tak kurang hangatnya kerana ritam rancak dan momen menarik yang sempat dirakam oleh kami.


Dipendekkan cerita, The Stark telah menjadi Johab dalam pertandingan ini. Kami menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250 beserta keuntungan jualan yang kami peroleh dgn jumlam RM221. Agak berbaloi untuk dikongsi 4 orang dan sememangnya itulah yang kami inginkan. Buat sehabis baik kerana satu matlamat iaitu mempraktikkan skill dan mendapat keuntungan tertinggi. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...






Saturday, December 21, 2013

Kenangan di Kuala Medang


Assalamualaikum semua....semoga anda2 semua sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta.
Dalam catatan diari saya untuk semester ini, ada cerita saya bawakan untuk anda dari Kuala Medang.
Buat julung2 kalinya saya berpeluang menyertai program Baktisiswa anjuran Lawsoc, persatuan pelajar Undang2 UIAM. Saya dapat kenal senior2 di AIKOL yg juga turut sama dalam program ini. Saya bukan selalu menyertai program kelolaan Lawsoc apatah lagi menjadi committee..reason? hrmm, no sense of belonging i guess...huhu..



Suasana kampung sangat mendamaikan...lega dapat hirup udara segar pada pagi yang indah...saat itu juga saya teringat kampung sendiri..

sempat berposing sebelum bertolak ke kawasan gotong-royong...sempoi2 jer rupenye kakak aku nih..hihihi

Motif tunjuk tapak tangan? kalau ada bdak2 Experiment5 ni mst dah kene saiko...TAPAK...hahah

kami tanam pokok bunga untuk projek lebah....seronok juga dapat genggam tanah 

Dah habis, kita bergambar lagi...pakcik2 ni sume sangat peramah dan suka bergurau...teringat Pak Cu dan ayah angkat yg bersaudara.

Malam jamuan dan kebudayaan, saya berkesempatan berborak dgn kak Yani...siap add dalam FB you..hahaha jgn memain, canggih dah sekarang ni...dan kami masih berhubung smpai sekarang....anak dia mmg comel!

saya geram dgn kecomelan mata adik ni...bergambar sebab nak amek aura comel..boleh kan? hehe

Yang ni lagi best...nak pergi ke perkampungan melayu di persisiran sungai...ok naik bot mmg best!

Tadaa! udara memang cool giler...SubhanAllah Maha Suci Allah 

Rasa juga air yg sejuk ni...mmg x kan ku lupa pengalaman sebegini
JKKK kg bercerita ttg penghasilan emping cara radisional yg masih digunakan sampai hari ini..
Terasa cam jakun jugak lerr...apapun, bagus untuk generasi muda mcm kami yang tak pernah jumpa bnda2 ni...
adat melayu yg perlu di kekalkan..

Live show menganyam beg...ni lah IKS kampung Melayu Kuala Medang

Sebahagian produk IKS yang dijual...saya beli beg anyaman tu...buah salak dapat makan fresh petik dari pokok...oleh kerana syok sgt makan, saya lupa amek gambar di kebun buah salak tu..haha

Game show pulak...gasing yo! nmpk senang tapi tak mudah..hehe

Kami berhenti lunch di pusat IKS, dijamu makan MEE SIPUT...dan sempat jugak saya tgok akak ni masak kuah nyer..sonang sgt ni...ceh, tak baik riak tau :D

Terbaik lahhh dapat keluarga angkat cam ni...nak balik pun dibekalkan nasi ayam...padahal dah lunch kali kedua nasi ayam selepas hadam Mee Siput td...itulah rezeki namanya...syukur Alhamdulillah

Comel kan adik angkat saya...hrmmm tgok laa kakak2 angkatnya...mana tumpahnye kuah kalau tak ke nasi..betul? 

Inilah family angkat saya, dah makan sesama, rewang sesama dan bergurau senda terutama dgn ayah...lucu sungguh Pak Teh ni...askar pencen okay hahah..nak balik dah..sedih pulak...motif? sbb bila balik kita akan kembali ke dunia nyata...realiti kehidupan..

Monday, December 16, 2013

Rentas Potensi Diri Unggul

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah akhirnya diberi ruang dan kesempatan untuk update ttg aktiviti saya dalam dunia training & motivation.

23 November 2013
Akademi Latihan Insan, Kota Tinggi
Rentas Potensi Diri Unggul

Ini merupakan program pertama yang dikendalikan oleh ARSIF dibawah naugan Ahadan Coach. Program satu hari ini adalah program pertama yang khusus kepada penerokaan potensi diri peserta melalui kaedah Metafizik Sains Pernomboran. Alhamdulillah, percubaan pertama ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan ibu bapa. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Syaiful Khazimi daripada ARSIF.

Program ini bermula jam 9pagi dan tamat pada jam 5ptg. Selepas tamat saja program ini, para peserta dan ibu bapa memberikan feedback positif kepada kami dan bertanya tentang program lanjutan untuk masa akan datang. InsyaAllah, kami akan usahakan sebaiknya untuk memberi manfaat kepada masyarakat khususnya.

Antara perkara yang diperolehi sepanjang program sehari ini ialah :
  1. karekter diri
  2. kecenderungan dan potensi bidang kerjaya
  3. potensi kesihatan dalaman
Jika diperhalusi dengan lebih mendalam, ilmu metafizik pernomboran ini amatlah luas untuk diterokai dan diaplikasikan dalam setiap inci kehidupan. Bukan saja bidah kerjaya, malahan nama syarikat yang sesuai, rakan kongsi yang 'kena' untuk sesuatu bisnes dan strategi pemasaran. Dari aspek kehidupan pula, kita boleh melihat keserasian antara karekter termasuklah perihal jodoh. Sememangnya tiada satu pun perkara yang Allah SWT jadikan itu sia-sia. Apa yang terjadi pada kita dalam rutin harian sudah tertulis dan ditentukan olehNYA. Dengan ilmu ini, kita dapat melihat pattern rutin itu dan membuat penambahbaikan untuk berjaya dari semasa ke semasa, InsyaAllah.








