Saturday, July 10, 2010

Cerita Hujung Minggu...

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia salam muhibbah...
Alhamdulillah, hari ni aku masih lagi diberi ruang untuk terus bernafas, masih ada lagi kudratku untuk meneruskan ibadat kepada-Nya...syukur aku masih di sini. Program hujung minggu aku kali ini ialah GOTONG-ROYONG MASJID bersama ahli2 FRC. Seperti biasa, aku, Asmaa dan Wani pasti akan menghadiri program amal jariah seperti ini [ bukan nak kata rajin sangat tapi Allah SWT sudah menggerakkan hati untuk turut serta...] Maka, berkumpul lah kami semua termasuk brothers di dalam masjid apabila semua yang terlibat sudah hadir. Kemudian, brother Syafiq selaku President FRC memberikan taklimat ringkas berkenaan tugas2 yang perlu kami lunaskan pada episod kali ini. Tugas diberikan mengikut kumpulan2 kecil. Tapi sebelum mula bekerja, kami dihidangkan dengan sarapan paigi nasi lemak bersama air teh..alhamdulilllah.

8.45 pagi, kami mula menjalankan tugas2 mengemas termasuklah mengelap tingkap, menbersihkan kipas dan memvakum. Aku mengambil tugas yang tidak semua orang mampu lakukan [poyo sket..] iaitu memvakum.Walaupun agak penat tapi ada juga faedahnya kerana aku dapat menguatkan otot di bahagian lengan dan kakiku...exercise ler katekan..

Bila dah habis kerja, aku pun terasa bosan yang amat sangat. Terlitas di fikiran untuk menangkap gambar sebanyak dan secantik yang mungkin. Aku memang suka sangat tangkap gambar dan aku menanam impian untuk memilik kamera seperti seorang jurufoto profesional. Tinggi betul impian aku, tak tau laa dapat capai ke tidak.

Sebenarnya, aku tidak berhasrat untuk berceloteh lebih panjang kerana faktor2 kekangan masa dan wireless connection yang menyesakkan. Setakat ini sajalah yang dapat aku coretkan untuk hari ini dan buat tatapan anda semua aku titipkan beberapa bauh gambar yang diambil sepanjang program itu dijalankan...saksikanlah~


Ni nak berlari ker nak buat keje?? action je laa...[tandanya dah bosan ler tu]

Ni macam nak terbang tinggi je?? nak ke mana kak??


boleh tahan jugak gambar yg Wani tangkap ni...angle yg menarik~


macam biasa ler..aku dan Asmaa memang pantang jumpe camera..haha


ish3, rajinnya president kita ni..haha, jgn ckp ngan dia tau...ni gmbr curi terbaekk dari paparazi..wakaka~


hai, sibuk betul nmpknya si Wani ni..cam dah jadi rumah die pulak..ngat nak raya kot~


memang rajin betul lah anak dara tiga orang ni..jam besar ni pun jadi berkilat..haha

x ley blaa budak dua org ni..pantang aku amek gmbr..


mencuci kipas..ni lah dia hasilnya..walaupun yg buat keje bape org je tp sume nak amek name[termasuk aku]..lalala~


gmbr ni aku yg tangkap..angle ni bru first time aku try..not bad laa



buat kenangan hingga ke usia tua...selamanya


Antara barisan FRC yang hadir menjayakan program ini..syabas diucapkan!!!


No comments:

Post a Comment