Wednesday, August 21, 2013

Pemerhati vs Pengkaji vs Pengikut

Assalamualaikum sahabat2 yang saya kasihi sekalian.
Semoga anda semua sentiasa berada di bawah lindunganNya dan beroleh rahmatNya, aminn.

Saya tergerak hati untuk menulis topik ini memandangkan dunia hari ini sedang gempar dengan isu keganasan dan kekejaman yang berlaku di negara2 Islam seperti di Gaza, Palestin, Syria dan yang terkini di Mesir. Apa yang berlaku di Mesir kini benar2 membuka mata dunia dan anak2 muda yang prihatin.

Saya tidak begitu berani untuk berkata lebih tentang isu di Mesir dan lain2 kerana saya masih mencari dan tercari-cari kebenarannya. Dulu saya tidak berapa endah tentang isu ini mungkin kerana tahap kesedaran yang masih rendah. Kini, saya sedar siapa saya di bumi ciptaan Yang Khalik ini.

Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya mempunyai satu perasaan simpati, empati kasih sayang sesama saudara seagama di seantero dunia. Anggaplah mereka yang berada di Mesir, Syria dan sebagainya itu seperti ahli keluarga kita sendiri atas dasar satu agama yang sama iaitu Islam.

Menjadi pemerhati lebih kepada melihat dan ambil tahu sikit2 akan sesuatu hal. Pemerhati juga lebih suka membuat andaian dan penilaian sendiri tanpa melakukan sebarang tidakan mahupun mengeluarkan kenyataan. Ini mengikut definisi pemerhati dari kaca mata saya.

Pengkaji pula akan meneliti fakta-fakta daripada lebih satu sumber dan membuat penilaian. Jika dia hanya merujuk kepada satu sumber, belumlah layak digelar pengkaji. Itu hanyalah pengikut secara membabi buta. Pada hemat saya, kita perlu merujuk kepada banyak sumber daripada kedua-dua pihak, bukanlah merujuk kenyataan media semata-mata.

Pengikut yang saya maksudkan di sini ialah mereka yang dengar sedikit, terus percaya tanpa selidik dan turut serta dalam sesuatu misi. Pada saya, ini boleh dikategorikan sebagai taklid; istilah yang digunakan dalam ilmu fiqh dan usul fiqh.

Sedihnya saya kerana semakin dikaji semakin banyak rahsia2 dan kejutan yang telah saya temui. Benarlah bahawa kita berada di penghujung dunia di mana fitnah sang Dajjal semakin berleluasa. Tulisan ini sekadar memberi peringatan kepada diri saya sendiri dana sahabat2 yang saya kasihi.

Makin hari makin banyak pula isu tentang akidah yang mengejutkan warga Islam termasuklah gerakan wahabi dan Syiah di Malaysia yang dikatakan sedang berleluasa. Beberapa minggu yang lalu, kita dikejutkan dengan kes surau di sebuah resort yang dijadikan tempat ritual agama lain. Sememangnya hal ini tidak boleh dipandang enteng.

Tetapi haruslah diingatkan bahawa kita perlu menguasai dan memahami sepenuhnya tentang ilmu akidah, tauhid dan ibadah. Jika kita berpegang teguh dengan perkara2 asas dalam Islam seperti Rukun Islam, Rukun Iman, Sifat 20 Allah SWT, Sifat Mustahil Allah SWT, dan 4 Sifat terpuji Rasulullah SAW (Siddiq Amanah Tabligh Fatanah), insyaAllah kita tidak mudah terpengaruh dengan anasir2 jahat.


No comments:

Post a Comment