Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan kali ini...

keadaan di Bazar Ramadhan, Rengit yang sesak...
Assalamulaikum rakan bloggers dan silent readers sekalian.
Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan 'Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak' khusus buat seluruh umat Islam di seantero dunia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana kitamasih lagi diberi peluang oleh-Nya untuk sama-sama menghayati dan menikmati keberkatan bulan Ramadhan.

Cukuplah untuk intro entry pada kali ini. [hehehe]

Diam tak diam, sebulan sudah aku berpraktikal di Pejabat Pusaka Kecil Bt Pahat ini. Dan hari ini, sudah masuk hari kedua kita berpuasa. Ya, sememangnya cukup pantas masa berlalu. Jika kita sedar itu, maka gunakanlah MASA yang ada dengan sebaiknya. Ingat LIMA sebelum LIMA. Itu pesan buat diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian.

Terasa lainnya, bila adik tiada bersama kami sekeluarga berbuka puasa semalam. Semalam, dua tiga kali mak ayah menefon adik tetapi tiada jawabnya. Mungkin, petang itu dia ke bazar dan biasalah keadaan bazar ramadhan yang bising menjadi kekangan untuk mendengar deringan telefon bimbit. Apapun, aku lebih suka bersangka baik. Adik mungkin sedang menyesuaikan diri berpuasa dan berbuka bersama teman2 seperjuangannya di sana, UITM Jengka. Jadi, pertukaran rutin memanglah amat terasa. Lebih-lebih lagi, dia tidak pernah berjauhan dengan keluarga apatah lagi berbuka di luar daerah sebelum ini.

Perihal ini amatlah berbeza dengan cerita aku. Aku rasa inilah kali pertama aku benar-benar menyambut satu Ramadhan di rumah dan juga bercuti satu Ramadhan. Lama juga rupanya aku telang meninggalkan Johor terchenta ini demi menuntut ilmu. Kiraan ini hanya tertakluk pada jangka masa aku menuntut di UIA. Zaman sekolah asrama rasanya dapat juga pulang berpuasa dan berbuka di rumah pada satu Ramadhan.

Semalam, aku juga berpeluang untuk melihat gelagat manusia di bazar Ramadhan pada hari pertama berpuasa. Seperti yang kujangkakan, sesak juga keadaannya lebih-lebih lagi bila menghampiri jam 6 petang. Bazar mula diserang oleh rakyat2 Rengit yang semacam tidak pernah melihat makanan...hahahaha...nafsu jangan diturutkan. Kita berpuasa bukan sehari, tetapi sebulan. Berpada-padalah berbelanja dan pengalaman mengajar saya bahawa makanan yang dimasak di rumah sudah cukup terjamin enaknya dan kebersihannya. Air tangan ibu kannn...

Bermula Ramadhan ini, aku mulakan satu pembaharuan dalam rutin puasa keluarga ku. Aku bersolat terawih di surau bersama ayah dan mak. Selama aku membesar, belum pernah mak berterawih di surau dan kadang-kadang saja di rumah. Aku bersyukur kerana kehidupan berpuasa sejak masuk ke Sekolah Menengah Sains Johor telah mengajar dan mendekatkan aku dengan cara hidup Islam yang lebih baik. Hanya satu prinsip yang aku pegang >> for things to change, I must change first. Saya tak tahu cara terbaik untuk menegur orang lebih-lebih lagi orang tua sendiri. Kekadang bila bercampur dengan masyarakat kampung sendiri, saya sedar beberapa kekhilafan tetapi ternyata saya masih lemah. Jadi, saya gunakan pendekatan ini >> lead by example. Saya akui saya masih perlu perbaiki diri saya sendiri dari pelbagai aspek, bukan saja dari aspek agama.


Saat ini juga saya terkenang zaman berpuasa, berbuka dan bersahur di SMSJ dan juga di UIAM. Pada tahun pertama pengajian di UIAM, saya berpeluang menjalani Ramadhan di sana. Yang paling indah bagi saya ialah berbuka, bersahur dan berqiam di masjid UIAM. Ketika itu, saya masih ingat yang saya terasa amat teruji dan diuji dengan dugaan-Nya yang pada hemat saya amat berat ketika itu. Apapun, demikianlah cara Dia mengajar hambaNya erti kehidupan yang sebenar.

Sekian saja dari saya, selamat mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita sama-sama berada dalam golongan orang2 yang bertaqwa...aminn.

# Hijrah itu perlu, jika kita mahu terus HIDUP.

No comments:

Post a Comment