Ok sebenarnya saya sekadar nak sambung cerita raya saya. Pada hujung minggu kedua raya yang lalu, saya dan orang tua telah beraya ke rumah pak long di Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi dan dan Cik Nan (Adnan) di Taman Nusa Damai.
Walaupun kami bertiga berpuasa pada hari Sabtu itu, namun perjalanan ke Kota Tinggi tetap kami teruskan. Kami bertolak dari Rengit pada pukul 4 petang dengan membawa bekalan atau ole-ole kuih pau buatan mak. Saya memang the only one and available kitchen helper. Belum naik pangkat chef lagi [hehehe]
Sampai sahaja di rumah pak long kira-kira jam 6.30 petang dan kami disambut oleh pak long, mak long dan Cik Nan sekeluarga yang juga beraya ke sana petang itu. Berborak dan bersembang dari awal sampai hinggalah esok harinya. Maklumlah, ketika pak long dan anak-anaknya beraya ke rumah saya tempoh hari kami tak sempat berborak panjang.
Pada hari Ahad, kami sekeluarga beraya ke rumah anak2 pak long iaitu Abg Hisyam dan Abg Is dengan diketuai oleh pak long bersama anak bungsunya Abg Fairuz. Rumah mereka di Taman Saujana yang jauh tak jauh lah daripada Air Tawar 1. Inilah kali pertama kami beraya ke rumah mereka.
Kemudian perjalanan diteruskan ke Taman Nusa Damai, Pasir Gudang. Agak meriah juga beraya kali ni sebab dapat konvoi bersama pak long dan anak2nya. Maka, 4 buah kereta beraya ke rumah Cik Nan. Haa apalagi penuh laa rumah tu dengan kami ni semua. Paling tak larat rasanya melayan sepupu sendiri, anak2 Cik Nan yang masih kecik. 3 beradik yang suka bercerita dan yang paling kecik minta didukung dikelek...hahahah layan je la sebagaimana Rasulullah SAW melayan kanak-kanak.
Ni la kenangan raya bersama Pak long. Jarang2 dapat bergambar ramai macam ni. |
Pada minggu sebelumnya, kami sekeluarga beraya ke Kluang bersama Mak Ngah dan Cik Hamid. Beraya ke rumah kakak mak. |
No comments:
Post a Comment