Monday, January 31, 2011

Bengang laa...



Aku dah bengang...sejak tercetusnya isu tu, semua yang aku buat seolah-olah saya pada pandangan dia. Apa dia ingat dia tu THE BEST EXAMPLE EVER ke untuk dicontohi??? Come on laa, xkan semua benda kena ikut acuan yang lama, mentaliti yang lama??? Aku cuma mengutarakan pandangan, idea dan tafsiran minda orang muda. Aku percaya aku bukanlah lemah dari segi pertimbangan sehinggakan gagal menilai sesuatu yang baik dan buruk. Aku percaya aku punya perspektif pemikiran aku yang tersendiri. Let me develop myself!!! For me, it is okay to make mistake now than later...aku pegang pada satu prinsip bahawa pengalaman itu merupakan guru kehidupan yang terbaik.

Aku bukan nak kata pemikiran generasi seangkatan bapak aku tu salah untuk diguna pakai atau diaplikasikan sekarang NAMUN, zaman sudah berubah. Pemikiran , hala tuju dan tindak-tanduk perlulah seiring mengikut peredaran masa. Takkan orang dah guna bullet train kita masih guna kereta api arang kan? Itu analoginya. Aku akui juga ada benarnya 'mereka' lebih dulu makan garam. Memang tidak dinafikan. Tetapi apakah mereka mampu membayangkan atau meramalkan sesuatu yag bakal berlaku pada masa depan berdasarkan pengalaman zaman kegemilangan mereka?

Takkan pula aku hanya diam mendengar tidak menyagkal sesuatu yang pada hematku kurang tepat dan sesuai untuk generasi ku? Aku tak nak menjadi pak turut atau mentadak mentadu. Aku hormat pandangan dia dan dia juga harus hormat pandangan aku. Kata dah makan garam, tapi belum boleh tunjukkan cara menegur atau bagi ceramah dengan gaya yang lebih praktikal?? Aku masih boleh bertahan dan bersabar bila mana aku di smash mereka. Tapi JANGANLAH sampai aku fed-up dan jadi kurang ajar. Sape nak jadi macam tu kan? Ni kira bagus lagi aku membahaskan isu tu secara profesional dan rasional. Aku bercakap menggunakan kaca mata dari sudut pandangan aku. Setiap orang punya gaya pemikiran yang tersendiri baik yang bernas mahupun sekadar on the surface saja. Kalau salah cakaplah salah dengan cara yang betul. Ini tidak nak juga menangkan hujah-hujah lapok dia tu. Itu ego namanya. Kalau dia tu cuma sebaya seusia aku dan tiada pertalian darah memang dah lama aku bantai habis-habisan. Alhamdulillah, masih ada rasa hormat terhadapnya dan aku faham generasi berusia ni sensitif dan nak tak nak aku yang muda ni lah kena mengawal darah muda.


macam ni laa muka tak puas hati aku...memang berkerut masam tahap dewa laa ngadap lappy meluahkan rasa hati ni...

Itulah impak berkomunikasi. Kalau silap cara dan gayanya, boleh memakan diri sendiri. Kalau bijak boleh menjulang nama dan maruah diri. Apapun, memang betul kata cikgu BM; gaya bahasa, gaya tubuh dan sebagainya yang kurang tepat boleh menjadikan seseorang itu tersalah tafsir maksud sebenar mesej yang mahu disampaikan. Mungkin aku tersilap gaya bahasa bila berbicara. ~Muhasabah diri~

No comments:

Post a Comment