Sunday, September 22, 2013

IMPIAN & CITA-CITA

Assalamualaikum semua dan selamat pagi. Alhamdulillah, kita masih dapat merasa nikmat udara pagi yang begitu menyegarkan.

Tetiba saja hati saya nak juga menulis di laman ini. Menulis tentang perancangan masa depan, rahsia hati dan isi hati.



IMPIAN

1) menubuhkan syarikat persendirian sebelum graduasi
2) sudah berpendapatan sendiri sejak sebelum graduasi dan semakin stabil upon graduation
3) Invest in real property bermula sekarang
4) nak kahwin awal/muda
5) motivational speaker/konsultan imej dan branding pada usia 26tahun, insyaAllah.
6) Memiliki trading company pada usia 27/28 >>registered one
7) mahir berenang, memanah dan berkuda
8) mencuba seberapa banyak sukan ekstrem >>mencabar diri fizikal dan mental
9) Mendaki gunung sebelum bergelar isteri
10) Menunaikan haji/umrah bersama suami
11) menunaikan haji kali kedua bersama mak dan ayah
12) membina keluarga sakinah berpandukan syariah
13) memiliki akademi pembangunan insan dan tarbiyah bervisikan penggunaan potensi diri secara maksimum
14) Memiliki empayar / legasi tersendiri
15) Sentiasa memberi penambahbaikan kepada insan2 disekeliling
16) melancong ke Istanbul, Paris dan Switzerland
17) bergelar Advocate & Solicitor dan bergerak secara freelance
18) memiliki 5-10 rumah sebagai aset dan passive income dlm tempoh 10 tahun
19) menjadi Ikon Muda inspirasi generasi perdana
20) menjadi seorang yang berpengaruh dan dihormati dalam masyarakat tempatan dan global.


Kini saya sudah punya 20 IMPIAN. Ini mungkin hanya sebahagian yang saya ingat. List ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Semoga Allah SWT membuka jalan kepada saya untuk mencapai segala yang saya hajati, biarpun saya melalui ujian, cabaran dan dugaan yang mempu menjadikan saya insan yang cemerlang dunia dan akhirat...aminnn

No comments:

Post a Comment