Thursday, December 31, 2009

kERaNa NafSu...


Salam sejahtera buat semua teman...Malam ni rase mood baik je, maklumlah esok nak balik kampung.
Aku pon tak tau npe aku excited GILER nak blk ni...haha
ntah pape je kan..
Tiket dah beli dah..sok aku balik ngan Zati pukul 10.30 pg dari Seremban.
Alamak, aku dah terkeluar dr topik nampaknyer..

Back to my title of post today..
Nampak hangat kan??
Istighfar laa bbyk ye klu korg pkir aq nakcite yg biru2 tu..
Aku sebenarnye nak recommend kat korg tuk bace satu buku ni..[lihat gambar di atas]
Wo Ai Ni Allah bermakna I Love Allah in english...
Berkisar tentang seorg gadis Cina berusia 14 thn yg baru saja kematian bapa yg amat disayangi..
keluarganya tidak mempercayai kewujudan Tuhan, mereka ialah ateis. Tetapi Allah telah memberi hidayah kpd bapanya melalui mimpi tentang Tuhan.
NAmun, die masih tidak ketemu dengan jawapan2 kpd soalan2 yg ditanyakan kepada ahli2 agame naik Islam, Buddha mahupun Kristian. Gadis itu sering menemani bapanya ke mana saja, lebih-lebih lagi saat bapanya mahu mencari Tuhan.Namun, si ibu sgt marah apabila mreka berbicara soal TUhan, krn dia sememangnya tidak percaya akan itu..Apakah yg akan terjadi kpd gadis itu setelah ketiadaan bapanya??
Dapatkah dia menyambung hajat bapanya untuk bertemu Tuhan??
Adakah bisa dia menemukan NUr itu saat dirinya terbiar??

haaa, kalau nak tau kesudahannya...tunggu pe lagi??
bacalah...
ops!!! lpe lak nak gtau..hrg murah je..dlm RM17 je...

Selamat Membaca!!!

Wednesday, December 30, 2009

ke garisan..1 2 3!!!!

Salam, hari ni aku dah siapkan dan dah pun hantar assignment FIM-Deviant Teachings.
Yg best lagi kls komputer hari ni xde, so ble lunch awal and settle ape yg x settle gi. Habis je assignment tu, haa dapat lagi satu kje baru- case briefing tuk subjek GPL1. Quite difficult i think bcoz we will be assessed individually. We have to present it and put also writing.
Esok dah masuk 2010. Hari ni kne wat flashback or muhasabah diri sebelum melangkah ke tahun baru. Azam aq tuk tahun ni adalah mendapatkan pointer 3.35 and above. Insyaallah akan aku tunaikan demi mak dan ayah. Dan satu saja yg ingin aku lakukan sejak detik dan saat ini ialah menjadi anak yg lebih mementingkan keluarga..kini aku sedar bahawa aku berada di sana atas berkat doa org tuaku.Jadi, aku kenalah berikan sesuatu yang bisa menyenangkan hati mereka.
Aku belum beli tiket lagi ni..petang ni lps abis je kls arab , aku nak ke LTD tuk anto report.Then, aku straight pegi beli tiket..klu x kempunan laa aku..huhu.

Ok laa, nak solat zuhur. pastu nak gi kls arab..lmbt sket laa gi kls ri ni..x pe2,ustaz aq bek..ustaz Sudan..

salam

Monday, December 28, 2009

Shooting MoCk di UIAM


Salam to all my friends who are following my blog and also to all who know me.
Yesterday was truly a tired day but I was happy to involve in this thing, shooting for Mock Trial.
We all went there by cars, one Kancil drove by Alia and one Kembara drove by Syahirun.Because of this, we called the parties as Pakatan Kancil and Team Kembara.Luckily, i'd joined Syahirun, Afifi, Zehan and Feqah which i think is more secure in term of speed limit and following the right path...pity to the Pakatan Kancil but at least they can survive..hahaha.To Alia, be careful next time..and to me also when I get driving license in the future.
Kitorg sampai sne dalam pkul 1.30 ptg, da nak azan la mse tu..tp kitorg terus je ke lokasi pertama iaotu, lokasi cubaan membunuh. So, tuk scene first shooting kali ni agak tension sket rsenye..pd aq laa. Maybe sbb second time wat bende yg sme and cuace n timing yg mempengaruhi emosi. Ketika itu, aku lebih senang melayan perasaan sendiri dgn mendengar lagu Yuna- After Midnite. Diorg wat scene tmbhan so aq layan je laa..

ni laa, scene first yg kne shoot..

haha..gigih aq tgk si Afifi dok hayati watak..kne jd jiwang..huhu

Habis je scene kat situ, kitorg gerak ke masjid tuk solat sebentar. Then, kitorg continue scene balik dr kuliah...


