Tuesday, July 16, 2013

Alkisah Bubur Lambok


Salam sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa buat teman2 dan sahabat2 yang saya kasihi.
Alhamdulillah, sudah 6 hari kita berpuasa dalam bulan yang penuh barakah ini. Syukur juga saya kerana dapat membiasakan diri menjalani rutin harian di bulan puasa ini. Pagi bekerja, balik kerja terus berbuka dan selapas itu ke surau untuk berterawih. Hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga berkesempatan untuk berbuka puasa di rumah arwah mak ngah bersama pak ngah dan anak-anaknya. Seronok bila berbuka beramai2 dengan juadah yang tidak kurang enaknya. Kami juga membawa sedikit juadah iaitu rojak mee dan kuih buah melaka hasil buatan sendiri. Istimewa daripada air tangan Angah (sepupu) iaitu spagetti menjadi hidangan utama di samping burung puyuh goreng yang menjadi ratahan kami.

Itu apa yang berlaku pada hari Sabtu.

Keesokan harinya, Ahad - Saya bersiap2 seawal 8pagi semata-mata nak menyertai misi Bubur Lambok. Saya pergi ke Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat bersama sepupu, Ckg Bella. Saya excited nak merewang bukan sebab tak pernah makan bubur lambok, tapi sebab ini first time join program masak bubur lambok dalam bulan Ramadhan. Lebih-lebih lagi, ini merupakan program anjuran Rakan Muda peringkat negeri Johor...hahaha. Untuk makluman, inilah program kedua yang saya sertai selepas Himpunan Belia Negeri Johor kelmarin.


suasana di perkarangan Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat.

Dikhabarkan bahawa terdapat lebih kurang 30 buah periuk bubur lambok yang disediakan oleh staf2 jabatan dan sukarelawan mengikut kumpulan mukim dan jabatan.


Di khemah saya, kami sedang menyediakan bahan2 sayuran. Berjubah hitam itu sepupu saya, Nabila dan disebelahnya sahabat saya, Ila.


Membasuh beras...puas juga beratur tunggu turn nak dapat basuh beras untuk kumpulan kami.




Adik2 di khemah saya...mereka merupakan PRS dari sekolah Dato Onn, Batu Pahat.
Yeahhh, terbaikkk laa! Bubur lambok sedappp :D


Ini 'pengacau' bubur lambok...wakil dr Rengit..ahahha 



















Tugas masak-memasak selesai lebih kurang jam 12 tengahari. Sementara menunggu bubur masak, kami bertiga sempat melarikan diri ke ladies untuk mencuba mask sheseido. Memang pantang lepa :D
Keluar je dari ladies, kami lihat mereka baru nak bungkus bubur lambuk...hahaha. Rupanye, pak cik ketua masak perasan yang kami menghilang lebih kurang setengah jam...hehehehe. Ingatkan tak ada siapa yang sedar...hahaha. Maka, kami teruslah membantu mereka membungkus bubur lambok daripada dua     periuk besar. Saya tak sempat kira berapa banyak yang kami bungkus tetapi setahu saya 50 bungkus
daripada setiap periuk akan diagih-agihkan ke surau2 dan masjid sekitar Batu Pahat. Dah lama tak turun merewang macam ni, amat terasa keseronokannya. Ada yang tolong buka plastik, tukang cedok bubur, tolong isi, dan tukang bungkus. Part mengagihkan tu kerja staf-staf yang terlibat a.k.a running man..hehehe.

Alhamdulillah, segala tugas kami selesai sebelum jam 1 tengahari. Dapat bawa balik bubur lambuk untuk anak-anak pak ngah dan juga mak ngah dan pak cik di Rengit. Rezeki yang Allah bagi pada kita lebih berkat bila dikongsi bersama yang lain. Syukur, hati bahagia bila melihat senyuman mereka yang menerima     bubur lambok tu. Betullah kata orang bijak pandai, erti hidup pada memberi.


Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment