Saturday, December 21, 2013

Kenangan di Kuala Medang


Assalamualaikum semua....semoga anda2 semua sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta.
Dalam catatan diari saya untuk semester ini, ada cerita saya bawakan untuk anda dari Kuala Medang.
Buat julung2 kalinya saya berpeluang menyertai program Baktisiswa anjuran Lawsoc, persatuan pelajar Undang2 UIAM. Saya dapat kenal senior2 di AIKOL yg juga turut sama dalam program ini. Saya bukan selalu menyertai program kelolaan Lawsoc apatah lagi menjadi committee..reason? hrmm, no sense of belonging i guess...huhu..



Suasana kampung sangat mendamaikan...lega dapat hirup udara segar pada pagi yang indah...saat itu juga saya teringat kampung sendiri..

sempat berposing sebelum bertolak ke kawasan gotong-royong...sempoi2 jer rupenye kakak aku nih..hihihi

Motif tunjuk tapak tangan? kalau ada bdak2 Experiment5 ni mst dah kene saiko...TAPAK...hahah

kami tanam pokok bunga untuk projek lebah....seronok juga dapat genggam tanah 

Dah habis, kita bergambar lagi...pakcik2 ni sume sangat peramah dan suka bergurau...teringat Pak Cu dan ayah angkat yg bersaudara.

Malam jamuan dan kebudayaan, saya berkesempatan berborak dgn kak Yani...siap add dalam FB you..hahaha jgn memain, canggih dah sekarang ni...dan kami masih berhubung smpai sekarang....anak dia mmg comel!

saya geram dgn kecomelan mata adik ni...bergambar sebab nak amek aura comel..boleh kan? hehe

Yang ni lagi best...nak pergi ke perkampungan melayu di persisiran sungai...ok naik bot mmg best!

Tadaa! udara memang cool giler...SubhanAllah Maha Suci Allah 

Rasa juga air yg sejuk ni...mmg x kan ku lupa pengalaman sebegini
JKKK kg bercerita ttg penghasilan emping cara radisional yg masih digunakan sampai hari ini..
Terasa cam jakun jugak lerr...apapun, bagus untuk generasi muda mcm kami yang tak pernah jumpa bnda2 ni...
adat melayu yg perlu di kekalkan..

Live show menganyam beg...ni lah IKS kampung Melayu Kuala Medang

Sebahagian produk IKS yang dijual...saya beli beg anyaman tu...buah salak dapat makan fresh petik dari pokok...oleh kerana syok sgt makan, saya lupa amek gambar di kebun buah salak tu..haha

Game show pulak...gasing yo! nmpk senang tapi tak mudah..hehe

Kami berhenti lunch di pusat IKS, dijamu makan MEE SIPUT...dan sempat jugak saya tgok akak ni masak kuah nyer..sonang sgt ni...ceh, tak baik riak tau :D

Terbaik lahhh dapat keluarga angkat cam ni...nak balik pun dibekalkan nasi ayam...padahal dah lunch kali kedua nasi ayam selepas hadam Mee Siput td...itulah rezeki namanya...syukur Alhamdulillah

Comel kan adik angkat saya...hrmmm tgok laa kakak2 angkatnya...mana tumpahnye kuah kalau tak ke nasi..betul? 

Inilah family angkat saya, dah makan sesama, rewang sesama dan bergurau senda terutama dgn ayah...lucu sungguh Pak Teh ni...askar pencen okay hahah..nak balik dah..sedih pulak...motif? sbb bila balik kita akan kembali ke dunia nyata...realiti kehidupan..

Monday, December 16, 2013

Rentas Potensi Diri Unggul

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah akhirnya diberi ruang dan kesempatan untuk update ttg aktiviti saya dalam dunia training & motivation.

23 November 2013
Akademi Latihan Insan, Kota Tinggi
Rentas Potensi Diri Unggul

Ini merupakan program pertama yang dikendalikan oleh ARSIF dibawah naugan Ahadan Coach. Program satu hari ini adalah program pertama yang khusus kepada penerokaan potensi diri peserta melalui kaedah Metafizik Sains Pernomboran. Alhamdulillah, percubaan pertama ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan ibu bapa. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Syaiful Khazimi daripada ARSIF.

Program ini bermula jam 9pagi dan tamat pada jam 5ptg. Selepas tamat saja program ini, para peserta dan ibu bapa memberikan feedback positif kepada kami dan bertanya tentang program lanjutan untuk masa akan datang. InsyaAllah, kami akan usahakan sebaiknya untuk memberi manfaat kepada masyarakat khususnya.

Antara perkara yang diperolehi sepanjang program sehari ini ialah :
  1. karekter diri
  2. kecenderungan dan potensi bidang kerjaya
  3. potensi kesihatan dalaman
Jika diperhalusi dengan lebih mendalam, ilmu metafizik pernomboran ini amatlah luas untuk diterokai dan diaplikasikan dalam setiap inci kehidupan. Bukan saja bidah kerjaya, malahan nama syarikat yang sesuai, rakan kongsi yang 'kena' untuk sesuatu bisnes dan strategi pemasaran. Dari aspek kehidupan pula, kita boleh melihat keserasian antara karekter termasuklah perihal jodoh. Sememangnya tiada satu pun perkara yang Allah SWT jadikan itu sia-sia. Apa yang terjadi pada kita dalam rutin harian sudah tertulis dan ditentukan olehNYA. Dengan ilmu ini, kita dapat melihat pattern rutin itu dan membuat penambahbaikan untuk berjaya dari semasa ke semasa, InsyaAllah.








 Sebarang pertanyaan tentang program ARSIF bolehlah hubungi Cik Shafikah [0192872079] atau Ustaz [0193947695].

Jamboree Unirama SKBU2 & Al-Hidayah


Tarikh  : 11-13 Oktober 2013
Tempat : Akademi Kemahiran Latihan Insan (AKLI), Kota Tinggi
Peserta : SK Bandar Uda 2 dan Sekolah Al-Hidayah

Assalamualaikum semua...sahabat2, rakan blogger dan juga teman2 yang selalu singgah ke laman ini. Alhamdulillah, kita sudah pun selesai menyambut Hari Raya Aidiladha 3 hari
> yang lalu. Bagaimana sambutan di tempat anda? Banyakkah sembelihan qurban?
Sebelum berhari raya, saya berpeluang mengikuti team AHADAN COACH 

Sudah puas adik2 ni bermain di jeram, masak maggi guna kayu api [ikhtiah hidup] dan sebagainya, tibalah masa untuk kita berpisah seketika. InsyaAllah jika diizinkan kita akan berprogram lagi tahun depan dengan aktivit2 yang lebih menarik dan semestinya MENCABAR FIZIKAL DAN MENTAL. Semoga bertemu kembali :D

Sunday, September 22, 2013

IMPIAN & CITA-CITA

Assalamualaikum semua dan selamat pagi. Alhamdulillah, kita masih dapat merasa nikmat udara pagi yang begitu menyegarkan.

Tetiba saja hati saya nak juga menulis di laman ini. Menulis tentang perancangan masa depan, rahsia hati dan isi hati.



IMPIAN

1) menubuhkan syarikat persendirian sebelum graduasi
2) sudah berpendapatan sendiri sejak sebelum graduasi dan semakin stabil upon graduation
3) Invest in real property bermula sekarang
4) nak kahwin awal/muda
5) motivational speaker/konsultan imej dan branding pada usia 26tahun, insyaAllah.
6) Memiliki trading company pada usia 27/28 >>registered one
7) mahir berenang, memanah dan berkuda
8) mencuba seberapa banyak sukan ekstrem >>mencabar diri fizikal dan mental
9) Mendaki gunung sebelum bergelar isteri
10) Menunaikan haji/umrah bersama suami
11) menunaikan haji kali kedua bersama mak dan ayah
12) membina keluarga sakinah berpandukan syariah
13) memiliki akademi pembangunan insan dan tarbiyah bervisikan penggunaan potensi diri secara maksimum
14) Memiliki empayar / legasi tersendiri
15) Sentiasa memberi penambahbaikan kepada insan2 disekeliling
16) melancong ke Istanbul, Paris dan Switzerland
17) bergelar Advocate & Solicitor dan bergerak secara freelance
18) memiliki 5-10 rumah sebagai aset dan passive income dlm tempoh 10 tahun
19) menjadi Ikon Muda inspirasi generasi perdana
20) menjadi seorang yang berpengaruh dan dihormati dalam masyarakat tempatan dan global.


Kini saya sudah punya 20 IMPIAN. Ini mungkin hanya sebahagian yang saya ingat. List ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Semoga Allah SWT membuka jalan kepada saya untuk mencapai segala yang saya hajati, biarpun saya melalui ujian, cabaran dan dugaan yang mempu menjadikan saya insan yang cemerlang dunia dan akhirat...aminnn

Saturday, September 21, 2013

Sekadar luahan hati

Malam minggu yg agak lain daripada sebelum-sebelumnya. Bermalam di rumah Kak Dell setelah bermalam di rumah SirN pada malam sebelumnya.

Mata dah mula separuh sepet. Mengantuk dan sedikit keletihan. Saya berpeluang belajar Self Defensive System (SDS) atas bimbingan SirN. Seronok sangat. Saya teruja kerana pertama kali belajar seni bela diri. Pernah juga berangan beradu tenaga. Yea, fighting macam dalam action movies.

InsyaAllah, niat dan usaha ini akan diteruskan. Paling utama adalah untuk keselamatan diri sendiri. Maklumlah, wanita berdikari macam saya sangat memerlukan SDS.

Sampai satu saat dalam perjalanan hidup ini, saya merasa satu perasaan yang sukar untuk diungkap.
Hidup sudah bermula, baru bermula dalam usaha membina karier. Di sini jugalah, tibanya masa untuk memberi komitmen.

Bila kita merasakan wujudnya sayang padanya, tapi ego menjadi penghalang. Prinsip yg dipegang 'bukan perigi mencari timba' dari sudut adat dan budaya. Dari satu sudut, malu untuk memulakan langkah kerana merasakan dia terlalu baik.

Dilema. Tidak mahu mengharap tetapi perlukan kepastian. Mengapa? Fitrah barangkali. Satu lagi sebab ialah jarak umur dan kematangan fikiran. Ya Allah, Kau berilah aku petunjuk. Andai dia jodohku, permudahkanlah urusan membina masjid ini. Jika tidak, kekalkan hubungan ini sebagai sahabat dan silaturahim yang dibina.

Kau jualah sebaik-baik perancang. Berilah aku kekuatan. Permudahkanlah aku untuk menuju ke jalanMu bersamanya, Ya Rabb. Hanya padaMu tempat aku bergabtung harap. bantulah aku, Ya Rahman Ya Rahim...aminn

Tuesday, September 17, 2013

Bila sudah mula pengajian...

Selamat malam dan salam sejahtera semua. Sejak masuk semula ke UIA ni, saya sudah mula tukar channel tv saya dlm bahasa inggeris. Maklumlah, international university, katanya.

Sebenarnya hari selasa dan khamis memang agak letih sikit sebab jadual yang padat bermula jam 8pg sampai 3.30ptg. Ada break pun sempat makan dan solat. Yag paling best, rasa sangat2 perlu meningkatkan stamina sebab saya akan berlari-lari ke kelas. Paling kurang pun saya berjalan laju. Tiada masa berlenggang kangkung yer..

Apa2 pun, saya ada kelapangan waktu yang sangat strategik pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kenapa strategik? Hari Isnin, kelas saya bermula jam 11-1 (lectures) dan 2-5ptg (tutorials). In case if I have any program or camps on Sunday, saya bole rehat secukupnya. Mana lah tau, kalau2 flight saya delay..boleh laa sampai UIA dgn selamatnya sebelum jam 11pagi dan terus masuk kelas. Awesome kan?? hehe

Hari Rabu cume ade 3 lectures iaitu pd jam 8-9pg, 11-12 dan 12-1thgr. Lepas pukul 1, most of lecturers will be involved in kulliyyah's meeting and consequently, there is no class at all. No lectures no tutorials. Agak2 serabut dan stress hari rabu ni, boleh laa pegi buat terapi kat TGV, GSC, MBO etc bg yg mmg kaki wayang mcm saya.

Saya ada satu kelas saya pada hari Jumaat pada jam 8-9pg. Lepas tu, nak ke mana2 pun boleh. Nak balik, nak pegi program, discussion, library etc silakan.

Hopefully, Saya akan lebih tabah dan cekal mengharungi semua ini. Inilah playground dan juga training ground bagi saya untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan mental, EIQ especially.

Sometimes, life could be boring and dull. You have to create story for your life. Add more colours to it and you will found that LIFE is WONDERFUL.

Thursday, September 12, 2013

Welcome Back to IIUM :D

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lalu saya telah selamat tiba di UIAM setelah puas bercuti hujung minggu di Pengkalan Balak, Melaka. Kalau tak kerana jemputan kahwin drpd Pak Long, mana mungkin saya sekeluarga dapat berkumpul dan bercuti. Macam family day :D

OK, sentap sekejap. Saya kini pelajar Tahun 3 Kulliyyah Undang-Undang. Another one and half year to
complete my study. Then, I'll be graduating insyaAllah.