Si director ngan camerawoman ni...mmg pulun abih laa nk dpt shot yg terbaek..

Then, we proceeded to the next scene..Klu nak tau, aq rse shoting kli kdua ni cam nmpk real student life laa...bcoz time ni students sne da start sem bru. Berbeza dgn yg first. Itulah, everything happens for a reason.


2nd cameraman and director..1 2 3 action!!!

Time ni rse dah happy sket laa, dah rse de chemistry and team work..waat kje ni actually kne senang hati, bru rse fun.


haha..tu tiga dara pinggitan duk posing kat tgh jambatan..cantik pemandangan kat sini dr atas.
Actually, kat atas tu ( tmpt amek gmbr) adalah lokasi pembunuhan...syok laa wat scene tu..


waa.. knangan manis nih...mmg shot santek lah..view yg indah!!

aku and Syud, mmg byk laa muke die dlm camera..tp aku mmg ske amek gmbr pon..cam bes lak..


kitorg agi..hehe

Sume tu gambar2 yg diambil kat rooftop..secret place..huhu
Nway, aq malas nak tulis bbyk kali ni, so kte tgk gmbo je la yer...







this is so real n scary!!!

so, i think that's all...
see u!!

Monday, December 21, 2009

Adakalanya kita tersungkur...

Erti Syukur
Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

www.toplirik.com/erti-syukur-lirik-lagu-penyanyi-artis-unic.htm

Aku suka sangat lirik lagu ni.First, sebab ape yang dikatakan memang benar belaka..atau bahas mudahnye aku tersa kot, kena batang hidung sendiri, kata orang dulu-dulu.
Tetibe aku terpikir, kalau la satu masa nanti aku dah jadi motivator or consultant nnt, aku akan pasang lagu ni tuk clients yg tgh down, banyak masalah and kepada mereka yang sesat dalam dunia ciptaannya sendiri.Aku membayangkan aku sedang mengendalikan satu program untuk calon2 SPM.Lagu ni sesuai untuk semua peringkat pelajar, baik pelajar yang hebat, sederhana mahupun yang lemah.Hal ini demikian kerana jika kita teliti bait-bai lagu ini, kita kan dapati bahawa si komposer berjaya membuka mata kita bahawa Allah yang Maha Berkuasa dalam apa-apa jua keadaan.
Untuk pelajar yang lemah, jangan anggap kelemahan atau kekurangan anda sesuatu yang membebankan kerana semua yang datang itu adalah ujian dari Allah semata-mata.Oleh itu, janganla kita mudah berputus asa.
Bagi pelajar yang berada di ranking atas, janganlah kamu rasa semua itu akan kekal sampai bila-bila, lebih-leih lagi jika kita lupa diri dan asal usul sendiri.Ingatlah bahawa Allah hanya ingin melihat sejauh mana umatnye tetap mengingatinya walaupun sudah berjaya dan hidup senang.Maka, ingatlah bahawa setip nikmat dan rahmat yang diberikan-Nya boleh ditariknya dengan begitu mudah sekali.
Pelajar yang bertaraf sederhana tidaklah lemah dan tidak juga hebat tetapi berpotensi untuk berjaya jika meletakkan usaha yang lebih gigih lagi untuk menapai matlamat.Ada seorang pensyarah ku di sini yang menyatakan , berdasarkan pengalamannya orang berada di peringkat pertengahan ini berupaya untuk melakukan pelbagai jenis kerja atau senag cerita semua benda boleh buat lah.Orang macam ni jugak lah yang tak mudah berputus asa dan bisa bangkit kembali saat dirinya sudah berada di ambang kejatuhan...bak kata pepatah, bagai telur di hujung tanduk.

Lagi ni sebenarnya pertama kali aku dengar semasa berada di Muqayyam tempoh hari.Dan aku amat tertarik pada lirik dan juga nuziknya yang ringan tidak terlalu berat, sangat menghiburkan.Ada ketikanya, aku rasa down sangat dan aku dengar lagu ini.Sekurang-kurangnya dapatlah redakan sikit rasa gundah gulana dalam hati ni..

Harapan saya agar kamu semua dapat memahami dan merasai apa yan tersirat dalam lagu ini..dengarkanlah..



