Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Explorace Raya Kak Dell

         Alkisah di suatu petang, sahabat saya Kak Dell menghantar pesanan sms memberitahu dia dan mamanya kini berada di Parit Tamsir. Kak Dell bertanya arah seterusnya untuk sampai ke rumah saya.Okey saya pun reply. 

Tunggu punya tunggu, bayang Kak Dell tak muncul2. Ke mana pula perginya. andainya ku hilang biarlah laguku jadi temanmu...[ ringtone hp] Dipendekkan ceritanya, saya dapat panggilan daripada Kak Imah memberitahu ada kawan saya bernama Nurdilla sesat dan berada di rumahnya. Bila saya bagi hp kepada mak dan mak kenalkan dirinya...."ohh, Imah Roto. Ni Kak Nai ni. Kawan Ika memang ade nak datang. Dari Kluang tu.". [Dalam telefon] "Laa, ini sepupu akak," kata Kak Imah kepada Kak Dell di sana.

Maka, saya dan ayah pergi ke rumah Kak Imah @ Wok Mah Mak Andam untuk jemput Kak Dell. Saya pun masuklah beraya sekali ke rumah Wok Mah ni. Kalau tidak kerana sesatnya Kak Dell, memang tak beraya ke rumahnya. Benar, Allah menjadikan sesuatu perkara itu bersebab dan ada hikmahnya.

Saya naik kereta Kak Dell menuju ke rumah. Sempat saya bercerita dan tunjuk rumah-rumah atuk sedara yang ada kat kampung dan sepanjang perjalanan ke rumah.

 rojak mee, kek, pisang goreng dan kuih raya buat Kak Dell dan mamanya.


Seronok juga berborak dengan Kak Dell dan mamanya. Muka mama nya macam familiar je. Tu pasal la saya terasa macam dah kenal.

p/s: that's my bare face...ramai yang tanya mcm mana kulit saya bole jd glow and shining...EUMORA la beb, mana ada pakai produk lain..hihihi

Apapun, saya rasa gembira bila dikunjungi oleh sahabat2 baik sekolah rendah, menengah dan lain2. Seronok sebab merekalah teman bicara saya. Merekalah tempat berkongsi pengalaman dan pandangan. Saya baru perasan kawan2 saya datang dari pelbagai usia. Beruntung lah saya dapat kawan pangkat kakak, abang, uncles dan aunties. Yang muda dari saya pon ada.

Rezeki Kak Dell, dapat bawa pulang beberapa sisir pisang. Memang nampak Kak Dell berselera sungguh makan pisang goreng tu. Sampai saya pun terasa kenikmatannya. Lepas ni, boleh goreng kat rumah yer, Kak Dell.

Saya harap bila2 masa saya berada di rumah nanti sahabat2 sudi datang dan saya juga berhajat untuk bertandang ke rumah2 anda. Ayuh, kita eratkan silaturahim yang telah dibina ini :D

Saturday, September 25, 2010

Dia Sahabatku


Salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah, aku masih berpeluang untuk mengetuk jari jemariku di papan keyboard ni. Untuk makluman, sekarang ni aku berada di rumah muk su. Konon tak nak tido umah dia tapi ...hehe, beselah bila dah sampai sini. Lagipun, tak de sape2 pun, cuma adik and puk su je sebab muk su baru je pegi kursus haji. So, aku boleh lah study dengan aman di sini, ASALKAN aku yang kuat semangat.

okeh, tadi tu cuma intro je walaupun xde kena mengena dengan entry aku kali ni.
Dia sahabatku. Iqmal Hakeem. Ini sedikit kisah tentang dia. 21 September yg lalu dia telah berangkat ke Poland atas urusan belajar. Dapat further study in medical degree kat sana. Tipu kalau aku kata aku x jealous...SANGAT. Aku tak pergi hantar di kat airport because I need to be prepared 4 final exam. Lagipun transport tak de. Kat dalam gambar tu, dia jejaka yang memakai suit blazer. Yang lain tu pelakon tempelan je..huhu, saya sekadar bergurau je ye di sini. Mereka yang lain merupakan sahabat saya juga yang kini sedang menuntut di JAD. Diorang sume budak pepandai. Segan ngan diorang. Aku ni sape la sangat, takdir aku berpijak di bumi UIA. Sudah tertulis di Luh Mahfudz. Maka, aku redha dan aku teruskan perjuangan hidup ini.

Hari ni masuk hari ke-4 dia kat sana...kalau tak silap kiralah. Kenapa aku tulis pasal dia dalam blog ni? Hrmm, sebab dia best friend aku dari Science Johore. Ade je budak2 lelaki lain yang aku kenal tapi tak rapat la. Kenal masa Form3 bila kami dalam kelas yang sama> kelas 3 Sukan. Memang banyak nostalgia kelas tu. Dan MEMANG AKU SANGAT RINDU SUME CLASSMATES aku. Rindu pada masa lalu yang banyak meninggalkan kesan dalam hidupku...[ceh, ayat dah berbunga dah..x ley blah..].

Nampaknya, masa begitu mencemburui aku. Aku tak tahu sama ada ini entry yang terakhir atau tidak sebelum aku meninggalkan lappy ini di rumah muk su esok; aku akan pulang ke PJ untuk menduduki exam. Hope aku fokus dan aman di sana tanpa lappy ini. Tak lame pon, Selasa next week confirm dah ade entry baru...tu mmg dah jadi tanggungjawab aku untuk wat report kat lappy ni...haha...wassalam, gtg.