Salam buat semua rakyat Malaysia.
Semalam kita telah menyaksikan kemenangan berharga yang dicipta oleh skuad bola sepak negara hasil didikan jurulatih negara, K. Rajagopal. Walaupun aku tidak ke Stadium Putra Bukit Jalil, tetapi menonton di Kafe Nusaibah saja sudah cukup untuk mencipta gegak gempita tatkala pasukan negara menyumbat gol yang pertama. Tidak kusangka, ramai juga yang meminati bola sepak pasukan negara...Alhamdulillah. Itulah semangat dan sokongan yang sepatutnya diberikan kepada para pemain, bukannya hanya mengkritik dan mencemuh seperti sebilangan kecil masyarakat. Kita patut berbangga kerana pasukan kita merupakan 100% anak jati Malaysia dan majoritinya ialah Melayu. Satu pencapaian yang harus diberikan pujian.
Sudah lama aku ingin mengulas lebih lanjut tentang mentaliti masyarakat Melayu kita. Sikap iri hati, dengki, tidak percaya pada diri dan sebagainya yang biasa kita ketahui. Rasanya sudah sampai waktu untuk kita berubah dan mencorak bangsa kita ke arah kecemerlangan, bukan setakat dalam bidang sukan tetapi dalam pelbagai aspek. Berfikiran positif dan optimistik dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Tidak seharusnya mudah mengalah dan punya semangat juang yang tinggi.
3 gol berbalas 0 menjadikan Malaysia juara Piala Suzuki AFF tahun ini. Hooray!!!!
Kita berjaya menewaskan pasukan yang menggunakan khidmat pemain import. Tiada yang mustahil dalam permainan. Yang penting, percaya pada diri dan semangat yang jitu dan kental. Syabas Malaysia!!! Syabas HARIMAU MUDA!!!
No comments:
Post a Comment