 Sebarang pertanyaan tentang program ARSIF bolehlah hubungi Cik Shafikah [0192872079] atau Ustaz [0193947695].

Jamboree Unirama SKBU2 & Al-Hidayah


Tarikh  : 11-13 Oktober 2013
Tempat : Akademi Kemahiran Latihan Insan (AKLI), Kota Tinggi
Peserta : SK Bandar Uda 2 dan Sekolah Al-Hidayah

Assalamualaikum semua...sahabat2, rakan blogger dan juga teman2 yang selalu singgah ke laman ini. Alhamdulillah, kita sudah pun selesai menyambut Hari Raya Aidiladha 3 hari
> yang lalu. Bagaimana sambutan di tempat anda? Banyakkah sembelihan qurban?
Sebelum berhari raya, saya berpeluang mengikuti team AHADAN COACH 

Sudah puas adik2 ni bermain di jeram, masak maggi guna kayu api [ikhtiah hidup] dan sebagainya, tibalah masa untuk kita berpisah seketika. InsyaAllah jika diizinkan kita akan berprogram lagi tahun depan dengan aktivit2 yang lebih menarik dan semestinya MENCABAR FIZIKAL DAN MENTAL. Semoga bertemu kembali :D

Tuesday, July 16, 2013

Alkisah Bubur Lambok


Salam sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa buat teman2 dan sahabat2 yang saya kasihi.
Alhamdulillah, sudah 6 hari kita berpuasa dalam bulan yang penuh barakah ini. Syukur juga saya kerana dapat membiasakan diri menjalani rutin harian di bulan puasa ini. Pagi bekerja, balik kerja terus berbuka dan selapas itu ke surau untuk berterawih. Hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga berkesempatan untuk berbuka puasa di rumah arwah mak ngah bersama pak ngah dan anak-anaknya. Seronok bila berbuka beramai2 dengan juadah yang tidak kurang enaknya. Kami juga membawa sedikit juadah iaitu rojak mee dan kuih buah melaka hasil buatan sendiri. Istimewa daripada air tangan Angah (sepupu) iaitu spagetti menjadi hidangan utama di samping burung puyuh goreng yang menjadi ratahan kami.

Itu apa yang berlaku pada hari Sabtu.

Keesokan harinya, Ahad - Saya bersiap2 seawal 8pagi semata-mata nak menyertai misi Bubur Lambok. Saya pergi ke Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat bersama sepupu, Ckg Bella. Saya excited nak merewang bukan sebab tak pernah makan bubur lambok, tapi sebab ini first time join program masak bubur lambok dalam bulan Ramadhan. Lebih-lebih lagi, ini merupakan program anjuran Rakan Muda peringkat negeri Johor...hahaha. Untuk makluman, inilah program kedua yang saya sertai selepas Himpunan Belia Negeri Johor kelmarin.


suasana di perkarangan Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat.

Dikhabarkan bahawa terdapat lebih kurang 30 buah periuk bubur lambok yang disediakan oleh staf2 jabatan dan sukarelawan mengikut kumpulan mukim dan jabatan.


Di khemah saya, kami sedang menyediakan bahan2 sayuran. Berjubah hitam itu sepupu saya, Nabila dan disebelahnya sahabat saya, Ila.


Membasuh beras...puas juga beratur tunggu turn nak dapat basuh beras untuk kumpulan kami.




Adik2 di khemah saya...mereka merupakan PRS dari sekolah Dato Onn, Batu Pahat.
Yeahhh, terbaikkk laa! Bubur lambok sedappp :D


Ini 'pengacau' bubur lambok...wakil dr Rengit..ahahha 



















Tugas masak-memasak selesai lebih kurang jam 12 tengahari. Sementara menunggu bubur masak, kami bertiga sempat melarikan diri ke ladies untuk mencuba mask sheseido. Memang pantang lepa :D
Keluar je dari ladies, kami lihat mereka baru nak bungkus bubur lambuk...hahaha. Rupanye, pak cik ketua masak perasan yang kami menghilang lebih kurang setengah jam...hehehehe. Ingatkan tak ada siapa yang sedar...hahaha. Maka, kami teruslah membantu mereka membungkus bubur lambok daripada dua     periuk besar. Saya tak sempat kira berapa banyak yang kami bungkus tetapi setahu saya 50 bungkus
daripada setiap periuk akan diagih-agihkan ke surau2 dan masjid sekitar Batu Pahat. Dah lama tak turun merewang macam ni, amat terasa keseronokannya. Ada yang tolong buka plastik, tukang cedok bubur, tolong isi, dan tukang bungkus. Part mengagihkan tu kerja staf-staf yang terlibat a.k.a running man..hehehe.

Alhamdulillah, segala tugas kami selesai sebelum jam 1 tengahari. Dapat bawa balik bubur lambuk untuk anak-anak pak ngah dan juga mak ngah dan pak cik di Rengit. Rezeki yang Allah bagi pada kita lebih berkat bila dikongsi bersama yang lain. Syukur, hati bahagia bila melihat senyuman mereka yang menerima     bubur lambok tu. Betullah kata orang bijak pandai, erti hidup pada memberi.


Sekian, wassalam.