Saturday, July 31, 2010

Imam Muda sudah berakhir...

Salam sejahtera buat semua ..alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana kita masih diberikan masa, ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana in...[ayat nak power..x ley blaa]

Malam semalam aku berkesmpatan menyaksikan final Imam Muda, sebuah program yang dianjurkan oleh Astro Oasis 106. Kalau lah aku x balik ke rumah muk su ni, xde arr rezeki nak tengok..haha. Memang Allah dah gerakkan hati nak balik, maka di sini lah aku berada kini...untuk weekend ni saje. Actually, banyak jugak kerje aku yang pending kat kampus, tapi aku bawak gak balik cni dengan harapan nak settlekan. Tapi, as always x kan siap secara sempurna lah. Mesti ade yang tinggal 20 atau 10 percent lg...[well, aku mmg cam tu kot??]

So, nak cite kat sini sket je pasal Imam Muda tu. I know you all mesti dah tau kan sape juara nye..Walau bagaimanapun, I nak story gak sebagai modal entry kali ni.



Well, inilah Juara Imam Muda 2010~> Imam Muda Asyraf dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang. Berusia 26 tahun dan sudah berumah tangga[ penting untuk diketahui oleh semua wanita yer..]
Tempat kedua pula disandang oleh Imam Muda Hizbur dari Baling, Kedah. Beliau baru berusia 27 tahun, juga sudah berkahwin.


Pada pendapat aku secara peribadi, aku setuju dengan keputusan juri tu. Tapi secara profesional nya aku pilih Imam Muda Hizbur sebagai juara. KENAPA?? First, sebab dalam diri beliau aku nampak ketokohannya sebagai sebagai imam yang matang dan tenang. Tu pada pendapat aku laa..tapi kalau nak ikutkan memang Imam Muda Asyraf layak jadi juara seiring dengan konsep rancangan ini. Aku nampak beliau ni boleh masuk ke dalam setiap lapisan masyarakat dan mungkin itulah bonus bagi dirinya.

Walaupun episod Imam Muda sudah berakhir, namun tugas mereka sebenarnya baru sahaja bermula. Semua 10 orang Imam Muda mendapat tajaan belajar ke Madinah. Semoga mereka berjaya dalam pengajian dan dapat meneruskan usaha menjadi imam yang berwibawa untuk ummah ini..aminn..



Tuesday, July 27, 2010

Aku & Raudhatus Sakinah...

Salam sejahtera saya ucapkan buat semua yang masih setia mengunjungi teratak serba sederhana saya ini. Alhamdulillah, dalam kesibukan menjalani rutin harian yang semakin menghimpit dan menyesakkan ini aku masih berpeluang memenuhi tanggungjawabku kepada masyarakat. Untuk assignment kali ini, aku bersama kumpulanku ditugaskan untuk mendapatkan maklumat daripada NGO mengenai masalah sosial dalam kalangan masyarakat. Setelah perbincangan demi perbincangan dijalankan, Raudhatus Sakinah menjadi pilihan hati kami.


Di dalam bilik meeting...group kami bergabung dengan group Afifi.


Barisan pengurusan Raudhatus Sakinah Pusat. Ketiga dari kiri ialah Ibu Yusnani, Ketua pusat.


Dari kiri: Shafikah, Alia dan Balqis


Ibu nampaknya sedang khusyuk memberi penerangan kepada kami semua..

Begitu banyak yang kami peroleh melalui pertemuan ekslusif ini terutamanya kes-kes pelatih di Raudhatus Sakinah ini. Apa yang membezakan Raudhatus Sakinah dengan rumah perlindungan lain ialah makanan rohani yang disemai dalam jiwa para pelatih. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat rumah perlindungan lain seperti di Chow Kit Road[x pasti namanye] hanya membantu mereka melahirkan dan memberi perlindungan semasa pantang sahaja. Tetapi senario ini tidak sama sekali berlaku di Raudhats Sakinah. Rumah ini bukan sahaja memberi kaunseling dan perlindungan dalam tempoh pantang, malah menguruskan juga perihal keluarga angkat bagi anak yang dilahirkan itu. Objektif utama penyerahan bayi kepada keluarga angkat adalah untuk mengelakkan berlakunya konflik dalam jiwa pelatih dan keluarga pada masa akan datang. Mengenai makanan rohani, para pelatih dikejutkan dari tidur seawal 3 pagi untuk menunaikan Qiamullail setiap hari. Menurut Ibu, selepas beberapa bulan nampak perubahan pada air muka mereka dengan mendekatkan diri kepada-Nya...alhamdulillah.