Saturday, December 19, 2009

Malaysia v Vietnam

Salam kepada semua peminat setia bola sepak Malaysia.
Saya yakin dan pasti ramai yang menyaksikan perlawanan akhir antara Malaysia menentang Vietnam pada hari Khamis,17 Disember 2009 bersamaan 1 Muharram 1431h yang lalu.Inilah saat yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya peminat bola sepak untuk menyaksikan pasukan bola sepak negara beraksi di final Sukan Sea sejak kali terakhir pada tahun 1989.
20 tahun penantian bukanlah satu tempoh yang pendek.Satu jangka masa yang panjang untuk kita menuai dan membaja benih baru untuk menghasilkan satu pasukan yang mampu mengotakan impian segenap lapisan masyarakat ini.
Dengan tajaan daripada TM, rakyat MAlaysia dapat menonton siaran langsung final bola sepak antara Malaysia menentang Vietnam sama ada di RTM2 mahupun saluran swasta yang unggul di negara ini,TV3.
Selama hampir 2 jam aku kaku di hadapan kaca TV, ternyata kesabaran dan keyakinanku yang mengatakan pasukan Malaysia pasti memperoleh satu gol memang menjadi kenyataan pada separuh masa kedua.Walaupun aku seakan tidak percaya pada gol yang diperoleh itu, namun aku dapat melihat tanda2 MAlaysia bakal memperoleh emas yang ke-40 untuk hari itu.
Memang aku tabik pada percaturan yang diaturkan oleh K.Rajagopal selaku jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 ini kerana sememangnya pihak lawan seakan terkena helah permainan ini.Segala dugaan dan ramalanku kini menjadi kenyataan apabila wisel penamat ditiup oleh pengadil, menandakan permainan sudah tamat sekali gus MAlaysia merangkul pingat emas ke-40 untuk hari itu.
Berbaloi baloi!!!!!!!!!

Muqayyam Nuqaba's Program 2009


Salam buat semua teman2 yang setia membaca luahan hati da fikiranku kala ini..
Lama rasanya jari ini tidak menekan papan kekunci laptop ini hatta kesibukan diri yang tidaklah dapat dielakkan lagi.Namun, hari aku cuba menulis sesuatu yang pastinya akan meninggalkan seribu satu kesan dalam diriku mahupun anda sekalian.
Pada 12 dan 13 Disember yang lalu, aku telah menyertai satu program anjuran Facilitator Representatives Committee(FRC) di Kem El-Azharr, Morib.Seperti yang dapat dilihat pada tajuk entry aku kali ni, itulah nama proram tersebut, di mana hampir semua faci yang dapat hadir berkumpul di sana untuk satu matlamat iaitu menigkatkan kualiti kepemimpinan dan ketahanan fizikal mahupun mental.
Alkisahnya bermula apabila pada malam perjumpaan beberapa hari sebelum kem tersebut, aku dengan beraninya telah menawarkan diri untuk menjadi MC program tersebut.Entah kenapa, begitu kuat sekali keinginan untuk mencuba sesuatu yang belum pernah aku rasai selama ini.Maka, jadilah aku sebahagian daripada keluarga committee sejak malam itu.Aku telah dimasukkan dalam team Programme Coordinator atau dalam singkatannya PC.Di sinilah bermulanya perkenalan aku dengan senior2 dalam team ni.Mereka ialah Kak Arifah, Kak Asma Amira, Bro HAmdi and Bro Zaki.Kalau nak tahu, memang segan giler bila masuk bilik diorang buat mesyuarat masa tu.Aku dengan stail sempoi kena sesuaikan diri dengan mereka yang hampir semua bertudung labuh dan berbaju kurung(bagi yang muslimah la)..uish..masak le aku!!Yang lagi aku risau adalah pandangan Brothers terhadap aku, ye laa aku x rupa cam faci pon.Hal ini terbukti apabila Bro Hamdi tanya aku "dari course ape?BEN ke?" Aku dengan cool sambil memberikan senyuman menjawab,"course Law,"."alamak, kene wat baik ni,"responsnye.Aku nak tergelak dengar statement tu.Tapi seyes laa aku cakap, Bro Hamdi and Bro Zaki memang otak giler2 meskipun mereka ialah Faci/naqib..tapi paling aku tak sangka ialah karektor sebenar Bro Zaki.Masa jadi Program Manager tuk Leaadtrain hari muke seyes je, tp hari ni memang aku kenal siapa dia sebenarnya.JAngan buruk sangka lak, dia tetap baik cume nakal sikit je..haha.
Dan tibalah hari yang dinanti-nantikan,12 Disember 2009 menjadi tarikh keramat tidak mungkin aku lupakan.Pertama kali menjadi MC bagi satu majlis formal yang besar(x de beso sangat pon,perasaan je kot).Memang agak gementar lah walaupun aku pernah banyak kali bercakap di khalayak ramai semasa di sekolah menengah dulu, prefect la katekan.Mungkin sebab dah lama tak practise kot."Announcing the arrival of..", teks yang x mungkin aku lupakan.Itulah saatnye kali pertama buat bende macam tu.Sepanjang mengendalikan majlis tersebut bermula dari Opening Ceremony,Talk bersama Ust Ismail Choong dan Closing ceremony yang tak formal, memang banyak kekhilafan telah aku lakukan terutama apabila masuk bab nama orang..tersasul kot..malu giler ble ngat balik wei tp aku cam xde perasaan laa mase tu..cool je n tabah.Caya laa Ika!!!(sorakan tuk diri sendiri). Kala itu, tak seorag pon manusia yang aku percaya faham hati dan perasaan aku walaupun ada antara committee yang meluahkan simpati padaku.Aku pun tidak tahu mana silapnya, mungkin sikap terlalu yakin sudah memakan diri atau aku yang kurang laihan dan pengalaman.Segala yang aku bayangkan dan rancangkan seperti tidak menjadi.Namun, aku sedar bahawa Allah juga sedang merencanakan sesuatu yang terbaik buatku, lalu tidak perlulah ia dikesalkan kerana pujangga pernah mengatakan 'setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya'.Itulah yang menjadi peganganku tiap kali aku rasa dunia seakan-akan hancur lebur lalu musnah.
Masa berlalu begitu pantas sehingga tidak terasa saat untuk pulang kembali ke kampus.Kalau anda semua nak tahu, hari terakhirlah yang paling tidak dapat aku lupakn.Mana tidak nya,ada aktiviti berkayak dan explorace tau..memang itu yang aku nantikan sejak tiba di sana..huhu.Apa yang menarik ketika itu, aku dapat satu group ngan Kak Arifah, Bro Hamdi and Bro Zaki.Tak payah agak laa, memang kitorang lah juara explorace tu..seronok giler lagi2 mase time makan tembikai dengan lahapnya dan sedikit perasa dan pewarna lumpur..haha.Bile keinginan tuk menang tu tinggi, satu dunia memang tak hengat lah..kelakar giler and what can I say, it's a very enjoyable moment.
Pada jam 3 petang, kami pun bertolak pulang ke Nilai.Dalam bas, aku seperti biasa massih mengenang kembali saat2 yang aku lalui sepanjang kem tersebut..sehinggalah aku terlena dibuai mimpi.


