Sabtu, 14 Nov 2009 aku bersama Ami dan Husna pergi beriadah di MPN pada pukul 7.30 pagi..awal tuh!!hehe, semangat punye pasal.Sampai je kat sane, aku sangat gembira melihat padang rumput yang menghijau dan masih berembun itu.Dan keinginan untuk memijak di atasnya sangatlah tidak dapat tidak aku tahan lagi.Memandangkan tiada teruna pada awal pagi begini, maka dapatlah kutunaikan hajatku itu.Bermula saat pertama setelah sekian lama meninggalkan padang rumput SMSJ yang hijau walaupun ada sebahagian yang tandus.Aku mula merasakan keseronokannya, membuatkan aku terimbau masa nan silam tatkala bersama teman-teman seperjuangan.Alangkah indahnya jika masa itu berulang kembali..mungkin..tidak.
Dua pusingan padang bola itu aku kelilingi dengan penuh semangat dan yakin tidak akan injured tanpa warm up.Alhamdulillah, tamat dua pusingan tanpa sebarang kecederaan yang serius cuma biasalah kalau kadar denyutan nadi itu agak laju.Waaa, agak lelah sedikit dan pancit lah.Mana tidaknya, lame sudah aku tidak exercise tau! Then, kami main badminton pula di kawasan lapang berhadapan bangunan MPN.First game was between Husna and me then we switched to Husna verses Ami.Sementara menunggu mereka menamatkan permainan, aku sempat buat fitness sket and lastly cooling down..(walaupun x warm up). So far so good, x de masalah bila balik dorm and gi library selepas mandi.Syukur lah kerana aku yakin aku masih ade harapan untuk bergelar Atlet..ceh, macam hebat sangat je gayanya tu..hehehe.
Haa..esok pon kami dah plan tuk ke sana lagi.Ya, aku akan jadikan ini aktiviti utama aku pada pagi Sabtu an Ahad jika tiada sebarang agenda.Hari esok pasti dan Insyaallah akan menjadi yang lebih baik daripada hari ini..amin.
No comments:
Post a Comment