Selepas zohor, kami bertolak ke rumah Raudhatus Sakinah yang terletak di Sungai Buloh pada jam 2.45 petang. Dengan menaiki Myvi, kami berenam akhirnya sampai di lokasi pada jam 3.15 petang.



Inilah Rumah Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah Cawangan Selangor.


Kami sedang menemu bual 2 orang pelatih di rumah ini..nak gali dan gali segalanya~
Actually, sesi interview ni dikendalikan oleh sisters demi memberi keselesaan kepada respondent.


Terbaik laa gambar ni~ dah macam wat dokumentari pulak..[berangan giler..]


Kali ni brothers nak join pulak...mgkn seronok tengok kami berborak kot...haha

Akhirnya, tibalah masa untuk kami mengundurkan diri memandangkan sudah hampir masuk waktu Asar. Kami juga perlu pulang awal untuk memberi peluang dan ruang kepada yang mengambil peperiksaan pada malam tersebut. Kami doakan agar mereka dapat menjawab dengan sebaiknya..amin.


Bergambar dengan warden2 Raudhatus Sakinah..


Ni lah dua kumpulan yang bersatu dalam menjayakan assignment ini..Thanks a lot to Afifi for being a good driver[ even get a summon for parking..]

Kisah kami tamat di sini tapi tak bermakna perkenalan antara kami hari ini akan hilang begitu sahaja. Harapnya kami dapat bekerjasama lagi untuk masa akan datang..mungkin dalam bidang kerjaya pula, siapa tahu??

~AL-KISAH TAMAT~

Friday, July 23, 2010

Siapakah Di Hatimu??



Salam to all bloggers

Buat kali pertama dalam sejarah..aku ingin berkongsi tentang ciri2 lelaki idaman hati..[wah, ade class gitu~]
Korang sume mesti nak sangat tau kan sape bakal2/ calon dan sewaktu dengannya lah..Okay, first of all orangnye mestilah ade sense of humour. That's mean dia boleh wat aku gelak dan senyum je. Kalau aku ade masalah, dialah orang pertama yang menceriakan hari aku...Why it is so?? Sebab aku suka ketawa laa..I am happy when I get laughing..haha. As the saying goes, laughter is the best medicine.
Secondly, aku nak lelaki yang bertanggungjawab. Konteks bertanggungjawab ni luas- dari segi agama, keluarga dan dirinya sendiri. Ini adalah antara aspek penting yang aku cari dalam diri seorang lelaki. KENAPA?? Sebab hari memang susah nak dapat lelaki yang bertanggungjawab ni. Kebanyakannnya suka lepas tangan lagi2 bila dah kahwin nanti. Kononnya, jaga anak dan perihal rumahtangga ialah tanggungjawab isteri sahaja. Walhal, itukan tanggungjawab bersama suami dan isteri...Wahai lelaki, sedarlah bahawa Rasulullah SWT sendiri membantu isteri melakukan kerja2 rumah spt memasak dan mencuci pakaian.

Aku ni seorang yang suka meluahkan dan berkongsi. Aku perlu teman untuk berbicara dan aku sangat mengharapkan teman hidupku bisa menjadi teman bicara yang paling best. Bukankah perkahwinan itu satu ikatan yang menyatukan dua jiwa?? Ya, perlu ada chemistry dalam perhubungan yang suci itu. Aku menjangkakan yang aku akan jadi career woman in the future and lots of committment. So, he should understand me and always be my side especially when I have hard times.



Actually itulah ciri2 dalaman yang aku impikan dan angankan bila bercakap tentang isu ni. Aku suka berkawan dengan sume orang, tak kira lelaki mahupun perempuan asalkan aku x rasa diri aku alien bile berborak ke...haha
Selalunya, kalau bercakap atau berbual pada kali pertama aku rasa sangat senang ngan dia, maknanya serssi lah tu. Dalam erti kata lain, mudah mesra. Kadang2 bila kita berkenalan dengan orang baru, kita akan rasa agak kekok, cam cover2 je, maintain ayu ker or whatever lah~ yang penting sume tu fake, bukan diri kita yang sebenar. Ala2 berlakon gitu~

Kalau dari segi fizikal pulak, aku rasa benda ni sangat subjektif lagi2 bila menyentuh bab2 kecantikan atau paras rupa. Pepatah Inggeris ada mengatakan bahawa, beauty lies in the eyes of the beholder. Never mind, aku nak jugak share sikit kat korang. Mungkin tipu lah kalau aku x nak husband yang handsome, kacak dan sebagainya tu...kalaulah dapat tu memang bonus lah! Not to be too specific, I think it's enough if he is good looking. Orang kata, kalau hitam pun, hitam manis kan...cute ker..yang penting sejuk mata memandang dan dapat aku lupakan kekusutan dalam kepala ni...[agak mengarut yer aku ni..:D]

Ape lagi ye?? Haa..ni satu rahsia tp bakal terbongkar..wakaka~ Aku suka rang yang berbadan tough..means yang si dia ni x nmpk lembik or x semangat jep even bile berjalan. Yang tu memang diambil kira sebabnya, it indicates your level of self-confidence and self-esteem.
But it's just my opinion about personality. Remember that first impression plays an important part in observing a person.



Ahaha~ pe laa nak jadi ngan aku ni..x pasal2 terkeluar story2 like this yang besenye jd rahsia peribadi..mungkin nak hilangkan stress kot bcoz almost whole weekdays aku bekerja dan study.
Bekerja di sini bukan bermaksud aku kerje kat kedai potostat or else tapi bekerja atas urusan club or society kat campus ni. Sedap giler kalau badan ni ada orang nak urutkan. Nak gi spa jauh sangat....sabar je laa~


Gambar ni sebagai hiasan sahaja..






Sekian..



Sunday, July 18, 2010

Weekend at kampung...

Salam to all bloggers...just now I've had an event that is Appreciation Dinner for Staff and Student Committee Taaruf Week 10/11. As you know, I had spent my weekend at my hometown in Rengit, Batu Pahat. I had invited Husna to my house~going back with me..hehe

Actually, last Friday Farahin, Husna and I went to my previous secondary school which was located in Kluang, Johor...I think I had already inform this in the previous post..I was so excited when I stepped into the school because I still remembered what I've done in this school for 5 years...my whole teenage life was spent here...I love and miss my Hockey team....Mostly, I spent my time on the field playing hockey every single evening with the team...There were so much precious moment that I got from my involvement in this kind of sport. I learnt how to be physically and mentally strong. I built my self-confident and self-esteem here. The coaches were very hardworking and committed to their work and gave full support to us in every tournaments....argh!!!! I am craving to play hockey right now...but...no more chance in CFS IIUM. What can I do?? wait till I get in to the main campus..I already have the intention to resume playing hockey for the campus and I hope I will be one of the players..InsyaAllah...


This picture was taken during the Hoki SBP Kebangsaan 07 in which the girls won the third place while the boys won the second place..it was totally an unforgettable moment in my life~

On Saturday evening, my family, Husna and I went to Pontian to take a look. We departed from Rengit at about 4 pm and arrived at about 5.15 pm. So, what we did there?? I had a daydream when I stood in front of the sea..just like in a drama shooting..[x habis2 berangan!]




Then, we had dinner there..a nice time with a cold sea breeze....a relaxed moment which made me forgot about my study and assignment...wakaka~

I think that's all for today...got something to do...
pen-off



Wednesday, July 14, 2010

JEjaK kASiH...


Salam to all bloggers...
Hari ni x banyak yg aku nak cerita..
just nak bgtau yang ak bru je chat ngan kakak angkat aku since Form 1 dulu..
lame tu terlost contact...ble dah dpt no aku 3 years ago[ i think laa..] , aku pulak change number coz number tu ade problem sket..

Naseb baik aku dah add die dlm fb..tu pun jenuh jugak cari..at last aku dah bg number bru aku kat die...jarak umo kitorg ni 5 thn laa kot..sbb mse aku Form1 dia dah Form5..
SMSJ menemukan kami..lupe nk bgtau..nama die kak Raja Farah

Comel x akak ni?? dah keje tau skrg..kat Jalan Tun Razak, Ampang. Kalau ade jodoh, insyaAllah kitorg akan berjumpe..cepat atau lmbt di tangan Tuhan..
Begitu cepat dan pantas mase berlalu....

Luahan hati...
rasanya baru semalam aku menjejakkan kaki ke SM Sains Johor....
Tapi kini aku di sini, CFS IIUM, PJ Campus..
usia beranjak tahun demi tahun..
hidup ku kini sudah lebih satu dekad malah hampir menjejak dua dekad...
Hidup yg sebenar baru shje bermula...
pengalaman demi pengalaman yg aku lalui mematangkan diri ini..
yang pergi tetap pergi..
yang hidup perlu terus berjuang..
demi agama, bangsa dan negara..

[tetibe aku bersajak plak kat cni.]

Anyway, aku nk gerak ke Johor jap agi...
nak balik kampung...maklumlah, cuti x lame rumah x dekat..
peluang yg ade jgn disia-siakan..
betol x??
haha~


Saturday, July 10, 2010

Cerita Hujung Minggu...

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia salam muhibbah...
Alhamdulillah, hari ni aku masih lagi diberi ruang untuk terus bernafas, masih ada lagi kudratku untuk meneruskan ibadat kepada-Nya...syukur aku masih di sini. Program hujung minggu aku kali ini ialah GOTONG-ROYONG MASJID bersama ahli2 FRC. Seperti biasa, aku, Asmaa dan Wani pasti akan menghadiri program amal jariah seperti ini [ bukan nak kata rajin sangat tapi Allah SWT sudah menggerakkan hati untuk turut serta...] Maka, berkumpul lah kami semua termasuk brothers di dalam masjid apabila semua yang terlibat sudah hadir. Kemudian, brother Syafiq selaku President FRC memberikan taklimat ringkas berkenaan tugas2 yang perlu kami lunaskan pada episod kali ini. Tugas diberikan mengikut kumpulan2 kecil. Tapi sebelum mula bekerja, kami dihidangkan dengan sarapan paigi nasi lemak bersama air teh..alhamdulilllah.

8.45 pagi, kami mula menjalankan tugas2 mengemas termasuklah mengelap tingkap, menbersihkan kipas dan memvakum. Aku mengambil tugas yang tidak semua orang mampu lakukan [poyo sket..] iaitu memvakum.Walaupun agak penat tapi ada juga faedahnya kerana aku dapat menguatkan otot di bahagian lengan dan kakiku...exercise ler katekan..

Bila dah habis kerja, aku pun terasa bosan yang amat sangat. Terlitas di fikiran untuk menangkap gambar sebanyak dan secantik yang mungkin. Aku memang suka sangat tangkap gambar dan aku menanam impian untuk memilik kamera seperti seorang jurufoto profesional. Tinggi betul impian aku, tak tau laa dapat capai ke tidak.

