Kasihnya ibu...
membawa ke syurga...
Sedih pula mendengar bait2 lagu ini. Seorang wanita bergelar ibu. Begitu besar jasa dan pengorbanannya kepada kita. Baik buruk dia tetap ibu kita.
Allah SWT telah menetapkan agar Ramadhan ini saya lebih kenal ibu bapa saya sendiri. Saya akui kesabaran saya sering kali diuji dan teruji. Kekadang saya tidak sedar tetapi syukur Allah menyedarkan saya.
Sepanjang saya tinggal di rumah bermulanya praktikal, tiap2 hari ibu siapkan sarapan dan bekal makanan untuk saya. Macam zaman sekolah rendah dulu. Jam 6.40 pagi ayah hantar saya ke pekan Rengit dengan menaiki motor. Benar kata ibu, dia jaga budak sekolah lagi...hehehe. Memang sama rutinnya pada zaman saya berumur 7-12 tahun dulu.
Masa kecil, saya tak faham sangat kenapa ibu buat itu buat ini. Sampailah saya masuk ke sekolah asrama. Baru saya terasa kekurangan bila tiada ibu di sisi. Sarapan pagi bukan lagi dihidang. Pergi sekolah tidak lagi berhantar. Saya belajar hidup berdikari dan membiasakan diri.
Masa itu, saya tak faham kenapa mak uda selalu pesan kat saya supaya telefon mak selalu. Bukan seminggu sekali macam yang saya buat. Pada fikiran saya, bukan ada perkara penting nak report hari2. Bila saya cerita tapi mereka tak faham tak guna juga. Saya jarang bercerita perihal sekolah kepada mereka apatah lagi perihal kawan.
Komunikasi tak sehala.
Setelah lebih kurang sebulan di rumah, ada beberapa perkara yang saya baru faham dan belajar dari mereka. Saya cuba letakkan diri saya di tempat mereka. Kali ini saya bukan lagi anak kecil bawah umur. Saya dah pun mencapai age of majority dan seharusnya saya berfikiran lebih matang.
Apa yang saya rasa bila duduk bertiga di rumah sekarang ni, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ni membuat saya berandaian bahawa inilah perasaan dan siatuasi yang dihadapi oleh adik pada tahun-tahun sebelumnya ketika ketiadaan saya di rumah.
Baru saya nampak dengan mata kepala sendiri tentang keprihatinan dan kerisauan ibu ayah bila memikirkan perihal anak mereka. Pernah satu ketika, saya dapat miscall daripada mereka berkali2 disebabkan fon saya dalam silent mode. Ketika itu, saya tidak terus menghubungi mereka kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Malam itu, baru saya hubungi mereka.
Sekarang, bila saya letak diri di tempat mereka saya dapat bayangkan betapa susahnya hati mereka. Lagi-lagi, ibu saya agak paranoid. Bila hal yang sama berlaku pada adik, saya kata pada mereka tiada yang perlu dirisaukan. InsyaAllah semua selamat, mungkin adik silent fon atau tak dengar panggilan.
Sekarang, bila mana saya ada buat silap dengan ibu, hati saya sangat tak tenang sehinggakan saya meminta maaf kepadanya. Satu perkara yang jarang-jarang saya lakukan. Mungkin sebab jarak yang memisahkan kami. Bila tiba dalam lingkungan usia sebegini, saya sudah mula memikirkan baik buruknya sikap dan tingkahlaku saya terhadap ibu bapa. History repeats itself. Saya tidak mahu ianya berlaku pada generasi seterusnya iaitu anak2 saya.
Terkesan juga di hati lepas mendengar kata2 Ustaz Don Daniyal tentang kesan ibu bapa yang tidak menghiraukan anak kecil mereka.
Kuncinya ialah SABAR dan SYUKUR.
Di hadapan mereka, saya mungkin nampak kuat tetapi tidak di belakang mereka. Sahabat saya menasihati saya supaya menjadi seorang ANAK. Agak mendalam maksudnya itu. Kini, baru saya faham kata-katanya.
Terima kasih Ya Allah atas segala2nya.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment