Salam buat semua teman yang setia menziarahi laman sesawang saya ini..
Kali ini izinkan saya berkongsi dengan anda tentang apa yang bermain di kotak fikiran saya sedari tadi. Bicara Tentang Cinta menjadi tajuk utama entry pada kali ini. Apa yang bermain di fikiran anda?? Adakah saya ingin bercerita kisah cinta saya atau sekadar omongan kosong saja??
Ya, saya ingin berbicara tentang cinta dari sudut pandangan saya sendiri. C I N T A - bagaimanakah anda semua mendefinisikan cinta dalam konteks kehidupan seharian? Bagi saya cinta adalah anugerah yang dikurniakan Allah SWT buat hamba2Nya yang dekat denganNya, satu perasaan yang wujud dan lahir dari hati dengan izinNya buat insan yang sudah tertulis di Luh Mahfudz menjadi pasangan kita. Bila bercakap tentang cinta, banyak cabang cinta in. Pertama-tamanya, cinta kepada Sang Pencipta-Allah SWT. Kedua, cinta kepada kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Ketiga barulah cinta sesama manusia.
Cinta pertama dan kedua sememangnya perlu menjadi keutamaan kta sebagai muslim namun hari ini, apa yang dapat kita saksikan berbeza dengan apa yang kita fikirkan. Bercinta semasa zaman persekolahan, zaman kolej, zaman universiti sehinggalah melangkah ke alam kerjaya. Bercinta seterusnya ber'couple'.. Tetapi kebanyakan mereka yang bercinta pada zaman persekolahan kecundang di tengah jalan. Banyak yang tidak kekal hingga ke jinjang pelamin. Komen saya, mereka itu masih belum matang dan dalam situasi mencuba-cuba. Seperti yang kita semua sedia maklum, remaja sememangnya gemar perkara-perkara yang ekstrem sebagai ujikaji. Kisah cinta juga tidak lepas daripada menjadi bahan eksperimen mereka. Itulah remaja hari ini, yang rohaninya tidak ditarbiyah dengan pendekatan Islam yang sebenar. Bercinta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Islam adalah sebaik-baiknya. Kita perlu menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana perlu diingat bahawa apabila dua insan berdua-duaan ada makhluk ketiga iaitu syaitan.

Pada pandangan saya, pada alam persekolahan dan alam universiti kita harus mencipta seberapa banyak kawan dalam hidup sekali gus membina jaringan untuk masa hadapan. Jaringan itu bukan sahaja dari segi persahabatan tetapi juga dapat mencakupi hubungan dalam kerjaya. Semakin luas jaringan hubungan kita, maka mudahlah kita pada masa akan datang dalam konteks mengendalikan sesuatu program. Tidak rugi sekiranya kita tidak melalui alam percintaan pada usia sekarang, kerana Allah SWT telah menentukan siapa jodoh terbaik untuk kita..InsyaAllah.
Kini, usiaku bakal menginjak 19 tahun pada awal Disember ini. Namun, tidak pernah sekali aku mengenal erti cinta sesama manusia yang sebenar. Kadang kala, sesuatu perasaan aneh menjelma dalam diri tetapi aku keliru. Dan aku percaya, cinta yang sebenar itu belum lagi muncul sebenarnya. Ada beberapa kata-kata oleh seorang penceramah yang menarik perhatianku:
1. Not love, not care
2. Love but not care
3. Not love but care
4. Love and care
Hakikatnya, orang yang bercinta atau ber'couple' hanya jatuh di tangga no.2 ataupun no.3, sebaliknya tangga keempat hanya dapat dicapai setelah sah ijab dan kabul semasa akad nikah kelak..aminn
No comments:
Post a Comment