Sebenarnya, aku tidak berhasrat untuk berceloteh lebih panjang kerana faktor2 kekangan masa dan wireless connection yang menyesakkan. Setakat ini sajalah yang dapat aku coretkan untuk hari ini dan buat tatapan anda semua aku titipkan beberapa bauh gambar yang diambil sepanjang program itu dijalankan...saksikanlah~


Ni nak berlari ker nak buat keje?? action je laa...[tandanya dah bosan ler tu]

Ni macam nak terbang tinggi je?? nak ke mana kak??


boleh tahan jugak gambar yg Wani tangkap ni...angle yg menarik~


macam biasa ler..aku dan Asmaa memang pantang jumpe camera..haha


ish3, rajinnya president kita ni..haha, jgn ckp ngan dia tau...ni gmbr curi terbaekk dari paparazi..wakaka~


hai, sibuk betul nmpknya si Wani ni..cam dah jadi rumah die pulak..ngat nak raya kot~


memang rajin betul lah anak dara tiga orang ni..jam besar ni pun jadi berkilat..haha

x ley blaa budak dua org ni..pantang aku amek gmbr..


mencuci kipas..ni lah dia hasilnya..walaupun yg buat keje bape org je tp sume nak amek name[termasuk aku]..lalala~


gmbr ni aku yg tangkap..angle ni bru first time aku try..not bad laa



buat kenangan hingga ke usia tua...selamanya


Antara barisan FRC yang hadir menjayakan program ini..syabas diucapkan!!!


iNi KiSaH KitA



Sabtu, 10 Julai 2010
12.30 tengah hari[ waktu Malaysia ]

What's up men?? Ok? All right~
Seperti biaselah....kalau aku gi kuar, mesti lah dengan dayang2 aq yang setia tu kan? sape lagi kalau x si Asmaa & Husna tu..Well well well....harap korg x busan lah tgk muke kirg ni kat dlm blog aq ni..nak wat camne an~ balik-balik muke aku, Asmaa n Husna..layan je lah :D
Gambar kat atas tu aku & Husna..hope bole cam muke dia ni sampai bila2 sebab kebarangkalian untuk muke ni muncul lagi addalah sangat tinggi ye..hehe. Kalau korg nak tau, komuter ni ke Seremban tapi kene pulak tukar komuter kat Bangi..ehmm, pe cer??? korang jawab lah sendiri yer, sume dah besar pandai2lah korg pikir..haha

One more pic ni aku & Asmaa...si kecik ni mmg x tinggal kalau aku gi meronda dan marathon shopping..haha, mmg terbaekk arr~



Nampak x aku pegang buku ape tu?? TENTANG CINTA...sounds interesting right?? kalau korg x tau lah, aku dah promote abis arr buku ni dlm previous entry...so, rajin2 ler menjenguk yer..Yang penting muke aku mmg terpancar sinar kegembiraan disebabkan dah lama x 'merendek'..wakaka [x ley blaa~]

Stesen terakhir
Seremban Seremban Seremban..

Yeay!!! dah sampai pun, dah zohor sekali..mmg package, lalala~
Atas sebab2 tertentu kitorg teruskan perjalanan ke...Terminal One melalui laluan pejalan kaki yang dah mmg tersedia kat situ. Destinasi pertama kitorg ialah kedai optik- Husna nak beli contact lens [sian beno kat dia sbb spek hilg ntah kat mne mse kitorg gi mkn kat cafe smlm...sigh]. Then, kitorg gerak ke KFC, aku nak makan..dah lapo gilerr dari pagi x jamah ape pun..starving!!! Asmaa try menu baru-KFC Pocketful ......[ntah ape nama penuh nye aq dah lpe]. Aku makan Zinger Combo je sbb cam bosan jep mkn ayam hmpir setiap ari kat kmpus ni.

