Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Saturday, October 10, 2015

Ramuan dalam Elite S7

Okay, dalam postings yang lepas saya ada perkenalkan tentang Hybrid Fat Burner Elite S7. Dalam posting kali ini, saya nak share kandungan atau bahan-bahan yang terdapat dalam Elite S7. Bagus ke? Haa, jom sama2 kite nengok !!


1. Grape Fruit Juice
  • Kajian Klinik Scripps 'Grapefruit Diet', yang diketuai oleh Dr. Ken Fujioka, memantau berat badan dan faktor-faktor metabolik 91 lelaki obes dan wanita selama 12 minggu. Hasilnya 95% respondan berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kilo.

2. Garcinia Cambogia
  • Membendung selera makan anda secara semulajadi. Kajian menunjukkan 60 % HCA mempunyai potensi untuk membakar lemak perut yang degil. Ia juga meningkatkan tenaga, mengurangkan tekanan dan mendapat tidur malam yang lebih baik.
3. L-Carnitine
  • - Carnitine juga untuk mengurangkan keletihan dan bertindak sebagai penahan selera makan. Menjadi aset utama apabila anda berdiet . Ia bukan sahaja akan membantu menjaga tubuh anda daripada menyimpan lemak, tetapi ia akan meningkatkan keupayaan aerobik anda untuk membantu anda membakar lebih banyak kalori.
4. Oat Fiber
  • Gabungan serat dari oat , beras, jagung dan amat berguna dalam mengimbangi pengambilan serat. Ini dapat membantu anda merasa lebih kenyang untuk jangkamasa yang lama.
5. Oligo Fiber
  • Diet yang kaya dengan serat, seperti inulin, boleh membantu mengekalkan rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama selepas makan. Ia juga meningkatkan nilai pemakanan produk makanan dengan meningkatkan kandungan serat pemakanan dan berpotensi mengurangkan kandungan kalori di samping mengekalkan ciri-ciri yang membuat makanan menyeronokkan untuk makan.
6. Guarana
  • - Ia telah digunakan untuk mengurangkan berat badan. Guarana adalah produk herba. Ia berfungsi dengan membekalkan tenaga dan mengurangkan selera makan.
7. Acai Berry
  • Boleh membantu bukan sahaja mengurangkan berat badan, tetapi mengekalkan berat badan yang sihat . Satu kajian yang menarik dari National Institutes of Aging mendapati pulpa daripada buah Acai mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kesan negatif daripada diet lemak yang tinggi dalam kajian makmal.
8. Green Tea
  • Teh hijau telah terbukti untuk meningkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan kadar metabolisme , dalam ujian manusia dikawal. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa pengoksidaan lemak telah meningkat sebanyak 17 %, menunjukkan bahawa teh hijau terpilih boleh meningkatkan pembakaran lemak.

9. Cinnamon
  • Pengambilan cinnamon boleh meningkatkan aliran darah. Peningkatan aliran darah secara amnya meningkatkan metabolisme anda itulah sebabnya ia boleh membantu dalam penurunan berat badan.
10. Capsicum
  • Ia boleh membantu anda mengurangkan berat badan dan tahap lemak secara keseluruhan. Menurut kajian yang disiarkan dalam isu 2006 " Biosains , Bioteknologi dan Biokimia . " Ahli-ahli sains mendapati bahawa memakan lada merah manis secara teratur sepanjang dua minggu membawa kepada berat badan dikurangkan dan pengumpulan lemak badan kurang.
11. Vitamin C
  • Mendapatkan dos harian vitamin C bukan sahaja membantu fungsi badan anda dengan betul, tetapi ia boleh membantu dalam penurunan berat badan yang berkesan. Menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2005 dalam "Journal of American College of Nutrition", orang-orang yang kekurangan vitamin C ada kesukaran untuk kehilangan jisim lemak.
12. Stevia
  • Stevia Rebaudiana merupakan herba yang tumbuh liar di beberapa kawasan di Paraguay dan Brazil. Daun mengandungi glikosid yang dipanggil Stevioside , yang sangat manis. Stevia telah mungkin telah digunakan sebagai pemanis selama berabad-abad. Ia telah mendapatkan populariti di seluruh dunia sebagai pengganti gula semula jadi dan potensi bantuan penurunan berat badan.
13. Aloe Vera
  • Aloe Vera bukan sahaja membantu dalam penurunan berat badan tetapi juga membantu dalam detoksifikasi. Jus menjejaskan sistem penghadaman dengan cara yang positif dan membersihkan badan dengan baik. Ini menyebabkan penurunan berat badan yang sihat.







