Wednesday, September 29, 2010

Halal vs Haram





Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana sehingga saat ini kita masih lagi diberikan kesihatan yang baik dan mampu menunaikan ibadat kepada-Nya.

Kita perlukan makanan untuk menghilang rasa lapar dan membekalkan nutrient kepada tubuh badan untuk menjadi sihat. Sedarkah kita bahawa hati iaitu rohani kita juga perlukan makanan, bukan perut sahaja yang mahukan makanan. Maka, makanan untuk rohani ialah ilmu agama, tazkirah dan tarbiah diri. Bagi mendapatkam makanan rohani ini, kita perlulah rajin mengikuti majlis-majlis ilmu di samping memperbanyakkan amalan sunat dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Menjauhkan diri daripada maksiat dan kemungkaran juga penting bagi memastikan kita tidak lagi menambah dosa. Apalah gunanya sembahyang lima waktu penuh, ditambah dengan solat sunat dan sebagainya, boleh dikatakan ibadahnya itu pada tahap yang baik. Tetapi alangkah malangnya dia, apabila terlibat dalam mesyuarat tingkap atau persidangan kedai kopi yang tidak bertauliah. Ya, mengumpat. Mengumpat sesama Islam umpamanya memakan daging saudara sendiri. Maka, terhapuslah sudah segala amalan dan ibadat yang dilakukannya. Sia-sia belaka. Ramai yang akan kata begini, " ini bukan benda yang salah, tapi memang dah betul...kita bukan nak mengumpat." Perkara yang baik ataupun yang benar bila diperkatakan, itulah dinamakan mengumpat. Kalau salah dah dinamakan fitnah, betul tak? [ kalau salah tolong beritahu ye..]

Mentarbiah diri ertinya mendidik diri ke jalan Allah SWT demi mencapai redhaNya dan ketinggian taqwa dimataNya. BIla bercakap soal makanan, timbul pula isu HALAL HARAM. Untuk menentukam sama ada makanan itu halal atau haram, perlulah mengambil kira sumber makanan tersebut. Pertama, sumber kewangan bagi mendapatkan makanan. Kedua, dengan siapa kita berjual beli; maksudnya agama dan aurat si penjual jika wanita. Contohnya, si penjual tidak bertudung. Jika timbul rasa was-was, maka hukumnya syubhah. Hadith 6 ada menyatakan perihal menjauhi perkara-perkara syubhah. Kenapa penting sangat hal ini? Jawapannya mudah saja. Kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan mengalir dlam tubuh kita, walaupun kita tidak tahu dan tidak nampak. Sumber kewangan juga perlu bersih, bermakna setiap pekerjaan yang dilakukan perlulah jujur dan tidak melanggar hukum syara' walaupun pada hakikatnya kerja itu sudah baik. Tetapi jika terlibat dengan rasuah, pecah amanah , riba dan sebagainya, tidakkah itu menjadikan sumber kewangan itu haram? Yang haram tetap haram, begitu juga sebaliknya. Nak lagi contoh lain?? curi tulang ketika bekerja, punch card awal tapi masuk office 30 minit lewat ; pergi berakfast dulu katanya, makan makanan tanpa pengetahuan bos [bagi yang berkhidmat dalam sektor makanan dan penyediaan misalnya KFC] dan lain-lain. INGAT, jangan lah engkau menyamakan yang hak dengan yang batil.

Pendek kata, orang yang bertaqwa itu merupakan mereka yang senantiasa mengingati Allah SWT sama ada berdiri, duduk mahupun berbaring. Berdiri membawa maksud bekerja. Duduk bererti sedang berehat manakala berbaring bermakna kita sedang tidur. Ingat Allah SWT selalu atau dalam erti kata lain zikrullah. Sebagai Muslim, kita seharusnya fikir kita berasal dari zikir. Barulah apa yang difikirkan itu mendapat rahmat dan redha dari-Nya. Saya juga dalam usaha memperbaiki diri. Allah SWT tidak melihat hasil tetapi usaha yang berterusan. Moga kita sama-sama berada di landasan yang benar...amiin.



p/s: lelaki yang baik hanyalah untuk wanita yang baik. Itulah janji Allah SWT.

Tuesday, September 28, 2010

biar gambar berkata-kata

tenang hatiku pabila merenung indahnya ciptaan Tuhan...


anganku tinggi melangit...hingga langit ke-tujuh..


jangan bunuh si rama-rama...


