Salam to all bloggers. Long time no see since I've been in International Islamic University Malaysia(IIUM), Gombak few days ago. Having enrolled in such a wonderful islamic university was really a gift to me..Thank to Allah SWT for giving me this opportunity to be one of the AIKOLians. The new intake students had to be orientated which normally be called 'Minggu Orientasi' in most university in Malaysia. Taaruf Week is one of the IIUM's uniqueness. As the Malay adage goes, tak kenal maka tak cinta but it was different~ tak kenal maka taaruf. Taaruf was originated from Arabians which meant introduction. So, the Taaruf week was held about 3 days only. Why?? Because those 3 days were very tiring and exhausting..ever. In addition, most of the female Aikolians were staying in Mahallah Nusaibah which located on the hill.
Nampak tak tangga maut atas bukit tuh?? Itulah laluan terdekat saya untuk sampai ke bilik di Blok G. Ganas bukan?? Tak mengapa, saya mau kembali ke zaman dolu2 waktu muda remaja di Sains Johor. Mahallah dengan Aikol x lah jauh sangat tapi menapak itu pasti kerana saya tiada basikal mahupun motorsikal. Untuk makluman, hanya 3rd and 4th year saja yang dibenarkan membawa kereta. Alasan kukuh?? Kerana tiada parking yang cukup untuk menampung staffs and students...no big deal! Sangat terkejut melihat Haida Ahad yang lalu kerana dia sudah kecil sedikit..agak nampak ye perbezaannya. Saya jeles dan saya juga mahu kelihatan begitu. Justeru, makin tinggi semangat saya untuk memulakan langkah hidup yang baru.
Actually, Ahad yang lalu Haida telah membawa kami [ aku, asmaa, afiqah, yan, hajar, fana dan ami] tour campus. First, naik bas sampai Mahallah ........[aku lupe] hahhaaa. Then, kami berjalan dan berjalan sehinggalah tiba di Mahallah Izyan, Fana dan Hajar. Seyes aku terkejut tengok bilik mereka. Luas dan menarik. Juga tidak berbukit, landai. Fine~ Berhentilah solat Asar di bilik mereka. Perjalanan diteruskan ke Mahallah Ami tetapi tak singgah pun kerana kesuntukan waktu. Ami pun tidak lagi menyertai konvoi kami.
Itulah mereka sedang menuju ke Mahallah terakhir untuk konvoi kali ini...Mahallah Nusaibah. Saya sedang snap pic sebanyak mungkin dari view yang menarik di mata saya..hehe. Lupa nak beritahu, waktu ini kami sudah tamat minggu Taaruf. Lega...memang lega tapi cuak dan x sabar tunggu hari isnin kerana mahu settlekan sume bende.
Ini view IIUM dari puncak mahallah ku. Agak cantik, so picturesque~
Pagi Ahad itu, kami semua menghadiri talk tentang entrepreneurship di Dewan CCAC. Dalam banyak2 talk itu, hanya satu saja yang berjaya menarik perhatian semua yang hadir. Talk berkenaan Halal Industry in Malaysia. Banyak yang kita tidak tahu tentang proses dan penyediaan makanan yang dijual dan dibeli. Kita sebeum ni hanya pandang remeh hal ini. Nah, sedarlah kita bahawa kita perlu meneliti dan memilih makanan yang halal lagi baik.
masih terlalu pagi....
suka ini...sangat indah di kala mentari belum munculkan diri..
rakan-rakan dan saya di sekitar dewan CCAC.
Nampaknya, setakat ini sajalah yang dapat saya ceritakan. Jangan risau atau runsing. Nanti saya update lagi kasi habis ini cerita. Sehingga ketemu lagi..daaa~
No comments:
Post a Comment