Nak tahu lebih lanjut?
Call/whatsapp "ES7" ke 0192872079 (NurSha)

Kenapa PERLU memilih Elite S7?

 Menurunkan berat badan dengan cepat walaupun anda tiada masa untuk bersenam dan diet yang menyusahkan.
 Membuang’ air besar dengan lebih mudah. Anda tak perlu termenung lama-lama di dalam tandas lagi. 
 Daya tahan penyakit (sistem imun) meningkat semakin meningkat.. Anda tak perlu selalu ke klinik selepas ini. :)
 Badan tidak cepat lesu dan letih setelah seharian bekerja.
 Selera makan terkawal.
 Sesuai untuk semua samada lelaki atau wanita
Harga yang terlajak murah dengan 4 fungsi dan khasiat yang berlainan. Anda tak perlu membeli produk yang banyak dan mahal.
Satu botol boleh tahan sehingga 40 hari



Founder Elite S7 pun dah kurus taww...Pn.Nadya turun 10 kg dengan Elite S7


Nak tahu lebih lanjut?
Call/whatsapp "ES7" ke 0192872079 (NurSha)

Hybrid Fat Burner Elite S7

Assalamualaikum semua...hari ni Ika nak share pasal satu produk fat burner baru. Ika pun baru je try..so far memang senag membuang dan banyak berpeluh. Bila exercise bakar lemak lebih banyak lah. hahaha...ok Inilah dia Hybrid Fat Burner Elite S7.





1 botol Elite S7 ada 40 sachets tau...untuk kesan yang paling maximum, ambil 2 sachets terus sebelum sarapan. untuk boto kedua boleh ambil 1 sachet sebelum sarapan dan 1 sachet selepas makan malam.



Apa Elite S7 ni?

Satu2nya Fat Burner yg ada 4 FUNGSI PENTING utk tubuh badan. Elite S7 tidak seperti produk2 lain dlm pasaran. Jap saya terangkan setiap satu2 :-
➜ Ultimate Fat Burner
…. Ini adalah ejen pembakar lemak terunggul. Kandungan Fat Burner dlm Elite S7 ni terdiri drp 7 bahan terbaik dunia yg diuji pakar. Terbukti power giler utk mencairkan lemak dgn mudah.
➜ Power Detox
…. Banyak toksin dlm tubuh adalah salah satu sebab kenapa ramai payah sgt nak kurusss. Kandungan Power Detox ini akan membuang toksin dari badan 3x lebih cepat berbanding produk2 lain di pasaran.
➜ Triple Energy Booster
…. Makan satu sachet Elite S7 akan buat anda 3 kali ganda lebih bertenaga dari biasa. Tak caya..leh try satu sachet dan try main futsal sejam. Kompem tak berhenti sampai habis game. Ia juga akan membuatkan anda tidak terasa lapar dan mengurangkan selera makan.
➜ Collagen
…. Kolagen adalah ramuan bonus dlm kandungan Elite S7. Selepas sebulan anda akan rasa perbezaan pada kulit. Lebih cerah dan anjal.
Bkn saya sorang jer yg dah kurusss tapi ramai lagi yg telah berjaya.
======================
PENTING : ELITE S7 LULUS KKM
======================
➜ Lulus KKM No Rujukan 130715/07/099
So jangan risau produk ini mmg dijamin 200% selamat dari bahan2 terlarang.

....bersambung.....

Monday, September 21, 2015

Nota Chambering

Assalamualaikum semua.
Hari ni banyak juga yang berlaku sepanjang hari bekerja. Almost half day out. Masuk ofis pagi tadi setelkan dan kemaskan dokumen yang perlu difailkan, diposkan dan buat IC search. Bos masuk around 9 am. Report any matter and news plus update on cases.

Selepas tu, aku terus pergi ke Mahkamah Shah Alam bahagian kaunter pendaftaran. Macam biasalah, sementara tunggu setel filing, aku akan update FB dan Instagram. Ni kerja part time aku. It has been my passion. Aku update posting ttg bisnes dan produk yang aku jual.

