Saturday, July 3, 2010

DoNGenNg AtaU bEnAR??

Kali ini aku ingin menyingkap persoalan ini- Dongeng atau tidak? dalam konteks cerita dahulu kala masyarakat Melayu. Anda sudah tentu pernah mendengar cerita seperti Puteri Gunung Ledang dan Lembing Awang Pulang ke Dayang bukan? Jadi, adakah anda percaya bahawa cerita itu benar-benar berlaku ataupun sekadar rekaan semata-mata? Cerita tersebut sudah sebati dengan masyarakat kita di mana ianya diturunkan dari generasi ke generasi sama ada melalui lisan mahupun tulisan. Kadang kala cerita yang dibawa secara lisan ini banyak kelemahannya kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur tokok tambah dan sebagainya.


Puteri Gunung Ledang
Seperti yang kita semua sedia maklum, kisah ini telah pun diangkat ke layar perak cetusan idea Datin Seri Tiara Jacquelina pada sekitar tahun 2004. Filem yang bergenre epik thriller ini walaupun tidak mencapai kutipan box-office seperti Jangan Pandang Belakang dan Sembilu pada suatu ketika dahulu, tetapi filem ini tetap mempunyai peminatnya sendiri khususnya pencinta budaya. Aku agak tertarik dengan rancangan dokumentari Suatu Ketika terbitan Astro yang memaparkan kisah Puteri Gunung Ledang. Sebenarnya, kewujudan puteri itu tidaklah diketahui kesahihannya kerana tiada bukti kukuh yang menunjukkan kewujudannya seperti batu nisan. Puteri Gunung Ledang atau nama sebenar Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah khabarnya berasal dari Majapahit melarikan diri ke Gunung Ledang, Johor daripada dikahwinkan dengan Putera Demak dari Jawa. Beliau ke sana demi menyelamatkan cintanya terhadap Hang Tuah, Laksamana agung Melaka. Gusti Adipati,kakandanya terpaksa menjalinkan perkaitan dengan Melaka pula dengan menawarkan adiknya pada Sultan Mahmud Shah pula. Gusti Putri menentang perkahwinan tersebut kerana cintanya hanya pada Hang Tuah. Sultan Mahmud menghantar utusan yang diketuai oleh Hang Tuah ke Gunung Ledang, tetapi dihalang oleh kuasa ajaib Gusti Putri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.


Lembing Awang Pulang Ke Dayang

Kisah ini memang benar berlaku pada pertengahan 1776 apabila anak penghulu Parit Bakar, Bachok berebutkan Dayang yang telah bertunang dengan Awang, rakan sekampungnya.Hampir genap tiga tahun lima bulan belayar Awang menuntut ilmu, perahu Awang tiba di Pangkalan Kuala Parit Raja Muar diwaktu pagi. Dia membawa pulang dua batang lembing kurniaan Raja Bugis, uncang yang mengandungi wang 377 duit sebagai hantaran perkahwinannya dengan Dayang sambil menjinjing bungkusan kain mastuli (kain sutera yang kasar dan kuat).

Setibanya di pengkalan, Awang mendapat tahu berita perkahwinan antara Bachok dan Dayang yang akan berlansuns selepas solat Asar pada hari tersebut. Awang naik minyak lalu pulang ke rumah dengan hati yang parah. Semuanya angkara Bachok kerana membawa perkhabaran kematiannya dalam pelayaran. Awang telah melumurkan air limau nipis ke lembingnya.

Selepas Asar, Awang menyelinap dicelah-celah orang ramai yang sudah memenuhi halaman rumah Dayang. Di pinggangnya tersisip badik berulang mambang, sementara tangan kanannya mengenggam sebilah lembing, Awang terus menunggu kedatangan Bachok.. Riuh-rendah bunyi kompang bermula tanda pengantin lelaki akan tiba. Bacok yang segak duduk di atas tandu.

Setelah usungan tiba di depan tangga rumah pengantin, Awang terus keluar merodok mata lembing ke perut Bacok hingga mati. Suasana riang terus bertukar dgn suara jerit pekik orang ramai yang ketakutan. Darah menyembur dari perut Bacok dan pemikul usungan semua lari lintang pukang.

Beberapa tetamu bersusah payah mencabut lembing yang terlekat di perut Bacok. Sebaik sahaja tercabut, ada kuasa ghaib menyebabkan senjata itu melayang sendiri dan merodok salah seorang pengapit pengantin lelaki. Mangsa dengan kesakitan mencabut lembing daripada tubuhnya tetapi senjata itu seperti mengikut arahan Awang melayang pula mencari tetamu yang lain sehingga lembing menemui mangsa ke-99 iaitu ayah Dayang.

Dayang menangis terkejut melihat ayahnya, Dayang mencabut lembing yang terlekat di perut ayah dengan tangannya sendiri, pergerakan lembing tersebut terus "mati" selepas dipegang Dayang. Selepas Awang melihat dayang dan ayahnya,Awang terus meninggalkan Muar berlayar ke Endau.Tetapi Dayang masih menyimpan lembing berkenaan dan tidak bersuami sehingga ke akhir hayat.



Beberapa bulan yang lalu, aku terbaca Mastika yang mengupas isu di sebalik tabir pembikinan filem Lembing Awang Pulang ke Dayang. Isu ini sememangnya tidak dapat dinafikan terjadi apabila kita melakonkan sesuatu yang tragis pernah terjadi. Ada di antara para pelakon yang kelihatan seakan dimasuki semangat watak yang diberikan kepadanya. Mungkin kisah ini punya auranya yang tersendiri.


No comments:

Post a Comment