Wednesday, August 28, 2013

Explorace Raya Kak Dell

         Alkisah di suatu petang, sahabat saya Kak Dell menghantar pesanan sms memberitahu dia dan mamanya kini berada di Parit Tamsir. Kak Dell bertanya arah seterusnya untuk sampai ke rumah saya.Okey saya pun reply. 

Tunggu punya tunggu, bayang Kak Dell tak muncul2. Ke mana pula perginya. andainya ku hilang biarlah laguku jadi temanmu...[ ringtone hp] Dipendekkan ceritanya, saya dapat panggilan daripada Kak Imah memberitahu ada kawan saya bernama Nurdilla sesat dan berada di rumahnya. Bila saya bagi hp kepada mak dan mak kenalkan dirinya...."ohh, Imah Roto. Ni Kak Nai ni. Kawan Ika memang ade nak datang. Dari Kluang tu.". [Dalam telefon] "Laa, ini sepupu akak," kata Kak Imah kepada Kak Dell di sana.

Maka, saya dan ayah pergi ke rumah Kak Imah @ Wok Mah Mak Andam untuk jemput Kak Dell. Saya pun masuklah beraya sekali ke rumah Wok Mah ni. Kalau tidak kerana sesatnya Kak Dell, memang tak beraya ke rumahnya. Benar, Allah menjadikan sesuatu perkara itu bersebab dan ada hikmahnya.

Saya naik kereta Kak Dell menuju ke rumah. Sempat saya bercerita dan tunjuk rumah-rumah atuk sedara yang ada kat kampung dan sepanjang perjalanan ke rumah.

 rojak mee, kek, pisang goreng dan kuih raya buat Kak Dell dan mamanya.


Seronok juga berborak dengan Kak Dell dan mamanya. Muka mama nya macam familiar je. Tu pasal la saya terasa macam dah kenal.

p/s: that's my bare face...ramai yang tanya mcm mana kulit saya bole jd glow and shining...EUMORA la beb, mana ada pakai produk lain..hihihi

Apapun, saya rasa gembira bila dikunjungi oleh sahabat2 baik sekolah rendah, menengah dan lain2. Seronok sebab merekalah teman bicara saya. Merekalah tempat berkongsi pengalaman dan pandangan. Saya baru perasan kawan2 saya datang dari pelbagai usia. Beruntung lah saya dapat kawan pangkat kakak, abang, uncles dan aunties. Yang muda dari saya pon ada.

Rezeki Kak Dell, dapat bawa pulang beberapa sisir pisang. Memang nampak Kak Dell berselera sungguh makan pisang goreng tu. Sampai saya pun terasa kenikmatannya. Lepas ni, boleh goreng kat rumah yer, Kak Dell.

Saya harap bila2 masa saya berada di rumah nanti sahabat2 sudi datang dan saya juga berhajat untuk bertandang ke rumah2 anda. Ayuh, kita eratkan silaturahim yang telah dibina ini :D

No comments:

Post a Comment