MySpace

MySpace

MySpace




Berdiri dari kiri:Dibah dan Wani.
Duduk dari kiri:Kak Ita, kak Azimah and me..


Dari kiri: kak Ummu, kak Khadijah,kak mira and kak arifah..



ni lah pak cik Isa yg jadi instructor kitorang..kelakar giler orgnyer..hua3


the exciting moments..

Dari kiri: Bro Zaki, kak....., kak Ummu.

Explorace bermula..

my group arrived first, led by Zaki..

ok, amek tembikai ni.cepat2!!
cepat makan ni..smpi licin..hrmm, sedapnyer!!!lumpur pun de gak..wawawa

ok, semua tunjuk 1 tau..cheese!!!

ok,skrg ni gaya bebas..freestyle...
Dari kiri:Bro....,Bro Hamdi, Bro Zaki,aku,kak....,Rai, Ain, kak Arifah and kak Ummu..

Sayang kat sume group mates!!!kita JUARA!!!
This is the most unforgettable memory I've ever had...so enjoyable...

Ok laa...jumpe lagi..all facis..

Sunday, December 6, 2009

eXaM iS jUz aRounD tHe CorNEr..


salam to all my frens and bloggers..
da lame rasenya x menyentuh keyboard tuk manaip di halaman blog niyh..apakan daya, bz memanjang n wireless probs yang mnjadi kekangan bg aq.Tu lah ceritanya..
Sedar x sedar dah masuk tujuh minggu aq berada di Sem 2 ni..and now we're moving to the next important event which is MID SEM EXAM...wow!!! time had passed so quick as i've never expected it to be.
The last weekend, aku dan sume bdak2 Laws n IRKS menjalani program Leadtrain anjuran LTD.
Program ni wajib tuk sume pelajar CFS ni and it is the third group and the last too.What can I say about this is, some talks n activity seem to bo very interesting while others not.The best talk was the last talk which was held in the mosque hall at 8.30 am..it's all abot changing ourselves to be better.Here, the motivator always highlighted about learning from the school of life.
And the best thing is I learn a new thing about human nature based on colour.Now, i know myself better as well as my friends.
Through out this week, i've three paper that are english, ITIL and ICT.After the mid break, i'll continue the next paper which are GPL, arabic and FIM.
Hopefully, i'll be more prepared to answer correctly in the exam and later get full mark, insyaallah..