Tuesday, July 27, 2010

Aku & Raudhatus Sakinah...

Salam sejahtera saya ucapkan buat semua yang masih setia mengunjungi teratak serba sederhana saya ini. Alhamdulillah, dalam kesibukan menjalani rutin harian yang semakin menghimpit dan menyesakkan ini aku masih berpeluang memenuhi tanggungjawabku kepada masyarakat. Untuk assignment kali ini, aku bersama kumpulanku ditugaskan untuk mendapatkan maklumat daripada NGO mengenai masalah sosial dalam kalangan masyarakat. Setelah perbincangan demi perbincangan dijalankan, Raudhatus Sakinah menjadi pilihan hati kami.


Di dalam bilik meeting...group kami bergabung dengan group Afifi.


Barisan pengurusan Raudhatus Sakinah Pusat. Ketiga dari kiri ialah Ibu Yusnani, Ketua pusat.


Dari kiri: Shafikah, Alia dan Balqis


Ibu nampaknya sedang khusyuk memberi penerangan kepada kami semua..

Begitu banyak yang kami peroleh melalui pertemuan ekslusif ini terutamanya kes-kes pelatih di Raudhatus Sakinah ini. Apa yang membezakan Raudhatus Sakinah dengan rumah perlindungan lain ialah makanan rohani yang disemai dalam jiwa para pelatih. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat rumah perlindungan lain seperti di Chow Kit Road[x pasti namanye] hanya membantu mereka melahirkan dan memberi perlindungan semasa pantang sahaja. Tetapi senario ini tidak sama sekali berlaku di Raudhats Sakinah. Rumah ini bukan sahaja memberi kaunseling dan perlindungan dalam tempoh pantang, malah menguruskan juga perihal keluarga angkat bagi anak yang dilahirkan itu. Objektif utama penyerahan bayi kepada keluarga angkat adalah untuk mengelakkan berlakunya konflik dalam jiwa pelatih dan keluarga pada masa akan datang. Mengenai makanan rohani, para pelatih dikejutkan dari tidur seawal 3 pagi untuk menunaikan Qiamullail setiap hari. Menurut Ibu, selepas beberapa bulan nampak perubahan pada air muka mereka dengan mendekatkan diri kepada-Nya...alhamdulillah.

Selepas zohor, kami bertolak ke rumah Raudhatus Sakinah yang terletak di Sungai Buloh pada jam 2.45 petang. Dengan menaiki Myvi, kami berenam akhirnya sampai di lokasi pada jam 3.15 petang.



Inilah Rumah Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah Cawangan Selangor.


Kami sedang menemu bual 2 orang pelatih di rumah ini..nak gali dan gali segalanya~
Actually, sesi interview ni dikendalikan oleh sisters demi memberi keselesaan kepada respondent.


Terbaik laa gambar ni~ dah macam wat dokumentari pulak..[berangan giler..]


Kali ni brothers nak join pulak...mgkn seronok tengok kami berborak kot...haha

Akhirnya, tibalah masa untuk kami mengundurkan diri memandangkan sudah hampir masuk waktu Asar. Kami juga perlu pulang awal untuk memberi peluang dan ruang kepada yang mengambil peperiksaan pada malam tersebut. Kami doakan agar mereka dapat menjawab dengan sebaiknya..amin.


Bergambar dengan warden2 Raudhatus Sakinah..


Ni lah dua kumpulan yang bersatu dalam menjayakan assignment ini..Thanks a lot to Afifi for being a good driver[ even get a summon for parking..]

Kisah kami tamat di sini tapi tak bermakna perkenalan antara kami hari ini akan hilang begitu sahaja. Harapnya kami dapat bekerjasama lagi untuk masa akan datang..mungkin dalam bidang kerjaya pula, siapa tahu??

~AL-KISAH TAMAT~

4 comments:

  1. lorh. tue jer? pendeknye citer. haha.
    citer la lagi ika. =)

    ReplyDelete
  2. alia>actuually bende terpublis plak..
    aku ngah update agi ni..
    wait yea~

    ReplyDelete
  3. Aslm,saya nk tanya..adakah RS ini mengenakan sebarang bayaran bg setiap kemasukkan pelatih yg sedang hamil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik/puan bole hubungi mereka atau terus ke ofis utk maklumat detail.
      saya sertakan pautan sbg rujukan cik/puan

      https://www.facebook.com/raudhatussakinah.malaysia

      http://rsselangor.blogspot.com/

      Delete