Habis kat mahkamah, aku terus ke Seksyen 9 nak cari JPN. Pusing punye pusing, tak jumpa dan akhirnya aku mengalah dengan buka Waze. Damn, baru ku tahu JPN dalam Plaza Masalam. Have to park somewhere and go inside the mall. Ok, masuk2 aku tercari-cari di manakah lif? reason being is that i have to go to Level 7. Eskalator sampai tngkat 4 jer. Aku pun tanyalah sales girl kat mana lif. Got the answer then went up. Pendek kan citer, aku sampai kaunter ambil nombor. Nak tau dapat nombor berapa? 1372. Masa tu baru nombor 1161. Pak cik yang bagi nombor cakap, datang balik pukul 12.30 sebab 200+ orang sebelum aku. Pergh...lagi 90 minit. Fikir-fikir, takkan aku nak pegi pos then patah blk. Kang nak cari parking and dua kali bayar parking. Not worth it. So, aku pun ronda-ronda dalam Plaza Masalam. Looking for place to sit and sip a drink. Sepanjang waktu tu, meng update social media je lah keje aku. Whatsapp customers and so on.

Sempat selfie kott..hehehe..first time pakai tudung colour ni and satin material. I feel good and vibrant, don't you?

Okay, aku sempat urut badan dengan kerusi massage RM1 dan makan cream puff sedaappp..ntah pape. Kekadang rasa membazir makan simple tapi mahal. Well, i love myself. hahaha..Dah pukul 12. Aku pun naik ke Tingkat 6. Guess what? Pukul 1.30 baru sampai turn aku. Okay, chill steady jer mood aku. Ye la, elok jer aku berbisnes online sambil kerja kan...Sikit2 takpe asalkan kerja jalan dan siap. Tip Top bak kata Boss Besar.

Balik ofis pukul 2.30 sampai. Solat zuhur then susun dokumen dalam each files. Organise and manage. Kerja clerical yang patut seorang lawyer tahu. Heh, I enjoy learning from the very basic. From zero to hero. 

Hari ni, susana dramatik dan tragik berlaku dalam ofis aku. Datang lagi Encik S client conveyancing. Nasib bukan client aku. Aku ingat lagi dia datang Jumaat lepas jam 5.30 ptg. Kesian kawan aku. Selesaikan kes Encik S ni sampai terpaksa dengar ceramah. Hari ni, dia datang bawak bini yang separuh giler pada pandangan aku. Mana tak giler, dia boleh tengking Boss convey. Aku menyaksikan sendiri. Boss convey baru sampai ofis. Terasa penat mendaki tangga tingkat 2. Belum sampai 5 minit dia duduk di kerusi, bini Encik S terus serbu masuk tanpa dijemput. Normally, Boss akan panggil client masuk bila dia dah settle down and ready to discuss. Most of clients yang datang office memang dah faham and they respect that. But, this woman memang kene rasuk hantu siang tadi.

Masuk tak dijemput, terus serang dengan soalan tanpa beri ruang pada Boss untuk jelaskan dengan cara baik. Boss ni punya lah sabar. Terkejut beruk aku dengar Boss ni tetiba pitch dia naik tinggi. Boleh kata perang dah meletus lah. Scary kot. Dalam marah tu, dia menucap banyak2 untuk kawal emosi. Mencabar betul berhadapan dengan client yang tak beradap, kasar dan tal sedar dek untung. Sudahlah datang sebab nak minta lawyer advance kan duit untuk disbursement, mintak dengan memaki pulak. Aduhaiii sabo je lah. Ada juga orang yang macam ni. aku faham siuasi kita kadang2 terdesak tapi tak perlu memaki hamun untuk minta orang tolong. Cuba sabar dan cakap elok-elok. Lawyer pun manusia ada perasaan. Bukan robot.

Boss Besar kata, kalau dia jadi Boss convey, dia halau client tu sebelum dia panggil polis. No point cakap or argue or explain dengan orang yang nak jerit-jerit dan tak nak dengar apa kita cakap.

Kalau aku pulak, mungkin pitching naik macam Boss then aku halau dia terus. haahhahaha, Selalunya aku ni akan mirror pada that person. Maknanya, kalau dia lembut aku akan lembut, Kalau dia hangin, aku pun hangin la. Boleh jadi aku terus discharge drpd jadi lawyer that client. That's it. 
Plaing sabar aku boleh buat ialah, bagi dia cakap whatever dia nak. Lepas dah habis tu, aku suh dia keluar without an answer. Kejam ker? What do you think? Sarcastic? Maybe. 

