Showing posts with label film review. Show all posts
Showing posts with label film review. Show all posts

Monday, May 7, 2012

The Avengers--> Heroes story


Hi frens, bloggers and readers. It's quite a long time after the last update in this pretty blog. Actually not really have the idea to write or share before but today, I really want to share something that I got, something that I learnt from this movie.

Well, this is the current hits box-office movie I guess which I watched last Saturday..if u remember that day people busy of BERSIH things...but I chose to have a rest in cinema. It doesn't mean I don't care but the fact the we HAVE CHOICE. After the demo, we still have to stand on our own and back to real life again..and yet still lots of problems not settled.

Guys and girls, please stop saying that I have sooo much time or saying that I'm promoting this..in fact yes I encourage all of you to watch this movie and learn the moral of the story.

Morals of the story:
  • the role of leaders--> leadership [responsible, risk-taker, empower the rest]
  • together we stand, divided we fall--> Union
  • Power v. Force---> Captain America/ Thor v. Loki

To me, it was such a meaningful movie if u watch and really understand the message behind it..
I watch movie for a reason and purpose...
Sometimes, life is so difficult as what we think but the reality, it is not...some solutions, ideas and inspirations may be acquired from movies like this.

So, I give 5/5 for this movie..It reminds me and make me realizes the whole picture in my life..
If I were to choose one of the Avengers, I choose to be Captain America. Not because he is handsome but I love his character instead of Ironman..haha



I guess, that's all from me...Anybody who had watched, feel free to share your opinion bout the movie..tq



Friday, March 23, 2012

Great day--> Cinema Time






Hi friends, hello gang...dah mmg berhabuk blog ni kan? maklum lah busy ler katekan.....
at last, dpt juga aku tgok wayang hari setelah sekian lame terperap kat dlm uia dan last week yg hectic di Booth Lady Beautiful Fair, PWTC. Btw, last weekend was very great time for the business...still not really fun when Kak Shida was not around there...she was at Bandung that time with family...but then, I had Lin, my new trader. Doing booth with her mmg keje gelak je laa...since she was doing booth with kak Shida week before, she improved a lot in terms of sales and skill...wow, top sales babe for PWTC booth..and i got the highest contacts..both of us were in Shida's group..In terms of sales, Shida is the QUEEN. Thanks God that I met her. Thank God that I found Linn.


So today, me and Kak Shida watched this film--The Vow..........mmg romantic!!
based on real life story...korg nak tau? check it out..haha!

pasni ni aku nak cari film ni pulak...cite hindustan...awesome!!! tgok trailer n plot very interesting..



Nway, korang mesti happy kan kalau ade duit sendiri...muka berseri2 n senang hati...n think big, and expect to get more and more...High Expectation!!!

Walla, gtg now..so sleepy..esok kene bgun pagi2 nk jaga score board game ANSARA @ IIUM ..

Friday, February 24, 2012

This Means War~



Salam semua...wah, dah bersarang lelabah dah blog saya ni...
Maklum lah, kesibukan yang melanda tahap gaban tu yg jd penghalang...biasalah, masa mmg amat2 mencemburui kita..[ah sudah, mula dah merepek ni~]

Ok, actually hari ni aku lunch with Kak Shida kat KLCC. We have some discussion bout the biz as we are partners and then chit-chatting about personal things..great sharing. She also helped me in opening the Gold Investment Account at Maybank today. Great thing done in the early age with her guidance so as to the future.

And the best part was that we watched a movie....i suggested it even i dont know the story is all about. THIS MEANS WAR . Dengar tajuk ni je hati dah ditarik2 nak ke panggung..nak lagi cite2 spy ni..confirm best ahhh....and yet mmg betul jangkaan aku!!! BEST GILERR KOT..mase kitorg masuk wayang da start la dlm 5-10 min, but not too late..cerita ni bergenre action, comedy and romantic....Awesome!!! rasa nak tengok lg sekali..the script is the besy laa, mmg gelak sakan dlm tu and yet release gilerr stress~

You all kene tengok arr sendiri cite ni, gerenti x menyesal..haha


Monday, December 19, 2011

Makin tamat hikayat 2011


Last week I watched this movie with my sister Kak Shida..nice and meaningful movie for a NEW fresh start...turn over a new leaf..rate 4/5