Sesi jamu selera dah habis..so, balik kepada tujuan utama kitorg ke sini. Si Asmaa ni nak belikan adik die jam tangan baru di samping berhasrat nak beli kasut baru. Aku listkan dlm budget ade arr beberapa items[plural yer~] antaranya kasut, inner baju, brooch and slacks...wah, banyaknya!!! cam mampu jep:)) Anyway, korg nak tau ape jadi mase kirg membeli belah tu?? Kedai kasut Girlfriend, Visino, Bata...ntah ape lagi sume kitorg masuk sebab nak survey in order to find the best shoes in the world!!! [mmg hiperbola] Last2, aku beli lah kasut yang memang aku dah target lame nih...walaupun mahal siket x pe laa...ape gune ade scholar dah masuk an??hehe
Sian giler kat Asmaa coz bile die dah suke kat satu kasut tu, x de saiz lah pulak. Try gak cari yg lain tp dah namenye mmg xde rejeki agaknyer..sigh~ Cerita bersambung lagi apabila kitorg masuk pulak ke kadai handbag. Nama pun perempuan..lagu mana lagi cek nak habaq kat hang?? Alamak, dah bekenan lah pulak aq kat satu beg ni...asyik dok belek2 pikir2 x abis2- nak beli ke x nak?? check duit dulu....cukup2, ade budget agi..pe nak jadi wey?? aku shopping x ikut budget list kot!!!

5.00 petang

Sedar x sedar, dah pukul 5 ptg..ohmigod! mmg x sedar, sumpah!! shopping nyer pasal. Nasib baik laa kitorg mase tu ABC, so no hal laa~ bergeraklah kami ke KTM dengan segera...lalu menuju ke pintu kuar dr mall..Malangnya, hujan lebat daaa.....mak ai! x kan nk redah kot? konfem basah kuyup kitorg. Apelagi, masuk balik cari jalan jejantas ke terminal station. On the way nk cari jalan tu, tiba2 ade sorg minah ni halang jalan aku. Dah le tinggi...sekali aku tengok muka die..nak tau sape?? MUNIFAH sahabat lama sudah tidak ketemu. Terkejut + tergamam + terkesima....wndu giler kot bile jumpe die sbb since the last time aku blk Shah Alam x penah agi jmpe die. Baru aq tau die dah pindah ke kampus UITM Kuala Pilah...jeng jeng jeng~unsangkarable

Sampai sudah ke KTM walaupun still hujan gerimis + renyai. Kitorg terus beli tiket and tunggu komuter sampai....Few minutes later, here we goes...going back....tiket ke KL Sentral. 6.15 ptg masih dlm komuter tapi xx hengat station mane time tu. Sampai KL Sentral dalam pukul 7 lebih arr..jalan2 terpandang cardigen lah pulak..ehmm, mata tu pantang nmpk je...pendekkan cerita beli jugak lah bende tu akhirnya..mnjadi hak milik kekal. Pegi le kitorg ke tempat bas dengan niat nak balik ke UIA dengan bas[ yakin gilerr..] Adoyaii..mane lak bas ni....mundar mandir kat situ...ade org tegur aku..sape??? SAHABUDDIN classmate a.k.a batchmate aku...wakaka~ x penah2 terserempah or jumpe after spm, jumpe plak time2 camni..anyway, aku gune laa kesempatan ni untuk tnye camne nk blk PJ...dia ngat aku nak balik Gombak, ngat aku dah abis foundation lah n terlupe yg bdak law kan dah pindah PJ. Dapat lah info yg bergune tp kitorgg decide nak naik teksi jep sbb nak selamat...x mau sesat2 agi sbb dah malam ni susah sket...kang x pasal2....

8.20 mlm

Tiba di kampus....fuhh~selamat jugak akhirnya!!!

ni mase dalam komuter nak balik ke KL Sentral. Dah banyak kali kot ade announcement yg menyatakan bhw koc tengah adalah untuk wanita sepanjang masa. TAPI, macam mana boleh ade yang sesat tu???



Dok berangan ape lah pulak budak bertuah ni....masing2 dgn agenda tersendiri.


Ni handbag Husna.

Ni handbag Asmaa.


Dan ini handbag aku..among these three, which one do you prefer??


And this is the precious thing that I had bought today...Visino shoes.


So, ni lah die barang 2 yg kitorg beli outing kali ni...milik kami bertiga...yg kotak biru and hijau tu contact lens and its solution. Jam tangan hitam tu hadiah Asmaa kpd adiknya.

Nampaknye, smpi kat sini je laa yg boleh aku cerita kat korg ye...even this is not important to others but it is one of the stories in my life...

THE END