Salam sejahtera buat semua yang masih sudi mengunjungi blog saya ini..Walaupun kini saya agak sibuk dengan peperiksaannamun, perasaan untuk menulis itu begitu kuat sekali sehinggalah saya mengambil keputusan untuk menulis di kala ini.
Sebenarnya, tidak banyak yang ingin saya kongsikan dengan anda semua tetapi ada sesuatu yang mungkin dapat membantu anda dalam menghadapi cabaran hidup yang penuh globalisasi ini. Masyarakat Melayu khususnya yang beragama Islam kini menghadapi 1001 macam konflik dan kekangan dalam mencapai impian ke syurga kelak. Hal ini kerana, kebanyakan remaja kita yang juga menjadi aset negara mudah dipengaruhi oleh pemikiran dan ideologi luar terutamanya dari Barat.
Justeru itu, kita perlu mengambil inisiatif bagi menangani isu ini memandangkan umat Islam hari tidak lagi seperti zaman Rasulullah SAW dahulu. Lalu, anda pun bertanya bagaimana?? Ilmu perlu penuh di dada dan diamalkan. Tanpa ilmu siapalah kita. Ilmu Allah SWT itu luas, merangkupi skop politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kita merupakan pelajar aliran sains misalnya, apa salahnya kita belajar juga ilmu fiqh, Tasawwur dan sebagainya. Walaupun siapa pun kita 10 tahun akan datang, ilmu agama tetap menjadi perkara utama yang dihisab apabila kita kembali kepada-Nya.
Mencari atau menuntut ilmu tidak semestinya perlu menghadiri kuliah atau sewaktu dengannya. Ada satu alternatif yang mampu anda lakukan iaitu dengan membaca. Membaca dapat membuka minda kita dengan menerokai dan menyelami watak si pencerita. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan merangkumi buku ilmiah, motivasi, majalah, jurnal dan ensiklopedia, tidak ketinggalan juga surat khabar. Majalah seperti Anis, Al-Islam, Solusi, Kosmik dan Milenia sememangnya bagus untuk tatapan dan santapan akal serta rohani kita.Walau bagaimanapun, ada banyak lagi buku yang bagus untuk dijadikan panduan hidup seperti Nota Zikir Untuk Fikir, Tentang Cinta, Nota Hati Untuk Lelaki dan Langit Ilahi. Kebanyakan buku-buku tersebut adalah bestselling di Malaysia, di mana penulis merupakan dalam kalangan pemikir dan penulis yang berpengalaman luas. Kenalkah anda dengan Ust. Hasrizal, Pahrol Mohd Juoi dan Hilal Asyraf??
Pahrol Mohd Juoi dan karya2nya..
Hilal Asyraf dan karya2nya..
Dan inilah karya terbaru Ustaz Hasrizal Abdul Jamil..
Lalu, apalagi mahu ditunggu? Marilah sama2 kita jadikan membaca satu budaya sihat dalam kehidupan seharian..Ayuh!!!
'Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan...'
(Al-A'la:1)
No comments:
Post a Comment