Salam to all readers, bloggers and stalkers...
hari ni aku mulakan hari di Shah Alam disebabkan gatal sgt2 malas nak balik UIA malam td..haha
Bangun pagi sarapan pukul 8.15pagi. Then siap2 nak balik UIA. Btw, aku singgah ofis jap kat Boulevard Mid Valley for the Leader's Meeting. Should be started at 10am but sorry to say i was late..10.30am baru masuk ofis..daa~ ini bukan sengaja okies! KTM lmbt sangat and nasib baik aku bagitau Richard that i'm reaching MV around 10.30 tu tepat..fuhh~
Target kuar dr MV 12.30tghri..mmg ngan2 laa dpt bus. Then terus gerak balik UIA. Pikir case review aku ni x siap lagi. Dengan closing, follow up ntah ke mana. FINAL EXAM lg ape citer agaknye. Gonna stretch myself doing all necessary things to be done seriously. No PLAY2 OK!!!
So, malam ni settle kan dulu case review then prepare UNGS presentation. Pastu MESTI buat jadual revision starting esok till 8th Jan. And the MOST IMPORTANT THING is DISCIPLINE and FOLLOW THE PLAN/SCHEDULE.

28th Dis ni nak pegi sekolah rendah with some frens. I'm proposing to organise a motivation program for UPSR students next year. Now getting a lot of positive feedback from batch-mates and teachers. And I am the MaterPlan..haha.. Need to organise committee members for that and facilitators also. Hope all can be done smoothly with the help of friends and teachers..

New Year is coming. Aku sambut tahun baru ngan FINAL EXAM....best kan~ Habis final, kaw2 aku hentam area UIA, Gombak, Batu Pahat, Shah Alam, Melaka and Gemas dengan Hycoflex!!! For the biz, now I'm doing the FB page, website and also looking for advertisements at shopping complexes, booking booth for next year in January. Cream the market now! Buat duit BESAR then bole beli GOLD BAR, end of 2012 get a brand NEW CAR, and simpan untuk haji..InsyaAllah~

p/s: nak mnd then buat keje..kemas bilik and organise all okay~

Thursday, April 14, 2011

A Story that NEVER Lies






Semalam...satu sejarah. Hari ni cerita baru.
Pahit atau manis ia tetap sejarah yang sudah tercatat dalam hidup aku.
Biar payah aku terus aku gagahi kudrat ini kerana aku percaya aku akan dapat mencapai impianku. Memang benar tiada yang sia-sia Tuhan jadikan dan Dia lah Perancang terbaik.

Satu hari yang penuh dengan dugaan. Keseorangan. Sendiri bergelut dengan perasaan dan fikiran. Tuhan saja tempat aku mengadu. Keluarga jauh sekali. Payah untuk aku luahkan pada mereka. Tiada siapa yang lebih memahami melainkan Dia. Aku berdoa dan berdoa. Titis airmata di sejadah tatkala menghadap-Nya.

Ya, kala ini aku melalui satu fasa yang agak sukar bagi usia ini namun aku mahu terus ke hadapan tanpa berhenti dan menoleh ke belakang apatah lagi berundur. Bukan diri ku. Mesti ada jalan keluar bagi setiap masalah. MESTI.

Petang kian hampir. 6 petang ada prospek. Mood kurang ok. Agak down untuk present; tidak seperti semalam. Nasib baik aku punya coach yang baik dan penyabar. Aku cuma mendengar dengan teliti. Dan belajar.


------------------------------------------------------------------------------------------------

7.30 malam, aku dan coach cadang mahu menonton wayang. Aku pun setuju memandangkan bosan dan perlu tenangkan fikiran. Terpandang poster NEVER SAY NEVER- JUSTIN BIEBER. Aku tanya sama coach; "ni movie ke?" Ya katanya. "Jom tengok ni." Kata putus dicapai. 3D movie yang ada, yang biasa tidak available. Aku memang ikut je laa. Memandangkan nak tengok Merong terkubur sebab tayangan pukul 9malam. Aku solat dulu sebelum ke wayang. Tidak mahu menyesal lagi.

Cerita bermula. Tiada sari kata. Aku faham cuma kurang jelas. Tapi aku faham cerita dan jalan cerita. Ini kisah benar. Bermulanya perjalanan seorang Justin Bieber.

Passion, determination and believe...
it's all about dream...
live to achieve that dream..

Entah mengapa aku rasa sesuatu menjadi penawar hati bila menonton filem ini. Tidak rugi. Pasti. Walaupun pada awalnya aku sangsi keputusan untuk menonton cerita ini. Kejayaan bukan tercipta hanya dengan angan tetapi perjalanan yang punya suka dan duka.

