Malam minggu yg agak lain daripada sebelum-sebelumnya. Bermalam di rumah Kak Dell setelah bermalam di rumah SirN pada malam sebelumnya.
Mata dah mula separuh sepet. Mengantuk dan sedikit keletihan. Saya berpeluang belajar Self Defensive System (SDS) atas bimbingan SirN. Seronok sangat. Saya teruja kerana pertama kali belajar seni bela diri. Pernah juga berangan beradu tenaga. Yea, fighting macam dalam action movies.
InsyaAllah, niat dan usaha ini akan diteruskan. Paling utama adalah untuk keselamatan diri sendiri. Maklumlah, wanita berdikari macam saya sangat memerlukan SDS.
Sampai satu saat dalam perjalanan hidup ini, saya merasa satu perasaan yang sukar untuk diungkap.
Hidup sudah bermula, baru bermula dalam usaha membina karier. Di sini jugalah, tibanya masa untuk memberi komitmen.
Bila kita merasakan wujudnya sayang padanya, tapi ego menjadi penghalang. Prinsip yg dipegang 'bukan perigi mencari timba' dari sudut adat dan budaya. Dari satu sudut, malu untuk memulakan langkah kerana merasakan dia terlalu baik.
Dilema. Tidak mahu mengharap tetapi perlukan kepastian. Mengapa? Fitrah barangkali. Satu lagi sebab ialah jarak umur dan kematangan fikiran. Ya Allah, Kau berilah aku petunjuk. Andai dia jodohku, permudahkanlah urusan membina masjid ini. Jika tidak, kekalkan hubungan ini sebagai sahabat dan silaturahim yang dibina.
Kau jualah sebaik-baik perancang. Berilah aku kekuatan. Permudahkanlah aku untuk menuju ke jalanMu bersamanya, Ya Rabb. Hanya padaMu tempat aku bergabtung harap. bantulah aku, Ya Rahman Ya Rahim...aminn
No comments:
Post a Comment