Monday, June 30, 2014

Ramadan Kareem

     
      Alhamdulillah, hari saya berkesempatan untuk update blog ni. Syukur kerana Allah SWT telah membuka ruang dan peluang untuk saya menjalani ibadah puasa di UIAM sambil menjalani pengajian semester pendek. Sudah pasti saya ingin melakarkan kenangan yang bermacam rasa dan warnanya dalam hidup saya, apatah lagi kini saya berada di tahun akhir pengajian Undang-undang. Kali kedua berpengalaman berpuasa di UIAM sudah pasti ada kelainan dengan Ramadhan terdahulu. Tahun lepas, saya berpuasa dan menjalani 'Legal Attachement Program' di Batu Pahat. Oleh itu, saya dapat merasai pengalaman berpuasa dan berbuka bersama keluarga tersayang selama sebulan.  Tahun sebelumnya, saya bekerja di KFC Tesco, Shah Alam dan berbuka puasa di tempat kerja. Menarik juga pengalaman berbuka dengan teman sekerja. Juadah harian pada ketika itu Nasi Ayam Green Curry (promosi puasa).

     InsyaAllah, esok saya akan masuk ke kelas buat pertama kali dalam semester ini. Walaupun dah seminggu di UIA, kelas bermula pada minggu kedua kerana urusan pentadbiran dan kemasukan. Bilik yang saya diami ini adalah bilik di tingkat yang paling tinggi, tingkat 5. Belum pernah dapat bilik setinggi ini. Jadi, saya ambil keputusan untuk menetap terus di bilik ini pada semester hadapan. Apa yang saya suka ialah pemandangan yang cantik dan mendamaikan dari atas. Blok ini blok di bahagian hadapan. Tukar angin setelah 3 tahun di blok belakang yang ditemani monyet-monyet liar. 


     Azam Ramadhan kali ini, saya mahu konsisten terawih dan solat malam. Semoga solat malam pada bulan Ramadhan dapat diteruskan pada hari-hari biasa, mudah-mudahan. Anda pula bagaimana? Mungkin anda mahu khatam Al-Quran lebih daripada sekali atau yang paling baik ialah mentadabbur Quran, yakni memahami intipati surah dan asbabul nuzul. InsyaAllah, mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.



No comments:

Post a Comment