Friday, September 24, 2010

Perubahan a.k.a Transisi


Salam buat semua...
kali ni aku nak kongsi + mengesyorkan kpd kamu semua untuk bace NOVEL ni...
yang kat atas tu..
aku rase sume orang dah tau sape penulis dan hasil2 karyanya tu..
antaranya aA+bB, 5Tahun 5Bulan, Ked's Story dan banyak lagi yg best2.
Aku dah pun baca novel ni dari kulit ke kulit beberapa hari sebelum kedatangan Syawal yg lalu.
Frankly speaking, ni novel Hlonate first yang aku baca. Dah ramai dah yang cakap novel2 dia ni superb walaupun stail dah gaya bahasa santai.
Aku tak beli pun novel tu, sepupu aku yang bagi pinjam sebab dia nak bace aku punya novel~> Lagenda Budak Setan...kira exchange jap arr.

Okeh, novel ni best sangat sebab berjaya buat aku berfikir secara matang dan terbuka.

"...It's a versus..."
"...changing for good ain't a crime.."

Minn Edina...Asyraff Omar a.k.a AO...
Sun, Fudge and Ked or Khalid Faizal....

Intro, perkembangan, konflik, klimaks dan juga ending yang sangat tersusun, memikat dan memukau.
Mesej yang ingin disampaikan besar maknanya dalam kehidupan kita sebagai hamba-Nya. Kita selalu terlupa, leka dan lalai...sehinggakan perkara kecil yg sudah terang ladi bersuluh hukumnya dosa sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat...dan kita bergerak mengikut sahaja haluan itu.
Kita selalu silap dalam berfikir dek kerana kurangnya ilmu juga kerana endah tak endah.
Apa kata dan pandangan majoriti LEBIH diambil kira berbanding dengan apa yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah. Persoalannya> Dengan siapa kita takut? Untuk apa kita hidup? dunia atau akhirat?

Ya, aku juga bukanlah insan yang BAIK. Definisi baik itu besar dan luas maknanya. Bukan sekadar baik pada rupa dan sikap sahaja. Bukan hanya on the surface. Tapi baik dari segala segi; aurat, pergaulan (muamalat), ibadat dan sebagainya.

......bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....

Nampaknya, itulah saja coretan saya buat kali ini. Naluri begitu kuat untuk berkongsi isu ini di laman yang tak seberapa ini. Harapan saya, semoga kita sama2 fikir2kan dan renung2kanlah...sebelum kita menutup mata masih ada kesempatan untuk kita menuju kejalanNYA.


2 comments: