Salam to all bloggers.
Ni layout baru untuk my lovely blog. Saja nak try layout lain.
So, aku kat Campus ni dah hampir seminggu. Bagaimana keadaan aku?? First2 kat sini rase PENAT sangat berjalan turun naik tangga turun naik bukit. Kaki ni WAJIB diurut yer hujung minggu ni. Wireless dah register tapi malang buat diriku kerana line x kuat di bilik aku. First time dpt online kat bilik tu pepagi buta pukul 7. Orang lain dok sedap tido aku ngadap laptop sambil bersiap utk berakfast. Dahsyat hidup aku kat sini. Memang berubah laa kalau dibandingkan duduk bercuti kat rumah. Jangan haraplah aku nak bangun lepas Subuh. Tapi sekarang lain. InsyaAllah aku akan menjadi orang baru setibanya aku di bumi UIA ini. Aku ingin menjadi lebih baik dan berusaha ke arah itu. Aku sedar bahawa segalanya akan bermula 'saat ini'. Means that apa yang aku amalkan dan lakukan dalam usia ini akan membentuk personaliti aku pada 10 tahun akan datang. Masih aku ingat kata-kata seorang motivator or senior yang beri ceramah motivasi masa Form5 dulu. " Di sinilah bermulanya titik tolak mencorakkan masa depan kita. Apa yang kita makan, pakai? kereta apa yang kita guna? Dengan siapa kita berurusan dan siapa pasangan kita..."
Kelas aku mostly pagi sampai tengah hari. Kalu ade petang pun tutorials. Masalah nak add subject UNGS 2030. Penat aku berdiri queue depan Department Of General Studies tu tapi ciput je vacancy yang ade...haish~ Memang tak arr belajar subject tu sem ni. So, total credit hours sem ni hanyalah 16.5 sahaja.
Malam pula sekarang ni adalah waktu yang paling tidak aku gemari. Aku bosan duduk duduk saja dalam bilik. Seyes ni...Aku dah terbiasa x lekat dalam bilik sejak kat CFS lagi. Hidup busy dengan society and assignments. Rindu pada meeting and library. InsyaAllah bila lecture sume dah start, akan terisilah masa itu dengan buku sebagai rakan karib. Society??? Ini K.I.V dulu. Tapi yang paling aku impikan bila masuk main camp ni adalah untuk aktifkan diri dengan hoki. Aku nak waktu petang kembali terisi dengan berada di padang, seperti zaman sekolah dulu. Well, aku taklah hebat sangat main hoki nih tapi aku dah jatuh cinta lagi2 bile dah abis sekolah menengah ni. Aku tau agak susah untuk terpilih tapi aku akan cuba polish balik skills yang dah lama berkarat tu. Stick hockey and turf shoes kena beli dulu baru boleh main. Kat sini x de padang hoki cuma turf je. Lagi best la. Hope aku dapat geng laa dalam team ni. And hopefully, I'll be one of the IIUM Mustang.
Aku ada juga berangan nak sambung career sebagai Pembimbing Rakan Sebaya atau dalam Inggeris disebut Peers di main camp ni. This first week tak nampak sangat peluang2 dalam society ni. Ye laa, students pun busy add and drop subjects.
Lepas Zohor tadi, aku dan kengkawan singgah di Dar al-Kutub, sebuah kedai buku. Waa, favourite place ni. Tapi bahaya juga kalau selalu masuk sini. Kena belajar mengawal nafsu. Beli ikut kemampuan dan keperluan. Tapi, aku beli juga satu buku yang agak menarik dan berguna bagi aku. Bijak Berbicara Mencuit Rasa oleh Badrul Sani. Since aku agak lemah dalam hal2 ni, aku decide untuk belajar seni berbicara ni dengan harapan dapat menjadi pembicara cemerlang.
Cerita aku tamat di sini. Ada masa akan aku khabarkan lagi untuk tatapan kalian. Wassalam.
No comments:
Post a Comment