Thursday, December 30, 2010
Celik Mata~
Kekejangan???
Sunday, December 26, 2010
Piala Suzuki AFF
Friday, December 24, 2010
Boleh punye~
Thursday, December 23, 2010
Second Week
Saturday, December 18, 2010
Outing
Thursday, December 16, 2010
Wajah baru...
Monday, December 13, 2010
The Garden of Knowledge & Virtue
Monday, December 6, 2010
The Journey Begins
nhs-itu-nama-ku: Salam Maal Hijrah
Thursday, December 2, 2010
eye-catching
Friday, November 26, 2010
Update laa....sket je~
Diariku..Sukan Asia Guanggzhou
Sudah Tertulis…nyata hampa
Kali ini, harapan skuad sepak takraw untuk memecah dominasi
Dalam acara regu badminton lelaki pula,
23 November 2010, tercatat satu sejarah baru buat skuad hoki lelaki Negara apabila berjaya menewaskan
Hari ini juga menyaksikan skuad sepak takraw Negara turun sekali lagi bagi acara akhir regu Round Robin bertemu pasukan
Episod akhir hoki dan skuasy
Skuasy berpasukan lelaki peringkat akhir menyaksikan betapa gahnya pasukan
Hari ini, 27 November 2010. Sukan Asia Guangzhou ke-16 bakal menutup tirainya malam ini. Dengan itu, berakhir sudah cabaran atlet-atlet negara setelah berjaya menambah koleksi pingat semalam menerusi Karate acara tempur wanita 61kg (perak) dan terjun 10 meter platform lelaki (gangsa). Klik sini...
Wednesday, November 10, 2010
Beauty is natural~
Tuesday, November 9, 2010
Yang Hakiki~ Eps 1
Alkisah bermula....
Sudah puas Tina merenung. Sudah puas juga dia termenung seakan jauh ke langit nun di atas. Tiap pagi dia berdiri di sini. Rutin yang sama dia lakukan saban hari sebelum melangkah jauh lagi dalam perjalanan hidup yang penuh liku ini. Tepat jam 6.45 pagi Tina sudah bergegas ke pejabat yang nyatanya hanyalah 15 minit dari pangsapurinya. Hampir lima tahun dia bekerja di syarikat milik Datuk Syakil ini, InfraTech Holdings yang terletak di Menara Pan Global, Kuala Lumpur. Menikmati sarapan pagi dengan segelas milo panas dan sandwich telur sambil menyaksikan panorama matahari terbit di ufuk timur. Sungguh indah dan mendamaikan sanubari . ' Hari ni hari Isnin. Bermula episod baru hidup aku untuk minggu ni. Come on, Tina. Life must be go on. Don't ever ever stop breathing okay!' Keluhnya sendiri di dalam hati. Tak siapa pun bisa mendengarnya. Dia melihat jam tangan Swatch hijau epal yang menunjukkan lagi 15 minit sebelum jam 8 pagi. Lantas dia menghirup sisa air milo di tangannya. Saat itu jugalah dia mendengar derap langkah kasut lelaki berjalan menuju ke arahnya. “ Lambat sampai hari ni. Ni kes lambat bangun pagi ke cik Luqman?” katanya tanpa menoleh, ternyata dia sudah tahu empunya badan itu. “ Ala, spoil la kau ni. Aku baru nak buat dajal kat kau. Melepas lagi hari ni..haha. Kau ni tau je kalau aku yang datang kan? Kamu ada ilmu batin ke cik Tina?” sakat Luqman bersahaja sambil menghirup nescafe O miliknya. “ Hoi, cakap tu elok sikit ye. Saya ni Cik Luqman tak main lah ilmu-ilmu ni. Tak baik tau tuduh perempuan suci melakukan dosa.” katanya sambil membuat mimik muka merajuk muncung sejengkal. “ Eleh, nak merajuk ngan kita pulak. Cik Tina, orang di sini kata sendiri merajuk sendiri pujuk lah.” ujar Luqman. “ Orang di sini malas nak layan orang di sana. Kang ada jugak yang kena sembur ngan bos sebab masuk kerja lewat. Saya tak sanggup,” katanya sambil menggerakkan jari telunjuknya tanda tidak mahu seperti gaya Wonder Girls mendendangkan lagu Nobody. Tina berlalu pergi tanpa menghiraukan Luqman yang sedang galak ketawa. Dalam diam hatinya juga tersenyum bila mengingatkan perbualan singkat sebentar tadi. “ Dah macam P.Ramlee pulak guna orang di sana orang di sini,” getusnya sendiri.
