Salam sejahtera buat semua ..alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana kita masih diberikan masa, ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana in...[ayat nak power..x ley blaa]
Malam semalam aku berkesmpatan menyaksikan final Imam Muda, sebuah program yang dianjurkan oleh Astro Oasis 106. Kalau lah aku x balik ke rumah muk su ni, xde arr rezeki nak tengok..haha. Memang Allah dah gerakkan hati nak balik, maka di sini lah aku berada kini...untuk weekend ni saje. Actually, banyak jugak kerje aku yang pending kat kampus, tapi aku bawak gak balik cni dengan harapan nak settlekan. Tapi, as always x kan siap secara sempurna lah. Mesti ade yang tinggal 20 atau 10 percent lg...[well, aku mmg cam tu kot??]
So, nak cite kat sini sket je pasal Imam Muda tu. I know you all mesti dah tau kan sape juara nye..Walau bagaimanapun, I nak story gak sebagai modal entry kali ni.
Well, inilah Juara Imam Muda 2010~> Imam Muda Asyraf dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang. Berusia 26 tahun dan sudah berumah tangga[ penting untuk diketahui oleh semua wanita yer..]
Tempat kedua pula disandang oleh Imam Muda Hizbur dari Baling, Kedah. Beliau baru berusia 27 tahun, juga sudah berkahwin.
Pada pendapat aku secara peribadi, aku setuju dengan keputusan juri tu. Tapi secara profesional nya aku pilih Imam Muda Hizbur sebagai juara. KENAPA?? First, sebab dalam diri beliau aku nampak ketokohannya sebagai sebagai imam yang matang dan tenang. Tu pada pendapat aku laa..tapi kalau nak ikutkan memang Imam Muda Asyraf layak jadi juara seiring dengan konsep rancangan ini. Aku nampak beliau ni boleh masuk ke dalam setiap lapisan masyarakat dan mungkin itulah bonus bagi dirinya.
Walaupun episod Imam Muda sudah berakhir, namun tugas mereka sebenarnya baru sahaja bermula. Semua 10 orang Imam Muda mendapat tajaan belajar ke Madinah. Semoga mereka berjaya dalam pengajian dan dapat meneruskan usaha menjadi imam yang berwibawa untuk ummah ini..aminn..
adek kite dari mula lg 'gila' ngan asyraf. x sangka pulak die yg mng. bukan maen sonok lg adek kite.....
ReplyDeletehaha..kite un x knl sgt si asyraf tu..tp berdasar kan first impression ble tgk kelmarin laa...
ReplyDeletehe deserved that~