How much that you believe in your dream?
and yourself?
Make it happen, don't turn back!
Never Say Never!!!

Sekali lagi air mataku murah.

Touch peoples' heart
Give them what they want...
And you will be successful~



Saturday, October 2, 2010

Niyang Rapik > Sebuah Filem


INFO:
  • Para pelakon ~ Liyana Jasmay, Kamal Adli, Awal Ashari, Fizz Fairuz, Zed Zaidi, Nasir Bilal Khan dan Sharonizam.
  • Pengarah ~ Ahmad Idham
  • Penerbit ~ Excellent Pictures
SINOPSIS:

Cerita bermula apabila 4 orang teruna kembali semula ke kampung terpencil Niyang Rapik setelah kematian arwah Zack. Kematiannya menimbulkan kemusykilan mereka semua. Arwah ada mengambil gerambit dari gua Niyang Rapik, yang kemudian disangka menjadi punca kematiannya. Ke Niyang Rapik membawa gerambit untuk dipulangkan agar semuanya selesai. Namun, bala yang menimpa mereka lalu membawa kepada satu rahsia di sebalik semua yang terjadi.













Actually, filem ni dah lame pun ditayangkan tapi baru semalam dapat tonton filem ni. Komen?? 4 bintang dari 5 bintang. Sinematografi yang menarik, latar cerita menaikkan mood dalam filem ni dan lakonan yang mantap oleh semua terutamanya Shaheizy Sam. Tapi yang baling best ialah musik latar yang digunakan dan OST filem ni ~> Syurga Seketika oleh Zizie& Wangi.

Saturday, July 3, 2010

DoNGenNg AtaU bEnAR??

Kali ini aku ingin menyingkap persoalan ini- Dongeng atau tidak? dalam konteks cerita dahulu kala masyarakat Melayu. Anda sudah tentu pernah mendengar cerita seperti Puteri Gunung Ledang dan Lembing Awang Pulang ke Dayang bukan? Jadi, adakah anda percaya bahawa cerita itu benar-benar berlaku ataupun sekadar rekaan semata-mata? Cerita tersebut sudah sebati dengan masyarakat kita di mana ianya diturunkan dari generasi ke generasi sama ada melalui lisan mahupun tulisan. Kadang kala cerita yang dibawa secara lisan ini banyak kelemahannya kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur tokok tambah dan sebagainya.


Puteri Gunung Ledang
Seperti yang kita semua sedia maklum, kisah ini telah pun diangkat ke layar perak cetusan idea Datin Seri Tiara Jacquelina pada sekitar tahun 2004. Filem yang bergenre epik thriller ini walaupun tidak mencapai kutipan box-office seperti Jangan Pandang Belakang dan Sembilu pada suatu ketika dahulu, tetapi filem ini tetap mempunyai peminatnya sendiri khususnya pencinta budaya. Aku agak tertarik dengan rancangan dokumentari Suatu Ketika terbitan Astro yang memaparkan kisah Puteri Gunung Ledang. Sebenarnya, kewujudan puteri itu tidaklah diketahui kesahihannya kerana tiada bukti kukuh yang menunjukkan kewujudannya seperti batu nisan. Puteri Gunung Ledang atau nama sebenar Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah khabarnya berasal dari Majapahit melarikan diri ke Gunung Ledang, Johor daripada dikahwinkan dengan Putera Demak dari Jawa. Beliau ke sana demi menyelamatkan cintanya terhadap Hang Tuah, Laksamana agung Melaka. Gusti Adipati,kakandanya terpaksa menjalinkan perkaitan dengan Melaka pula dengan menawarkan adiknya pada Sultan Mahmud Shah pula. Gusti Putri menentang perkahwinan tersebut kerana cintanya hanya pada Hang Tuah. Sultan Mahmud menghantar utusan yang diketuai oleh Hang Tuah ke Gunung Ledang, tetapi dihalang oleh kuasa ajaib Gusti Putri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.


Lembing Awang Pulang Ke Dayang

Kisah ini memang benar berlaku pada pertengahan 1776 apabila anak penghulu Parit Bakar, Bachok berebutkan Dayang yang telah bertunang dengan Awang, rakan sekampungnya.Hampir genap tiga tahun lima bulan belayar Awang menuntut ilmu, perahu Awang tiba di Pangkalan Kuala Parit Raja Muar diwaktu pagi. Dia membawa pulang dua batang lembing kurniaan Raja Bugis, uncang yang mengandungi wang 377 duit sebagai hantaran perkahwinannya dengan Dayang sambil menjinjing bungkusan kain mastuli (kain sutera yang kasar dan kuat).