What a day. Aku merasai ketegangan kawan aku saat itu. Cuak la, bila Boss tanya betul ke tak follow, dah buat ke? apa curent status. FYI, client tak beradap ni hari2 call dan marah-marah dia semata-mata nak push suruh buat kerja untuk setelkan dia punya kes dulu. Hello!! Dunia ni ada kau sorang jer ker? Kau ingat urusan dengan pejabat tanah, bank, dll tu boleh dapat dalam sehari? Logik lah sikit. Punya lah sabar kawan aku ni dok explain proses dan prosedur tiap kali call, tu pun tak boleh terima dan hadam. Macam dah takde cara lain selain cakap kasar dan menengking.

Ya Allah, ampunkan lah dosa-dosa kau hari ni. 
Ampunkan dosa client ni. Tenangkanlah hatinya. Berilah dia kefahaman dan Kau bimbinglah dia.
Semoga ap jua urusannya dipermudahkan kelak.


Moral of the story:

Berbudi bahasa pada orang yang ,membantu kita. 
Bersyukur dengan apa yang Allah beri.
Sabar itu indah dan besar ganjarannya walaupun perit terasa.
Bersangka baik dengan Tuhan. Bersangka baik dengan orang sekeliling. 
Kata-kata kita adalah doa. Baik percakapan kita, baiklah yang kita dapat.

Semoga perkongsian aku kali ini menjadi pengajaran buat semua,

Wassalam.


Monday, January 5, 2015

Promo Radiance Signature :)

Assalamualaikum semua dan salam hormat.

Kali ini saya nak share produk yang sedang hangat menjadi sebutan dan rebutan...memang dah famous laa skrg ni...masuk TV3, TV9, Alhijrah, Hotfm, dll...majalah Wanita pun ada jugak iklan produk ni...What I can tell you is that...it is worth trying this lovely products..for me, this collagen-based product is not only for Beauty but also for Health.

Lepas sekotak saya guna Radiance ni, Alhamdulillah period saya dah teratur macam biasa. Sebelum ni, 4 bulan tak period..pernah ada 7 bulan x period. Kalau period pun setitik dua je. Bila time puasa...memang penuh memanjang. Syukur sangat sebab dah NORMAL seperti wanita2 lain skrg.

Untuk kulit pulak, bila consume Radiance ni kulit dah tak berminyak bila bangun pagi. Badan rasa lebih segar sebab tidor pun nyenyak. Rasa lembut je kulit. Senang lawas juga...hihi...So, saya cadangkan wanita2 diluar sana yang nak KEKAL ANGGUN dan kelihatan MUDA daripada usia, cuba lah Radiance Signature.., you will amaze with the outcome.

Satu lagi yang membuatkan saya suka consume Radiance ialah kandungan pemakanan Sunnah dalam produk ni. Ada KURMA, MADU dan DELIMA. Sangat2 membantu untuk kesihatan kulit dan badan. Jangat terkejut ye kalau 3 hari je consume dah nampak kesan. FYI, Radiance ni mengandungi 70% kolagen ikan yang BERKUALITI TINGGI GRED AAA. Kesan mmg memuaskan. 


Ameera Zaini duta RS yang konsisten amalkan Radiance Signature....makin hari makin berseri uolls!!


▶▶KHAS UNTUK BAKAL PENGANTIN 2015 !! ◀◀
3 bulan lagi nak bersanding...tapi muka masih penuh JERAWAT...bukan tu jer..EYEBAG pun menjadi-jadi...bila tengok cermin, nampak SANGAT KUSAM...arggghhh macam mana nak bersanding ni???


❥❥ Bertenang darlings...Radiance Signature-Whitening & Glowing Series kan adaa  Satu-satunya supplement yang diformulasikan khas daripada bahan berkualiti tinggi yang bertindak secara semulajadi dari dalam untuk menjadikan kulit lebih cerah mempersona seluruh badan secara sekata SEAWAL 3 HARI!


