Semalam...satu sejarah. Hari ni cerita baru.
Pahit atau manis ia tetap sejarah yang sudah tercatat dalam hidup aku.
Biar payah aku terus aku gagahi kudrat ini kerana aku percaya aku akan dapat mencapai impianku. Memang benar tiada yang sia-sia Tuhan jadikan dan Dia lah Perancang terbaik.
Satu hari yang penuh dengan dugaan. Keseorangan. Sendiri bergelut dengan perasaan dan fikiran. Tuhan saja tempat aku mengadu. Keluarga jauh sekali. Payah untuk aku luahkan pada mereka. Tiada siapa yang lebih memahami melainkan Dia. Aku berdoa dan berdoa. Titis airmata di sejadah tatkala menghadap-Nya.
Ya, kala ini aku melalui satu fasa yang agak sukar bagi usia ini namun aku mahu terus ke hadapan tanpa berhenti dan menoleh ke belakang apatah lagi berundur. Bukan diri ku. Mesti ada jalan keluar bagi setiap masalah. MESTI.
Petang kian hampir. 6 petang ada prospek. Mood kurang ok. Agak down untuk present; tidak seperti semalam. Nasib baik aku punya coach yang baik dan penyabar. Aku cuma mendengar dengan teliti. Dan belajar.
------------------------------------------------------------------------------------------------
7.30 malam, aku dan coach cadang mahu menonton wayang. Aku pun setuju memandangkan bosan dan perlu tenangkan fikiran. Terpandang poster NEVER SAY NEVER- JUSTIN BIEBER. Aku tanya sama coach; "ni movie ke?" Ya katanya. "Jom tengok ni." Kata putus dicapai. 3D movie yang ada, yang biasa tidak available. Aku memang ikut je laa. Memandangkan nak tengok Merong terkubur sebab tayangan pukul 9malam. Aku solat dulu sebelum ke wayang. Tidak mahu menyesal lagi.
Cerita bermula. Tiada sari kata. Aku faham cuma kurang jelas. Tapi aku faham cerita dan jalan cerita. Ini kisah benar. Bermulanya perjalanan seorang Justin Bieber.
Passion, determination and believe...
it's all about dream...
live to achieve that dream..
Entah mengapa aku rasa sesuatu menjadi penawar hati bila menonton filem ini. Tidak rugi. Pasti. Walaupun pada awalnya aku sangsi keputusan untuk menonton cerita ini. Kejayaan bukan tercipta hanya dengan angan tetapi perjalanan yang punya suka dan duka.
How much that you believe in your dream?
and yourself?
Make it happen, don't turn back!
Never Say Never!!!
Sekali lagi air mataku murah.
Touch peoples' heart
Give them what they want...
And you will be successful~
No comments:
Post a Comment