I'm speechless somehow....looking at this pic~

spending time with someone we love is such an unforgettable memory...



ekspresi diriku~



Salam untuk semua...sy sgt gembira hari ini. First, dah habis exam + SELAMAT TINGGAL PJ....
WELCOME TO GOMBAK~> hope the exam will be okay n the CGPA will not disappoint me. Now, I don't want to talk about the exam anymore...it is simply because there is no UNDO or REWIND in real life. Life must be go on.

selingan kejap> aku kesian betol tengok Chinta[ drama TV3]...memang **** abang dia.. lelaki tak guna, sanggup jual adik sendiri dan yang TERBAAEEK kesalahannya itu ditutup dengan konon2nya solat penuh lima waktu...fuhhh~ tp realitinya macam binatang...sorry kat mane2 yang terasa tapi tu luahan hati aku.


okeh2..cukup2 lah tu eh. Sekarang ni aku pikir nak cari keje nak cari keje. Motif??? cari income laa apelagi..hengat aku ni xde tanggungan ke?? skrg ni tanggung diri sendiri laa...even aku bukan lelaki tapi skrg ni sume bnde kene pakai duit. Lagi2, nak menuntut ilmu ni...sgt2 perlu ye duit tuh...expenses nk masuk main campus sgt laaa membuatkan sy manyak runsing wooo~ saving x byk mne...lame2 habis la klu x di top up. Klu ade penaja boleh laa...Financial kena ade back up untuk future...ape2 jd nnt senang sket. Ika~>sila pasang niat yang betul ye bile nak kje:D....bukan ape, ni just nak ingatkan diri spye tak hilang fokus.


saya sangat suka fotografi...ade rezeki nnt nak beli DSL and capture pic yg artistik + dramatik..

pen-off


Saturday, September 25, 2010

Kes Pembunuhan Kejam Datuk Sosilawati



Salam sejahtera. Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kes pembunuhan yang disifatkan paling kejam selepas kes Altantuyaa Shaariibuu pada saat umat Muslim sibuk menyambut Syawal yang tiba.

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.

Laporan lanjut di sini..



p/s: Tiada komen selagi siasatan masih dijalankan. Esok bakal berlangsung perlawanan ibarat buku bertemu ruas antara Datuk Lee Chong Wei vs Linn Dan dalam Terbuka Badminton Super Series Jepun.

Dia Sahabatku


Salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah, aku masih berpeluang untuk mengetuk jari jemariku di papan keyboard ni. Untuk makluman, sekarang ni aku berada di rumah muk su. Konon tak nak tido umah dia tapi ...hehe, beselah bila dah sampai sini. Lagipun, tak de sape2 pun, cuma adik and puk su je sebab muk su baru je pegi kursus haji. So, aku boleh lah study dengan aman di sini, ASALKAN aku yang kuat semangat.

okeh, tadi tu cuma intro je walaupun xde kena mengena dengan entry aku kali ni.
Dia sahabatku. Iqmal Hakeem. Ini sedikit kisah tentang dia. 21 September yg lalu dia telah berangkat ke Poland atas urusan belajar. Dapat further study in medical degree kat sana. Tipu kalau aku kata aku x jealous...SANGAT. Aku tak pergi hantar di kat airport because I need to be prepared 4 final exam. Lagipun transport tak de. Kat dalam gambar tu, dia jejaka yang memakai suit blazer. Yang lain tu pelakon tempelan je..huhu, saya sekadar bergurau je ye di sini. Mereka yang lain merupakan sahabat saya juga yang kini sedang menuntut di JAD. Diorang sume budak pepandai. Segan ngan diorang. Aku ni sape la sangat, takdir aku berpijak di bumi UIA. Sudah tertulis di Luh Mahfudz. Maka, aku redha dan aku teruskan perjuangan hidup ini.

Hari ni masuk hari ke-4 dia kat sana...kalau tak silap kiralah. Kenapa aku tulis pasal dia dalam blog ni? Hrmm, sebab dia best friend aku dari Science Johore. Ade je budak2 lelaki lain yang aku kenal tapi tak rapat la. Kenal masa Form3 bila kami dalam kelas yang sama> kelas 3 Sukan. Memang banyak nostalgia kelas tu. Dan MEMANG AKU SANGAT RINDU SUME CLASSMATES aku. Rindu pada masa lalu yang banyak meninggalkan kesan dalam hidupku...[ceh, ayat dah berbunga dah..x ley blah..].