★★Lebih 80,000 kotak telah terjual.
★★Dan lebih 500 testimoni kurang 3 bulan pelancaran
Lihat sendiri testimonial yang diberikan pengguna tersebut di sini:
► http://on.fb.me/NSowSk

Makin cerah dan Glowing selepas 1 kotak


Kulit bersih dan licin selepas 2 kotak Radiance Signature...cantik kan?? hehe


Haaa, ni yang paling menarik....adik ni cukup sabar menunggu utk dapat kesan yang diidamkan...tak jemu pakai samapi 4 kotak baru nampak kesan...dulu kulit ada jerawat halus, kusam dan tak sekata.....Sekarang ni..mak aihh cun giloss..shining and GLOWING!!

Ianya mempunyai khasiat untuk kecantikan, kesihatan dan bentuk badan yang IDEAL.
Antara manfaat utama Radiance Signature - Whitening & Glowing Series :-
✔ Mencerah dan menggebukan kulit seluruh badan.
✔ Memberikan kulit yang cantik dan sihat.
✔ Menjadikan kulit glowing secara natural.
✔ Menghilangkan kulit kusam & tidak bermaya.
✔ Anti Penuaan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
✔ Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit.
✔ Menghilangkan sel kulit mati.
✔ Mengecutkan dan menghilangkan jerawat.
✔ Menghilangkan jeragat.
✔ Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat.
✔ Menghilangkan kesan lebam di bawah mata.
✔ Meningkatkan kandungan kolagen dalam badan.
✔ Mengecilkan pori-pori.
=====================
Cara Pemakanan:
=====================
► Hanya koyak dan minum.
► Hanya perlukan 1-2 sachet 1 hari untuk kesan dan rawatan terbaik.
► 1 sachet di waktu malam sebelum tidur.
Kesan Terbaik:
► 1 sachet pada waktu malam sebelum tidur.
► 1 sachet pada waktu pagi sebelum breakfast
Nota:
#Untuk kesan yang cepat dan optimum dinasihatkan tidak mengambil kafein & alcohol.
# Minum air yang banyak.
===========
PEMBELIAN
===========
►PM / Inbox ke ~ http://on.fb.me/1dRFs03
►Sms @ whatsapp ke 019-2872079
‪#‎notakaki‬ : Setiap pembelian 3 kotak akan menerima Beg Eksklusif Radiance PERCUMA + Rebate !! Jadilah 20 wanita pertama yang memiliknya 



Testimoni paling awesome dr customer Radiance Signature...blom habis 1kotak tau...dah nampak makin cerah dan complexion getting better

Saturday, May 3, 2014

The Stark...How Does It Starts



Pada 25-27 April, saya telah mengikuti satu Program Keusahawanan anjuran Entrepreneur Development Center (EDC) IIUM. Pada awalnya, saya hanyalah memenuhi jemputan rakan baik saya di STUFF yang juga merupakan ahli kelab Enactus (salauh satu kelab EDC). Memandangkan saya hanya ada satu kelas pada jam 8-9pagi, maka amatlah baik jika saya luangkan masa untuk aktiviti berfaedah serta dapat menambahkan ilmu keusahawanan saya, insyaAllah.

Hari pertama Gen Y  Entrepreneurship Fiesta

Dari pagi sampailah ke malam, kami dihidangkan dengan perkongsian daripada speakers yang sudah mencipta nama dalam bidang keusahawan, baik tempatan mahupun antarabangsa. Antaranya ialah Zamri Aminuddin ( Charisma Training & Consultancy), Hjh Famiza Zulkifli (Muslimah Manufacturing) dan Roy Azlan Hj Alias (international exposure). Ada perkara yang saya kira sebagai ulangkaji dan ada juga perkara baru yang saya belajar. 

Tiba-tiba, ada pengumuman tentang game/challenge pada keesokkan harinya yang membuatkan saya SANGAT TERUJA. Cuba teka.....Business Simulation ala-ala Apparentice Malaysia, episod jual ikan tu. Perrgh, memang dah lama tak buat offline promotion ni. Rindu masa2 dulu berbisnes EUMORA dgn team SAB Sdn Bhd. Apalagi, saya pun carilah geng untuk mendaftar secara berkumpulan. Tak sabar pula rasanya menanti cabaran hari esok. It is true that when you do business, you have more colours in your life. 