This semester must be interesting and yet tiring. So, I have to make it fun to learn so that it won't harm me...such a harsh word i guess.

Looking at my schedule right now, I must be a little bit crazy because I took Professional Practice (PP) and English for Writing.

Basically, this two subject should not be taken simultaneously because it needs you to really really follow up and do the work consistently. It doesn't have seasons like the other subjects; Company law, land law, Trust, Usul fiqh and Public International Law. The 'seasons' are lectures, tests and assignments.



I am thinking of dropping either one and replacing it with an elective subject. After going through the schedule again, I have to rearrange it by changing the current section for PP of the same lecturer and add Banking & Negotiable Instrument.

I am dilemma because if I postpone to take the English subject, I still have to face it next semester whereby most of the final year subjects  deal with paper works and assignments.

Stick to the original plan will need my full awareness, alertness and commitment in accomplishing those tasks. Well, I know myself better since I recognise my character and potential. I can be what I want it to be. Talking about time, I prefer being busy rather than free because i work better under pressure.

My brain works like this; if I know i have lots of free time, I still delay my assignments and enjoy the free time first. If I know that I am busy and having limited time, I will use the 'limited time' to study and do work effectively.

After all, I am the one who decide what it has to be, meaning to say the outcome. Better still I guess that there is a reason why Allah SWT had planned it for me so. He is The Creator and knows everything that I didn't.

Hopefully, I will be graduating in one and half year's time soon....hoorayyy!
p/s: actually saya baru balik drpd meeting biro Sponsor utk Convest...hihihi


Wednesday, August 28, 2013

Explorace Raya Kak Dell

         Alkisah di suatu petang, sahabat saya Kak Dell menghantar pesanan sms memberitahu dia dan mamanya kini berada di Parit Tamsir. Kak Dell bertanya arah seterusnya untuk sampai ke rumah saya.Okey saya pun reply. 

Tunggu punya tunggu, bayang Kak Dell tak muncul2. Ke mana pula perginya. andainya ku hilang biarlah laguku jadi temanmu...[ ringtone hp] Dipendekkan ceritanya, saya dapat panggilan daripada Kak Imah memberitahu ada kawan saya bernama Nurdilla sesat dan berada di rumahnya. Bila saya bagi hp kepada mak dan mak kenalkan dirinya...."ohh, Imah Roto. Ni Kak Nai ni. Kawan Ika memang ade nak datang. Dari Kluang tu.". [Dalam telefon] "Laa, ini sepupu akak," kata Kak Imah kepada Kak Dell di sana.

Maka, saya dan ayah pergi ke rumah Kak Imah @ Wok Mah Mak Andam untuk jemput Kak Dell. Saya pun masuklah beraya sekali ke rumah Wok Mah ni. Kalau tidak kerana sesatnya Kak Dell, memang tak beraya ke rumahnya. Benar, Allah menjadikan sesuatu perkara itu bersebab dan ada hikmahnya.

Saya naik kereta Kak Dell menuju ke rumah. Sempat saya bercerita dan tunjuk rumah-rumah atuk sedara yang ada kat kampung dan sepanjang perjalanan ke rumah.

 rojak mee, kek, pisang goreng dan kuih raya buat Kak Dell dan mamanya.


Seronok juga berborak dengan Kak Dell dan mamanya. Muka mama nya macam familiar je. Tu pasal la saya terasa macam dah kenal.

p/s: that's my bare face...ramai yang tanya mcm mana kulit saya bole jd glow and shining...EUMORA la beb, mana ada pakai produk lain..hihihi

Apapun, saya rasa gembira bila dikunjungi oleh sahabat2 baik sekolah rendah, menengah dan lain2. Seronok sebab merekalah teman bicara saya. Merekalah tempat berkongsi pengalaman dan pandangan. Saya baru perasan kawan2 saya datang dari pelbagai usia. Beruntung lah saya dapat kawan pangkat kakak, abang, uncles dan aunties. Yang muda dari saya pon ada.

Rezeki Kak Dell, dapat bawa pulang beberapa sisir pisang. Memang nampak Kak Dell berselera sungguh makan pisang goreng tu. Sampai saya pun terasa kenikmatannya. Lepas ni, boleh goreng kat rumah yer, Kak Dell.

Saya harap bila2 masa saya berada di rumah nanti sahabat2 sudi datang dan saya juga berhajat untuk bertandang ke rumah2 anda. Ayuh, kita eratkan silaturahim yang telah dibina ini :D