Nampaknya, masa begitu mencemburui aku. Aku tak tahu sama ada ini entry yang terakhir atau tidak sebelum aku meninggalkan lappy ini di rumah muk su esok; aku akan pulang ke PJ untuk menduduki exam. Hope aku fokus dan aman di sana tanpa lappy ini. Tak lame pon, Selasa next week confirm dah ade entry baru...tu mmg dah jadi tanggungjawab aku untuk wat report kat lappy ni...haha...wassalam, gtg.


Friday, September 24, 2010

Perubahan a.k.a Transisi


Salam buat semua...
kali ni aku nak kongsi + mengesyorkan kpd kamu semua untuk bace NOVEL ni...
yang kat atas tu..
aku rase sume orang dah tau sape penulis dan hasil2 karyanya tu..
antaranya aA+bB, 5Tahun 5Bulan, Ked's Story dan banyak lagi yg best2.
Aku dah pun baca novel ni dari kulit ke kulit beberapa hari sebelum kedatangan Syawal yg lalu.
Frankly speaking, ni novel Hlonate first yang aku baca. Dah ramai dah yang cakap novel2 dia ni superb walaupun stail dah gaya bahasa santai.
Aku tak beli pun novel tu, sepupu aku yang bagi pinjam sebab dia nak bace aku punya novel~> Lagenda Budak Setan...kira exchange jap arr.

Okeh, novel ni best sangat sebab berjaya buat aku berfikir secara matang dan terbuka.

"...It's a versus..."
"...changing for good ain't a crime.."

Minn Edina...Asyraff Omar a.k.a AO...
Sun, Fudge and Ked or Khalid Faizal....

Intro, perkembangan, konflik, klimaks dan juga ending yang sangat tersusun, memikat dan memukau.
Mesej yang ingin disampaikan besar maknanya dalam kehidupan kita sebagai hamba-Nya. Kita selalu terlupa, leka dan lalai...sehinggakan perkara kecil yg sudah terang ladi bersuluh hukumnya dosa sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat...dan kita bergerak mengikut sahaja haluan itu.
Kita selalu silap dalam berfikir dek kerana kurangnya ilmu juga kerana endah tak endah.
Apa kata dan pandangan majoriti LEBIH diambil kira berbanding dengan apa yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah. Persoalannya> Dengan siapa kita takut? Untuk apa kita hidup? dunia atau akhirat?

Ya, aku juga bukanlah insan yang BAIK. Definisi baik itu besar dan luas maknanya. Bukan sekadar baik pada rupa dan sikap sahaja. Bukan hanya on the surface. Tapi baik dari segala segi; aurat, pergaulan (muamalat), ibadat dan sebagainya.

......bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....

Nampaknya, itulah saja coretan saya buat kali ini. Naluri begitu kuat untuk berkongsi isu ini di laman yang tak seberapa ini. Harapan saya, semoga kita sama2 fikir2kan dan renung2kanlah...sebelum kita menutup mata masih ada kesempatan untuk kita menuju kejalanNYA.


Thursday, September 23, 2010

Muhasabah Diri...

Salam buat semua teman yg setia singgah di blog aku yg x seberapa ni...
Hari ni, aku x de exam tapi aku dah tengok Carry Marks untuk BLM subject...it's a law subject. Agak segan + malu SANGAAAAATTTTT!!!!!!! Memang x teruk gilerr tapi mane nak letak muke ni kalu x dpt high mark?? Org mesti bajet aku selalu dpt tinggi...Byk slack kat bab2 speaking ni laa...aku sedar itu menjadi kelemahan aku bile aku not well-prepared and not fully-committed to that task. Silap aku jugak> over confident x bertempat kot.

Semalam dah exam Law & Society..Camne?? ok ke KO?? Well, aku bole jawab TAPI part essay 10 markah pasal Cyber crime and its Law yg mmg byk hilang markah. Tu laa, sape suruh bace tapi x hafal?? buat hal lagi...sape suruh?? memang padan ngan muka aku...[ sigh ]. Aku dah membuat perkiraan. Untuk, Law & Society aku boleh dapat paling tinggi B+...BLM aku target paling rendah aku mesti dapatkn A-. GPL2?? Tu sudah pasti aku kene pulun habis2 so that at least boleh jejak A-. Okeh, kire punye kira...korang agak2 aku boleh ker capai sasaran aku tu?? 3.8??? X ley blahh punye target, x ikut kemampuan ker??? Hurmmm, so aku mungkin akan dapat 3.5+++ INSYAALLAH~

