Saturday, June 12, 2010

hari yang penuh DUGAAN..


Salam diucapkan buat semua yang melawati blog usang saya ini. Terlalu banyak yang ingin saya ceritakan tentang apa yang berlaku pada saya hari ini. Sabtu, 12 Jun 2010.... mungkin satu tarikh yang tidak akan saya lupakan apabila pertama kali berpeluang keluar outing bersama sahabat2 saya.

Pertama sekali, apa yang terjadi seawal pagi tadi benar2 membuatkan saya tersedar dari tidur yang panjang. Bangun dari tidur, saya terus menggosok pakaian lantas ke bilik air untuk membersihkan diri. Setengah jam kemudian, Husna kulihat sedang mencuci pakaiannya. Dan dia bertanya, "Ika bawak kunci kan?". Lalu aku menjawab, "tak" dengan perasaan yang kurang enak.
"Kita cakap ngan Una suruh bawak kunci tadi," tapi dia membalas, " ingat Ika bawa sebab Una ngantuk tadi,'. Jadi, apakah petandanya itu?? Ada haiwan dalam bahaya[ ikut nada Wonderpets]..

Maknanya, kenalah ambil kunci di Post Guard..hua3~ Pe cer ni??
Malang sekali lagi menimpa kami apabila Mak Guard x muncul2 di posisinya. Tunggu punya tunggu, sampai pukul 11 lebih baru lah dapat masuk bilik. Sumpah x buat lagi pas ni...arghh!! Sabar lah HATI.. Apalagi, kami pun bersiap2 untuk keluar outing, gopoh sampai Husna tertinggal spek..[haha]

Maka, berjalan2 lah tiga orang dara pinggitan di dalam MID VALLEY mencari sesuatu...Kisah bermula apabila ingin menonton wayang namun terhalang kerana ramainya manusia yang beratur. Lantas, masa yang ada perlu dimanfaatkan dengan memenuhi kehendak hati. Berjalan lagi sehinggalah berhenti makan dan solat zohor. Sesekali kami berhenti dari kedai ke kedai bagi mencuci mata. Ada lah beberapa barang yang kami beli sebagai kenanagn..[ gaya macam first time gi Mid jer]


Perjalanan pulang merupakan satu lagi DUGAAN buat kami. MAcam mana nak balik ni?? Naik bas mana?? ah, sudah..jangan buat hal lagi~ Apelagi, mesej YAn la nak tanya balik kena naik bas mana..katanya U85. Senang hati dah tau, jadi menjadi penunggu yang setia lah kami di sana. Disebabkan lama menunggu dah kesabaran sudah berlalu, maka kami naik bau Metro 10 yang ade tertulis PJ sebagai destinasi. Nak sangat survive kan?? amek kau kena turun tepi jalan kat PJ, syeksen berapa aku pun tak tau.

Tapi nasib baik masa tu kami berlima- dua orang budak Law yang baru aku kenal hari ni. Menapaklah kami ke tempat yang pad hemat kami sudah tidah jauh dari kampus, sehinggalah kami berhenti di hentian teksi dan bercadang untuk naik teksi memandangkan ia lebih selamat. Akhirnya, kami tiba juga di kampus dengan jayanya.


Muka kegembiraan jelas terpancar sebaik sahaja tiba di mahallah..


Ade hajat nak jadi model MPH ke Asmaa?


Ni lah ape yang kami beli dari sana...


~TAMAT~

4 comments:

  1. hahahahahhaha..
    payah ek kalo kunci tinggal dlm bilik...
    cian ko......
    xpe2..sbabar yer..

    ReplyDelete
  2. mmg agak payah arr..
    ble dua2 pikir org tu bawak...
    last2 jd cam aq laa..
    kah3~

    ReplyDelete
  3. wei.. menda tu pon bleyh jdi ker? ish2... nmpak cam bez jer.. mcam nk try jer.. hakhakhak..

    ReplyDelete
  4. haha~
    try arr..mmg best..
    akan kau ingat sepanjang hayatmu..
    hehe~

    ReplyDelete