Setibanya di pengkalan, Awang mendapat tahu berita perkahwinan antara Bachok dan Dayang yang akan berlansuns selepas solat Asar pada hari tersebut. Awang naik minyak lalu pulang ke rumah dengan hati yang parah. Semuanya angkara Bachok kerana membawa perkhabaran kematiannya dalam pelayaran. Awang telah melumurkan air limau nipis ke lembingnya.

Selepas Asar, Awang menyelinap dicelah-celah orang ramai yang sudah memenuhi halaman rumah Dayang. Di pinggangnya tersisip badik berulang mambang, sementara tangan kanannya mengenggam sebilah lembing, Awang terus menunggu kedatangan Bachok.. Riuh-rendah bunyi kompang bermula tanda pengantin lelaki akan tiba. Bacok yang segak duduk di atas tandu.

Setelah usungan tiba di depan tangga rumah pengantin, Awang terus keluar merodok mata lembing ke perut Bacok hingga mati. Suasana riang terus bertukar dgn suara jerit pekik orang ramai yang ketakutan. Darah menyembur dari perut Bacok dan pemikul usungan semua lari lintang pukang.

Beberapa tetamu bersusah payah mencabut lembing yang terlekat di perut Bacok. Sebaik sahaja tercabut, ada kuasa ghaib menyebabkan senjata itu melayang sendiri dan merodok salah seorang pengapit pengantin lelaki. Mangsa dengan kesakitan mencabut lembing daripada tubuhnya tetapi senjata itu seperti mengikut arahan Awang melayang pula mencari tetamu yang lain sehingga lembing menemui mangsa ke-99 iaitu ayah Dayang.

Dayang menangis terkejut melihat ayahnya, Dayang mencabut lembing yang terlekat di perut ayah dengan tangannya sendiri, pergerakan lembing tersebut terus "mati" selepas dipegang Dayang. Selepas Awang melihat dayang dan ayahnya,Awang terus meninggalkan Muar berlayar ke Endau.Tetapi Dayang masih menyimpan lembing berkenaan dan tidak bersuami sehingga ke akhir hayat.



Beberapa bulan yang lalu, aku terbaca Mastika yang mengupas isu di sebalik tabir pembikinan filem Lembing Awang Pulang ke Dayang. Isu ini sememangnya tidak dapat dinafikan terjadi apabila kita melakonkan sesuatu yang tragis pernah terjadi. Ada di antara para pelakon yang kelihatan seakan dimasuki semangat watak yang diberikan kepadanya. Mungkin kisah ini punya auranya yang tersendiri.


Thursday, September 24, 2009

Preview filem Hindustan..




Hi to everyone!Hopefully today is your very pleasant day. Today's post is all about some Hindustan films that I love so much.This could be because of the plot of stories which I think are very romantic,interesting and make me engaged.As what you have seen above are some pictures of the film entitled Hum Tum which is in English is You Me.The hero in this film is Karan starred by Saif Ali Khan and the heroine is Rani Mukherjee.There will be something happen when they meet such as wind blowing and raining which tells us that they are meant together.

Another film that I really enjoy watching it is U Me Aur Hum which means YOU ME AND WE.Starred by both famous actor and actress in India,Kajol and Ajay Devgan makes this film a wonderful masterpiece.It's all about love,sacrifice and strong bond between husband and wife.Piya owned a book entitled The Book of Possibilities where she wrote everything about her sweet memories,dreams,wishes and ambition.That's all her secret.She met Ajay in a cruise during her holiday.They fall in love and got married at last.Everything seemed to be wonderful but something happened in their marriage.Two years after marriage,unluckily Piya got Alzheimer which made her forgot everything at a particular time but everything will be okay when she was conscious.Ajay worked as physiciatris and ho knew that the disease had no remedy to cure.Things were getting worsen when Piya was pregnant.Ehm..if you to know more about the story,you can watch this movie yourself and feel it.Many moral values are implemented in the story which I think can help us in improving our relationship between our partner or spouse.

Ajay and Piya..




I hope that anybody who are interested in Hindustan film please watch this film..
See you!