Wednesday, September 29, 2010

Halal vs Haram





Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana sehingga saat ini kita masih lagi diberikan kesihatan yang baik dan mampu menunaikan ibadat kepada-Nya.

Kita perlukan makanan untuk menghilang rasa lapar dan membekalkan nutrient kepada tubuh badan untuk menjadi sihat. Sedarkah kita bahawa hati iaitu rohani kita juga perlukan makanan, bukan perut sahaja yang mahukan makanan. Maka, makanan untuk rohani ialah ilmu agama, tazkirah dan tarbiah diri. Bagi mendapatkam makanan rohani ini, kita perlulah rajin mengikuti majlis-majlis ilmu di samping memperbanyakkan amalan sunat dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Menjauhkan diri daripada maksiat dan kemungkaran juga penting bagi memastikan kita tidak lagi menambah dosa. Apalah gunanya sembahyang lima waktu penuh, ditambah dengan solat sunat dan sebagainya, boleh dikatakan ibadahnya itu pada tahap yang baik. Tetapi alangkah malangnya dia, apabila terlibat dalam mesyuarat tingkap atau persidangan kedai kopi yang tidak bertauliah. Ya, mengumpat. Mengumpat sesama Islam umpamanya memakan daging saudara sendiri. Maka, terhapuslah sudah segala amalan dan ibadat yang dilakukannya. Sia-sia belaka. Ramai yang akan kata begini, " ini bukan benda yang salah, tapi memang dah betul...kita bukan nak mengumpat." Perkara yang baik ataupun yang benar bila diperkatakan, itulah dinamakan mengumpat. Kalau salah dah dinamakan fitnah, betul tak? [ kalau salah tolong beritahu ye..]

Mentarbiah diri ertinya mendidik diri ke jalan Allah SWT demi mencapai redhaNya dan ketinggian taqwa dimataNya. BIla bercakap soal makanan, timbul pula isu HALAL HARAM. Untuk menentukam sama ada makanan itu halal atau haram, perlulah mengambil kira sumber makanan tersebut. Pertama, sumber kewangan bagi mendapatkan makanan. Kedua, dengan siapa kita berjual beli; maksudnya agama dan aurat si penjual jika wanita. Contohnya, si penjual tidak bertudung. Jika timbul rasa was-was, maka hukumnya syubhah. Hadith 6 ada menyatakan perihal menjauhi perkara-perkara syubhah. Kenapa penting sangat hal ini? Jawapannya mudah saja. Kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan mengalir dlam tubuh kita, walaupun kita tidak tahu dan tidak nampak. Sumber kewangan juga perlu bersih, bermakna setiap pekerjaan yang dilakukan perlulah jujur dan tidak melanggar hukum syara' walaupun pada hakikatnya kerja itu sudah baik. Tetapi jika terlibat dengan rasuah, pecah amanah , riba dan sebagainya, tidakkah itu menjadikan sumber kewangan itu haram? Yang haram tetap haram, begitu juga sebaliknya. Nak lagi contoh lain?? curi tulang ketika bekerja, punch card awal tapi masuk office 30 minit lewat ; pergi berakfast dulu katanya, makan makanan tanpa pengetahuan bos [bagi yang berkhidmat dalam sektor makanan dan penyediaan misalnya KFC] dan lain-lain. INGAT, jangan lah engkau menyamakan yang hak dengan yang batil.

Pendek kata, orang yang bertaqwa itu merupakan mereka yang senantiasa mengingati Allah SWT sama ada berdiri, duduk mahupun berbaring. Berdiri membawa maksud bekerja. Duduk bererti sedang berehat manakala berbaring bermakna kita sedang tidur. Ingat Allah SWT selalu atau dalam erti kata lain zikrullah. Sebagai Muslim, kita seharusnya fikir kita berasal dari zikir. Barulah apa yang difikirkan itu mendapat rahmat dan redha dari-Nya. Saya juga dalam usaha memperbaiki diri. Allah SWT tidak melihat hasil tetapi usaha yang berterusan. Moga kita sama-sama berada di landasan yang benar...amiin.



p/s: lelaki yang baik hanyalah untuk wanita yang baik. Itulah janji Allah SWT.

2 comments: