Okeh, topik kali ni tentang Couple dan Jodoh.
Couple ni maknanya korang pun sedia maklumlah. Mempunyai ikatan hati dengan seseorang yang berlainan gender, rasa cinta yang wujud antara dua insan. In official, mereka adalah sepasang kekasih. Itu definisi versi Cik Shafikah.
Orang kalu dah bercinta mesti nak couple, betul tak?? Ada sesiapa yang nak menafikan statement ni?? silakan...
Dari zaman sekolah menengah sampai lah zaman universiti ni. Fenomena ni dah makin berleluasa dan menjadi sesuatu yang normal pula bagi sesetengah pihak, lebih tepat dikategorikan liberalism. Persoalannya, perlukan kita berpasang-pasangan dengan ikatan yang tidak sah dari segi agama ini? Mungkin ramai yang tidak setuju atau kurang senang dengan kenyataan ini namun lihat lah ia dari sudut pandangan yang rasional berpandukan syariah. Aku tak pasti kenapa orang boleh rasa dirinya tidak lengkap atau tidak sempurna kalau tiada pasangan. Zaman sekolah dulu, siapa yang ada couple tu dikira sebagai sangat famous a.k.a hot stuff. Ada yang nak ber'couple' ni sebab nak populariti saja. Ini mungkin era ketidakmatangan remaja zaman sekarang. Itu pandangan saya.
Baiklah, rasa mencintai dan ingin dicintai ini lumrah bagi setiap manusia tak kira lah lelaki ataupun perempuan. Tetapi syariat telah menggariskan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Maka, patuhilah arahan dari Allah SWT. Tak salah nak berkawan tapi jangan sampai melampaui batas. Dan sekarang, ada juga yang masih punya mentaliti yang kurang matang bila melanjutkan pengajian ke universiti. Ada yang pasang niat untuk cari pasangan atau jodoh. Bukankah sepatutnya niat itu terhala pada kejayaan dalam bidand akademik dan kurikulum di universiti? Sepatutnya begitulah, tetapi ramai anak muda hari ini lari dari fokus masing-masing. Mereka kata, "sambil menyelam minum air". Merata-rata saya dapat lihat majoriti punya pasangan kekasih. Hanya segelintir Hawa yang masih suci hatinya, yang mahu disentuh oleh seorang lelaki bernama SUAMI. Cuba kamu buat survey sendiri ke atas kawan-kawan anda. Mesti tak ramai yang single bukan? Kadang-kadang yang disangka single rupa-rupanya sudah berpunya.
Pandangan saya tentang isu ini:
1) SINGLE IS SIMPLE for now...
2) RELATIONSHIP IS NOT MY CHOICE UNLESS AND UNTIL I FOUND MR.RIGHT IN FRONT OF ME
3) BOYS ARE STUPID. MEN ARE NOT TO BE TRUSTED IN RELATIONSHIP..tapi yang ini bukan untuk semua lelaki. Masih ada yang boleh dipercayai tapi susah nak jumpa. LELAKI hanyalah KAWAN BAIK. Itu yang sesuai~
4) SUCH RELATIONSHIP DOES EXIST IN MARRIAGE
Pandangan anda pula bagaimana? Setuju atau Tidak?
Tinggalkan pandangan anda di ruangan komen.
No comments:
Post a Comment