Sekarang, ape plan aku?? nak study smart tp x memakan diri sendiri...no no no!!! Firstly, aku kene sedarkan diri dan bangkit semula! Aku tau aku kene teruskan ape yg sudah aku mulakan. Allah SWT takkan turunkan ujian ni kalau aku x mampu untuk memikulnya. Memang itu yang sudah termaktub dalam kitab-Nya. Cuma caranya untuk aku bertindak dan melanglah yang perlu aku perbetulkan. Mungkin, inilah liku2 kehidupan yang terpaksa aku lalui untuk mencapai kejayaan. Mungkin ape yang aku impi dan ingini x kan aku dapat WALAUPUN sebenarnya itulah YANG TERBAIK buat diriku.

" Sesungguhnya, yang indah itu tidak semestinya baik buat kamu. Yang pahit tidah semestinya buruk buat kamu. Barangkali yang BURUK itulah yang BAIK buat
kamu"

" It doesn't matter how slow you go, as long as you never give up! "

So, REMEMBER that you STILL have time to change it IF YOU WANT IT to be changed.
It's all UP TO YOU.

Tuesday, September 21, 2010

Q> What do women really want?

This is very interesting. Ladies, please take time to ponder. Gentlemen, enjoy the story.

Young King Arthur was ambushed and imprisoned by the monarch of a neighbouring kingdom.. The monarch could have killed him but was moved by Arthur's youth and ideals. So, the monarch offered him his freedom, as long as he could answer a very difficult question. Arthur would have a year to figure out the answer and, if after a year, he still had no answer, he would be put to death. The question was: What do women really want?

Such a question would perplex even the most knowledgeable man, and to young Arthur, it seemed an impossible query. But, since it was better than death, he accepted the monarch's proposition to have an answer by year's end.

He returned to his kingdom and began to poll everyone: The princess, the priests, the wise men, and even the court jester. He spoke with everyone, but no one could give him a satisfactory answer. Many people advised him to consult the old witch, for only she would have the answer. But the price would be high as the witch was famous throughout the kingdom for the exorbitant prices she charged.

The last day of the year arrived and Arthur had no choice but to talk to the witch. She agreed to answer the question, but he would have to agree to her price first.

The old witch wanted to marry Sir Lancelot, the most noble of the Knights of the Round Table, and Arthur's closest friend! Young Arthur was horrified. She was hunch-backed and hideous, had only one tooth, smelled like sewage, made obscene noises, etc.

He had never encountered such a repugnant creature in all his life. He refused to force his friend to marry her and endure such a terrible burden.

But Lancelot, having learnt of the proposal, spoke with Arthur. He said nothing was too big of a sacrifice compared to Arthur's life and the reservation of the Round Table. Hence, a wedding was proclaimed and the witch answered Arthur's question, thus: 'What a woman really wants?'

She said, 'It is to be in charge of her own life.'

Everyone in the kingdom instantly knew that the witch had uttered a great truth and that Arthur's life would be spared.

And so it was.

The neighbouring monarch granted Arthur his freedom.

And Lancelot and the witch had a wonderful wedding.

The honeymoon hour approached and, Lancelot, steeling himself for a horrific experience, entered the bedroom.

But, what a sight awaited him.

The most beautiful woman he had ever seen lay before him on the bed.

The astounded Lancelot asked what had happened.

The beauty replied that since he had been so kind to her when she appeared as a witch, she would henceforth be her horrible and deformed self only half the time. And the beautiful maiden the other half.

'Which would you prefer?' She asked him.

'Beautiful during the day .... or at night?'

Lancelot pondered the predicament.

During the day he could have a beautiful woman to show off to his friends,

But at night, in the privacy of his castle, an old witch!

Or,

Would he prefer having a hideous witch during the day?

But by night a beautiful woman for him to enjoy wondrous, intimate moments with?

(If you are a man reading this...) What would your choice be?

(If you are a woman reading this) What would your man's choice be?

What Lancelot chose, is given below:

But... make your choice before you scroll down below... ok?


Noble Lancelot, knowing the answer the witch gave Arthur's question, said that he would allow her to make the choice herself.

Upon hearing this, she announced that she would be beautiful all the time.

Because, he had respected her enough to let her be in charge of her own life.

Now... what is the moral to this story?


The moral is...

1) There is witch in every woman no matter how beautiful she is.

2) If you don't let a woman have her own way, things are going to get ugly.


So, always remember:


It's either 'her way' or it's 'no way'.

[ I got this from my friend ]