Alkisahnya bermula pada suatu petang yang redup nan permai. Hafizah, roommate a.k.a sahabat kamcengku mengajak aku juga Asmaa untuk berbuka puasa di KFC bersama tetamu undangan [poyo jep:D] Syazwan dan Aiman. Setelah rundingan dijalankan, maka bulat keputusan ahli2 persidangan untuk menyatakan persetujuan atas cadangan yang diutarakan.
Dari situla bermualanya perjalanan kami ke destinasi yang dituju pada jam lebih kurang 6.30 petang. Tika itu, cuma Syazwan saja teruna yang ada bersama kami memandangkan Si Aiman dara tu sedang menyiapkan dirinya...[x habis2...sorry Man:P]. Sebagai lelaki yang penuh dengan pekerti Melayu, Syazwan menawarkan diri untuk beratur membeli makanan.
Sedang kami menunggu di meja sambil berborak, tiba jua akhirnya anak teruna yang dinantikan..[ayat x ley blaa..haha]. Kala itu juga, sampai mesej Syazwan kpd Fiza yang berbunyi, "wey, korang nak tunggu sampai takbir raya ke baru nak bagi duit?? aku dah kering ni.." Tergelak aku dan Asmaa disitu..wahaha
Memang tepat pada masanya bila saja azan berkumandang, juadah sudah terhindang di atas meja. Berbukalah kami dengan gumbiranya kerana melayan keletah si Aiman, mendengar momentum gelak dari aku, Fiza dan Syazwan juga si kecil Asmaa. Rasanya, memang meja kami paling meriah ketika itu. Dari awal kemunculan Aiman sehinggalah kami selesai makan, tidak kering gusi kami dibuatnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum bertolak, kami menunggu dua teruna itu namun tidak juga muncul2. Dan akhirnya mesej sampai menyuruh kami tunggu di post guard..haish~
Sambil menyelam minum air, kata orang...apalagi, bergambar lah sementara tunggu makanan sampai..huhu~
Terbaik arr Aiman..pic ni memang khas untuk ko~haha
Pic ni lagi best...Si Asmaa tergelak dek kerana si Aiman do ngusik dia ni..hehe..
ehem2~no offence yea!
Hurmm, nampaknya di sini lah tamat kisah kita...Sesungguhnya, pilu hati ini bila mana mengenangkan bahawa inilah iftar kita berlima yang pertama dan harapnya bukanlah yang terakhir. InsyaAllah, semoga ketemu lagi di Kampus Gombak......ditujukan khas buat Hafizah, Syazwan dan Aiman.
weyh. jeles. bila masa nie?? x ajak pun.. huhu..
ReplyDeletehuhu..Alia, rsenye ko dah blk mse tu..hari khamis ( 2 Aug )..x pe laa ade rezeki thn depan kite buka sesame eh ngan sume Melex Pro team 09/10..hihi
ReplyDelete