Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa aali Muhammad...
1 Mei yang lalu, saya telah dijemput mengahdiri mesyuarat bersama team Smarts Coach. Ramai yang hadir sudah saya kenali dan ada juga beberapa muka baru. Saya datang atas jemputan dan sebagai memenuhi jemputan sahabat/saudara saya. Tidak lebih tidak kurang. Tidak ada apa yang saya harapkan kerana saya mahu jadi neutral ibarat cawan yang kosong. Reaksi saya apabila bersama orang baru dan suasana baru membuatkan saya sedikit reserved kerana mengambil langkah berhati-hati. Saya tidak kenal semua dalam Smarts dan belum cukup mereka mengenali saya.
Apa yang saya harapkan pada kisah yang lalu belum cukup untuk saya. Pada ketika itu, saya sangat berkobar2 untuk menceburkan diri dalam dunia training ini. Akan tetapi, saya sedar jiwa keusahawanan itu sudah sebati dalam diri saya. Saya gembira bila dapat memberi sesuatu pada generasi muda dan saya anggap inilah jalan saya untuk 'memberi kepada masyarakat'. Semoga ia menjadi bekalan di akhirat nanti.
marketing strategy by En.Jamsari |
Perancangan saya pada awalnya, saya ingin menguasai skill dan teknik marketing sampai ke satu tahap yang saya rasa saya sudah mencipta rekod baru. Dalam pada masa yang sama, saya juga mengambil peluang untuk melayakkan diri sebagai trainer & consultant dalam bidang Perundingan Imej. Saya tahu apa yang perlu saya lakukan agar matlamat itu tercapai. Saya percaya wanita juga boleh cantik berfesyen dan pada masa yang sama masih menggayakan busana yang mematuhi syariat. Biarlah wanita itu anggun di mata dan dihormati kerana prinsip dan pendiriannya. Sebelum membina orang lain, saya harus mulakan terlebih dahulu.
Team Smarts Coach kini bergerak kearah membentuk Smart Coach Sdn Bhd. Nampak gayanya, saya perlu lebih arif dalam perihal Company Law kerana saya sedar akan isu-isu yang kerap terjadi dalam sesebuah syarikat. Inilah masanya saya perlu membawa karektor seorang lawyer walaupun mungkin saya tidak memiliki CLP. Sebenarnya, saya masih belum mendapat jawapan tentang chambering etc. Yang pastinya, bisnes harus tetap berkembang dan maju ke hadapan.
Bersama team Smarts Coach, mempromosikan buku Rahsia 100 Impian |
Sekali lagi saya bersama mereka dan berpengalaman mempromosikan buku Rahsia 100 Impian. Walaupun saya kurang sihat namun saya tetap memberi sokongan pada mereka. Sebagai sahabat saya datang. Dalam bisnes, saya tetap menjaga interest saya. Biarlah sama2 mendapat manfaat. Orang no.9 memang tidak suka kepada konflik. Ambil jalan tengah untuk memenangi hati orang lain. Mungkin bole nampak permainan politik walaupun tanpa disedari. Walau apapun, diri ini masih punya prinsip dan pegangan diri. Saya masih tahu di mana letaknya nilai diri saya walau dengan siapa pun saya bergaudan berurusan. Syukur....
Kesemua team Smarts Coach yang hadir memeriahkan promosi dan jualan buku R100I |
Sir Noordin Khalid, penulis buku R100I |
Hakim, anak Sir Noordin Khalid yang comel :) |
Salah seorang adik yang membeli setelah diyakinkan isi kandungan buku tersebut. |
Berpeluang memperkenalkan adik Hafizah kepada Sir Noordin; berhajat membeli untuk adiknya. |
Staff Jootawan turut mempromosikan buku R100I |
Buku Rahsia 100 IMPIAN ini pada saya amat menarik dari segi susunan isinya serta garapan idea yang smooth. Bahasa mudah dan straight forward amatlah mudah untuk mencapai tahap kefahaman semua peringkat usia. Mungkin bagi mereka yang meminati sastera atau penulisan berbentuk pemikiran, naskhah ini belum cukup menguji minda dan tarikan kuat bagi mereka. Saya? Itu rahsia...nak tahu kenalah baca yer..
Satu lagi yang istimewa ttg buku ini ialah DIAGRAM KECEMERLANGAN yang disisipkan untuk para pembaca. Hal ini amat sesuai bagi mereka yang lebih sukakan visual dan imaginasi. Melihat diagram menjadikan pembaca lebih faham dan mudah simpan dalam minda kerana ianya sangat simple.Nota: Hari ni hari terakhir Pesta buku. Anda masih berpeluang untuk dapatkan buku Rahsia 100 Impian dengan harga diskaun. Selepas ini, anda boleh mendapatkan buku tersebut secara online atau terus hubungi 0192872079 untuk pembelian. Harga RM34.90 (tidak termasuk postage RM6) sahaja.
Tahniah Ika
ReplyDelete