Salam to all readers and bloggers.
Entry kali ni agak singkat dan ringkas di abad ini..[ lagi nak hiperbola~]
Hari ni aku ke cc untuk tgk course schedule aku tuk 1st sem kat Gombak nnt.
Anyway, aku akan susun bnde alah ni setibanya aku di rumah nnt. Nak pening ke ape ke biar kat umah..senang..haha.
So, ni ble lah di katakan sbg 1st assignment aku ..x ley blaa daa:D
Kebelakangan ni, banyak peristiwa2 yang terjadi dalam hidup aku.
1. Lambaian Kaabah
Buat pengetahuan you all, thn ni muk su aku berpeluang menunaikan rukun Islam ke5 tu. Beliau telah selamat diterbangkan ke sana pada 23 Oktober yang lalu. Malangnya, aku tidak dapat melihatnya di Kelana Jaya sebelum berlepas. Adalah beberapa isu yang x sedap nak cite berlaku. Nway, aku dah maafkan mana2 pihak yang menyakitkan hati dan aku mohon maaf kepada sesiapa yg tersinggung.
Selain itu, Cik Amid dan Cik Hanim iaitu adik bongsu mak juga telah selamat sampai ke Madinah/Mekah pada 1 November. Mereka berlepas dari Tanah air pada lewat malam waktu Malaysia pada 30 Oktober. Aku dan keluarga berpeluang menyaksikan babak2 terakhir bersama mereka dan juga tetamu serta ahlli keluarga yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Semua yang hadir berkumpul di pekarangan rumah bakal haji dan bakal hajah seawal jam 10 pagi. Pada jam 11.30 pg, kami bergerak ke plaza tol Ayer Hitam, di mana bas yang disediakan untuk para tetamu Allah menunggu di sana. Hampir 30 minit nenunggu di situ menanti bas yang dimaksudkan dan ia berakhir pada jam 12.10 tgh hari. Perasaanku berbaur sedih, pilu, terharu dan juga gembira. Aku gembira kerana mereka akan menjadi tetamu Allah S.w.t manakala aku perlu menunggu beberapa tahun lagi jika masih bernyawa. Sedih melihat sepupuku yang masih kecil terpaksa ditinggalkan. Sayu hati ini apatah lagi aku ni agak murah dengan air mata. Ibadat tetap juga perlu dilaksanakan. Itu yang utama.
Actually, aku dah lupa arrr..ni laa sbbnya kalu on9 sekali sekala.. Sudah pasti setiap yang berlaku mahu aku coretkan di sini secepat yang mungkin tapi apakan daya.
2. Keputusan Piala Malaysia 2010, Kelantan muncul juara menewaskan N. Sembilan. Aku tgok live kat tv je... haha
3. Sekarang ni, Sukan Asia juga sudah membuka tirai..sure aku follow berita2 terkini and watch the games~>hockey and football.
Okey lah, ni saja nmpknya. ade hal yang nak diuruskan. 11 hb ni dtg blk ke cc untuk uruskan preregistration. Byk nak kena settle ni..payah sket sbb xde broadband..sabo je laaa~
No comments:
Post a Comment