Maaf kerana agak lama sepi selepas entri terakhir. Ya, saya sibuk menjadi anak perempuan tunggal keluarga. Terasa kesibukkannya melebihi tahun2 yang lalu. Mungkinkah saya sudah matang sedikit? Tiada jawapan yang pasti.
Rasanya keluarga saya sambut Aidilfitri lebih awal. Sesiapa yang follow saya di Facebook pasti tahu mengapa saya berkata demikian. Adat dan tradisi JAWA yang masih menebal dalam jiwa ibu sangatlah bermakna dan istimewa.
Bila tiba Syawal, saya hanya memandang sepi juadah di pagi raya baik di rumah mahupun di rumah atok sedara. Sepi kerana sudah agak puas menjamu hidangan sebelum muncul Syawal. Sepi juga kerana saya diserang mata ikan (di lidah) dan sakit gigi. Kuranglah selera. Apapun, masih digagahkan juga untuk bersembang dengan sanak saudara.
Meriahnya pagi satu Syawal itu tidak dapat saya ceritakan. Biarlah gambar2 ini berbicara dengan sendirinya.
Mak dan ayah saya |
kenduri tahlil di rumah Atuk sedara belah mak ...memang ramai |
emak bersama sepupu2nya |
marhaban dan selawat sket lepas habis tahlil...seronoknya :D |
kat anjung rumah pon ade lagi sedaranya |
sang penglipurlara a.k.a pelayar bahtera |
bersama sepupu2 belah mak. |
anak mak ngah dan anak Cik Hamid |
sesi makan2...ni kelompok keluarga arwah Hj. Ahmad Basri |
Dari kiri; Cik Hanim (isteri Cik Hamid), makngah dan mak...yang dok interframe tu cucu mak ngah. |
haa, ni dia atuk sedara saya..panggil Atuk Min..bekas guru agama yg dah pencen a.k.a cikgu mak dan mak ngah |
jalok ngapuro wak...hehe |
Mak ayah bersama Atuk Min dan Tok Usop |
dari kiri: Atok Kasbun, Cik Kassim anak Atuk Min dan ayah |
inilah kenangan raya pertama di rumah Cik Hamid. Kelaurga saya dan keluarga mak ngah |
sebelah petang beraya ke rumah Atuk Tini, adik beradik arwah Atuk Kemat @ Ahmad Hj Basri. |
Ayah kata nak cuci gambar ni bagi atuk Tini buat kenang-kenangan....landskap umah atuk ni mmg terbaik...green fingers and creative! |
Bersambung....
No comments:
Post a Comment