Fahmi sedari tadi sedang leka membelek fail-fail yang bertimbun di atas mejanya. Sudah muak rasanya meneliti setiap patah perkataan dalam dokumen yang ada. Naik pening pun ada. Tapi apakan daya, sudah menjadi tugasnya bila bergelar seorang peguam. Lebih tepat lagi ialah peguam cara dan peguam bela. Berkhidmat di Zulrafiqque & Parners sudah lebih 10 tahun namun tidak pula dia merasakan jemu dengan kerjayanya itu. Itulah yang dikatakan minat sudah sebati dalam diri. Sejiwa katanya. Sejak di bangku sekolah lagi dia sudah memasang angan-angan untuk bergelar seorang peguam. Selalu dia membayangkan dirinya dalam suit hitam berkemeja putih sedang menjinjing briefcase melangkah masuk dalam mahkamah. Langkah yang diatur penuh tertib dan gah sekali. Penuh gaya dan confident. Ramai juga wartawan yang hadir untuk menyaksikan perbicaraan kes pada hari itu. Tuk tuk tuk...termati lamunannya di situ. “ Come in. Huh, Shahrul. Kau rupanya. Ada apa datang bilik aku ni? Anything that I can help?” Shahrul yang datang terus duduk di hadapannya walaupun tidak dijemput. “ Bro, kau tau tak sekarang pukul berapa? Dah pukul 1 tengah hari bro. Kau tak lapar ke? Jom lunch tempat biasa, aku belanja. Serabut je aku tengok kau ni. Rest dulu, okay?” ujarnya dengan gaya memujuk nombor satu di Malaysia. Bak kata orang, dah macam isteri yang pujuk suami makan. Fahmi melirik ke jam tangan Rolex miliknya. “Ye lah, dah pukul 1. Patutlah perut aku semacam je. Okay, kau belanje aq hari ni.”ujarnya bersama gelak kecil.
Nama diberi oleh ayahanda ialah Ridhuan Fahmi. Memiliki personaliti yang memikat para gadis yang memandang. Kacaklah kononnya. Mana tidak orang memandang, berjalan penuh gaya macho dengan kaca mata hitam lagi. Senyuman miliknya bisa saja merebahkan bahkan mendebarkan mana-mana wanita walaupun dah berusia. Itulah anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepadanya. Memang dia sangat bersyukur. Bekerja sebagai seorang peguam bela memang amat memenatkan apatah lagi dengan pelbagai karenah clients yang bermacam ragam. Silap-silap sakit jiwa dibuatnya. Tapi kalau dah minat dan tertulis yang dia dilahirkan untuk menjadi sebahagian daripada Malaysian Bar Council, tak terlawan kudratnya untuk menyangkal semua itu. “Woi, ko dari tadi aku tengok asyik khayal aje kan? Aku ni dah macam orang gila pulak rasanya dok cakap sorang-sorang kat sini. Ke kau ni ingat mata air Fahmi?” sergahnya sambil menepuk lengan Fahmi yang sedari tadi melamun jauh. Fahmi bukan main tersentak lagi dibuatnya, “ Isyh, kau ni kesitu pulak. Bagi la chance kat aku nak berangan sekejap. Kang dah balik office memang tak sempat nak berangan. Mata air tak datang lagi lah Rul,” katanya bersahaja. Shahrul mencebik seakan mengejeknya. “Alah, masalah lah kau ni. Muka dah handsome, takkan lah sorang pun tak tersangkut kot. Kau ni memilih ke belum ada pengganti? Yang sudah tu sudah lah.” ucapnya seakan memujuk pula kali ni. Shahrul merukan antara teman rapatnya sejak zaman universiti lagi. Oleh kerana dia berasal dari negeri yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara, maka selalu jugalah dia bertandang ke rumah keluarganya. Boleh lah dikatakan anak angkat keluarga Fahmi tu. Menumpang kasih pada yang sudi lah katakan. Persahabatannya dengan Fahmi memang bagai isi dengan kuku. Di mana ada Fahmi, di situ jugalah dia berada. Antara mereka memang nyata keserasian dan kesefahaman menjadi tali pengikat silaturahim yang begitu utuh. “ Hrmm, ntah lah Rul. Kau bukan tak tau. Aku ni susah nak jatuh cinta. Susah juga nak melupakan. Aku dah serik nak jatuh cinta lagi rasanya. Cukuplah sekali aku kecewa.” jawabnya longlai bila ditanya soal cinta dan hati. “ Eh, sedap betul lah makanan kat sini. Ada ummph lah Mi. Pandai kau cari tempat makan yang sedap ni.” sengaja dia berkata begitu, mahu mengalih perhatian temannya itu. Bukan dia tidak tahu akan kisah percintaan Fahmi dan Aqilah. Mungkin memang sudah tiada jodoh mereka. Fahmi sang pencinta yang setia menerima nasib yang malang apabila hubungan yang terjalin selama 3 tahun itu berkecai apabila Aqilah dijodohkan dengan anak Syed Abdul Rahman, saudagar kapal yang masyur di Malaysia bahkan juga di tanah kelahirannya, Madinah.
bersambung...