Salam buat semua yang mengenali diri ini.
Sabtu, public holiday sempena Hari Krismas. Pagi tadi dah jogging keliling tasik. Just nak kekalkan stamina. Bersama Asmaa dan Afiqah. Semangat saya pagi itu. Terasa nyaman dan segar menghirup oksigen tulen dari flora sekitar tasik. Mereka berdua teringin nak berkayak. Ada dua orang brothers sedang berkayak di tengah2 tasik. Lepas kami bergambar dan buat speeding, saya pun melaung ke arah tengah tasik bertanya kepada brothers itu. Perihal kayak.
Petang itu, kami ambil angin di sekitar tasik. Masih mahu berkayak. Cuaca agak suram tika itu. Tengah hari yang panas rupanya tidak sampai ke petang. Berjalan lagi dan akhirnya, peluang itu muncul. Dapatlah mereka berdua berkayak di tasik yang agak luas itu. Saya hanya melihat saja. Tiada ura-ura mahu turun sekali. Mungkin kerana tidak mahu basah dan letih. Sedang dalam penantian itu, rintik-rintik hujan mula membasahi bumi. Lalu, saya tumpang berteduh di pondok. Mereka masih mencuba untuk sampai ke tebing. Hujan makin ganas. Sesudah mereka naik dan berteduh di pondok, hujan makin lebat. Jarum jam hampir menunjukkan pukul 7 malam. Tidak sedar kami akan hal itu. Maka, diredah jugalah hujan yang masih turun itu dek kerana hari makin gelap.
Azan sedang berkumandang tatkala kami tiba di bilik masing-masing. Saya terus membersihkan diri. Khuatir dijangkiti demam. Kemudian, bersiap untuk menghadap Yang Maha Esa.
akan bersambung.....
No comments:
Post a Comment