Thursday, December 30, 2010

Kekejangan???

Salam saya tujukan kepada semua yang singgah di laman ini.
Dah lama tidak mengemaskinikan blog ini akibat keletihan dan kekangan masa yang sangatlah menghimpit. Kini, saya sibuk menjalani latihan hoki sempena University Sports Carnival 2011. Setiap petang saya akan bergegas ke turf hoki di Female Sport Centre. Dekat saja dengan Mahallah Nusaibah. Coach, Kak Sara arahkan kami untuk lari atau jogging 5 pusingan padang hoki ini...mak aii, semput kot aku~. Tapi itu semuanya demi membina semula stamina kami selaku pemain. Maih lagi aku ingat dan takkan aku lupa setiap detik dan saat sewaktu training hoki di SMSJ dulu. Terima kasih kepada Cikgu Din kerana telah berjaya membentuk saya menjadi seorang pemain hoki yang masih boleh bermain walaupun agak lama tak turun padang. Alhamdulillah, basic skills masih ada dan experience sangat membantu.

Bercakap tentang stamina, hampir seminggu berjogging dan bermain, saya rasa kenikmatannya. Tapi yang tidak sedap didengar ialah saya mengalami kekejangan otot. Selalunya hal ini jarang terjadi sejak saya mula bermain hoki di sekolah, walaupun latihan intensif diberikan oleh jurulatih. Entah kenapa, terjadi pula di sini. Mungkin otot-otot saya terkejut dengan aksi empunya badan yang tiba0iba saja aktif macam dulu. Ya lah, sudah lama sangat berehat. Hampir 2 tahun. Mujur peluang beraksi semula itu muncul sebaik saja menjejakkan kaki di bumi UIA ini. Dan, saya difahamkan bahawa hanya 3 atau 4 buah universiti saja yang memiliki turf hoki ini termasuklah Universiti Sains Malaysia (USM), UTEM dan juga KUITTHO. Agak bertuah juga rasanya berjaya menempatkan diri di UIA ini. Pernah juga terlintas di benak saya perihal penerimaan kemasukan saya di universiti ini. Mungkinkah kerana dalam resume saya ada menyatakan pencapaian saya dalam sukan hoki....? Timbul persoalan ini kerana saya berpendapat bahawa pihak UIA mahu mencari pemain pelapis, tambahan pula UIA merupakan pilihan keempat saya. Hrmmmm, apa-apa pun saya percaya bahawa DIA telah mengaturkan yang terbaik buat saya. Saya juga sedar bahawa tiada jalan pintas untuk memperoleh kejayaan baik dalam apa-apa jua bidang sekali pun.

*Rasanya seluruh rakyat Malaysia telah menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF kelmarin. Memang gamat suasana tatkala menonton TV1 yang menyalurkan siaran langsung bersama teman-teman. Wanita memang sangat emosi bila sampai bab sorak dan sokong pasukan ni. Almaklum saja, nama pun wanita. Syabas buat Harimau Malaya kerana berjaya menjulang PIALA SUZUKI AFF setelah 14 tahun menunggu. Buat Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat~> anda memang hebat!!!

Hari dah jauh malam. Saya perlu tidur dan rehat yang cukup. Kalau saya dah mula menulis, alamatnya buku law tu saya campak tepi. Tidak elok bukan???
Pastinya anda tertanya-tanya, mengapa saya menulis agak formal kali ini...kerana saya mahu mempraktikkan BAHASA MELAYU...mahu jadi pelajar terbaik subjek BAHASA MELAYU KERJAYA...aminnn.

Salam sayang ditujukan kepada teman-teman SMSJ yang masih mengikuti perkembangan diri saya. Tidak lupa juga kepada yang baru berkenalan dengan empunya blog ini.

No comments:

Post a Comment