Hari kedua Gen Y  Entrepreneurship Fiesta

Sebelum tiba di Prima Gombak, kami diberi arahan untuk memberi nama kumpulan. Saya pun mula mencari idea untuk nama kumpulan dengan kaedah Metafizik. Ahli2 kumpulan saya secara tidak langsung melantik saya sebagai ketua, mungkin kerana senioriti dan pengalaman. Akhirnya, muncullah nama THE STARK yang diambil sempena nama Stark Industries dalam filem Iron Man. Saya bukanlah peminat tegar Iron Man, tetapi saya melihat Tony Stark sebagai satu karektor hero yang juga memiliki empayar perniagaan yang berjaya dalam cerita tersebut. So, setel dah nama kumpulan. Selepas sesi taklimat oleh penganjur, kami mula mengatur strategi dgn satu matlamat, iaitu mendapat KEUNTUNGAN TERTINGGI dan MENANG cabaran ini. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana semua ahli pasukan saya sangat memberikan kerjasama dan kebetulan salah seorang daripada kami pernah menyertai cabaran sebegini suatu ketika dahulu. Jadi, banyak juga pengalaman beliau yang dapat membantu kami. Saya pula lebih menekankan konsep 'selling benefit to get profit' dan 'build up rapport with customers' berdasarkan pengalaman saya dalam perniagaam MLM. Bermula pada jam 10 pagi sehinggalah jam 4.30 petang kami berjual dari rumah ke rumah. Syukur kerana hampir semua barang2 yang diberikan habis terjual.

Pada sebelah malam pula, kami menghantar wakil ke dewan taklimat untuk sesi pembentangan pada keesokkan harinya. Saya mengambil kesempatan untuk makan luar bersama sahabat sebelum memulakan perbincangan bersama ahli kumpulan. Pada jam 10 malam, kami berkumpul di Bilik TV blok C Sumayyah untuk menyiapkan slide pembentangan dan beberapa video. Selesai pembahagian tugas, kami menyambung tugasan di bilik masing-masing.


Hari ketiga Gen Y Entrepreneurship Fiesta

Pada hari itu, saya bangun awal subuh dan terus siapkan video yang tertangguh akibat keletihan yang amat mlm tadi. Saya buat video guna Sony Vegas yang baru saya pelajari pada minggu sebelumnya. Saya buat yang basic saja. Yang penting smooth dan menarik perhatian penonton. Bila dah save rasa lega sebab sempat siap sebelum jam 9 pagi. Siap2 dan terus ke dewan. Sampai sana, saya fikir saya yang paling lewat. Rupa-rupanya, masih ramai yang belum hadir untuk sarapan terlebih dahulu. Apalagi, ambil sarapan, duduk dan terus buka PC untuk tunjuk video pada ahli kumpulan. Nasib lah, buat kerja last minit...video yang saya save td rupanya hanya save sebahagian saja. Ohh tidak !! Dalam hati tenangkan diri sendiri dgn mengatakan masih ada masa untuk buat yang baru. Apalagi, saya cuba sebaik mungkin untuk menghasilkan video seperti yang telah saya buat tadi. Alhamdulillah, walapun tak sesempurna yang awal, namun saya telah berusaha. Hasilnya tak lah begitu mengecewakan.

Kami dapat turn yang terakhir sekali untuk pembentangan. Oleh itu, kami dapat melihat kumpulan2 lain membentang dan menilai komen2 para juri supaya kami bisa melakukan dengan lebih baik nnt.
Save the best for the last !!

Sampai lah giliran kami untuk present. Saya mulakan dengan video pengenalan dan soalan kpd para hadirin. Motif untuk menarik perhatian..hahhaha. Paling menarik kerana kami berjaya membuktikan bahawa kami mampu menjual dengan harga yang mahal dan mencipta MARGIN PROFIT yang tinggi. Semuanya berkat usaha dan kerjasama kami sekumpulan. Video penutup juga tak kurang hangatnya kerana ritam rancak dan momen menarik yang sempat dirakam oleh kami.


Dipendekkan cerita, The Stark telah menjadi Johab dalam pertandingan ini. Kami menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250 beserta keuntungan jualan yang kami peroleh dgn jumlam RM221. Agak berbaloi untuk dikongsi 4 orang dan sememangnya itulah yang kami inginkan. Buat sehabis baik kerana satu matlamat iaitu mempraktikkan skill dan mendapat keuntungan tertinggi. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...