Thursday, December 30, 2010

Celik Mata~

Selamat pagi semua. Sejuk betul malam tadi...silap2!!! Setiap saat dan detik aku berada di bilik memang sejuk giler2~ Kekadang aku confuse aku tinggal kat ne..aku ni study kat Cameron Highlands ke atau overseas??? hahaha~ Overseas tu x ley blah...ko berangan je laa. Moga2 suatu hari nanti ko dapat melancong ke luar negara bila ko dah kerja yerrrr~ Aku rasa lepas ni aku kena pakai stoking la bila nak tido. Sejuk sampai ke tulang. Teringat pula mase aku Form 5. Join ekspedisi mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands di bawah kelolaan Kadet Remaja Sekolah. Mase mula mendaki tu hujan renyai-renyai. Waktu tu memang musim hujan pun kat Malaysia. TERBAIKK laa~ Hujan lebat ada, gerimis pun ada...kami dah redah tu semua. Memang sejuk sampai ke tulang arrr. Nasib baik aku tak kurus keding giler. Yang sedia ada pun dah cukup sejuk apatah lagi kalau keping.

Okeh, sekarang ni aku nak story kat korang apa dan siapa yang aku jumpe kat sini. Last week, aku ada pegi interview Kelab Gamelan. Tu laa, gatal tangan tanda kat kelab tu. Cari pasal je. So, mase time interview tu aku kena dengan sorang brader ni. Rambut agak curly, pakai spek, baju T-shirt hitam...[ agak meneliti pulak time tu..] Belom sempat agi nak duduk dia dah buat lawak kat aku..wahaha~pe cer? adakah muka aku nervous ketika itu?? tidak rasanya. Aku pun seperti biasa hanya tersenyum tapi agak terkedu seketika. Then, introduce yourself...blablablaa...Dia tengok form yang aku isi tu. Responnya, budak AIKOL memang sgt2 busy. He said like that because he's also an ALKOLIAN... huhuhu. Aku jawab sume soalan dia dengan tenang tapi ada sket arr loyar buruk kot. Seronok aku borak ngan dia. Nak gelak saje...

Cerita kedua; korang sume tau aku training hoki everyday skrg ni. Adalah satu petang ni, dah nak pukul 7 laa. Sorang abang ni datang kat kitorang [ bdak2 Nusaibah]. Dia nak train kitorang sbb ramai sgt bdak lelaki yang main game. Rendah je abang ni..opps~rendang laaa..hihihi. Kecik je tak gagah mane pun. Tapi yang tertarik tu bila dia ngajar kitorg. Bapak selamba+ lawak kot. Aku yang dr tadi x ketawa bole gelak2...hahaha I like~ Comel je buat gaya..hahaha
Senior? opkos arr. Final year?? I x sure tp dia keje part time ngan UIA ni. Dari loghat, cam utara kalu x silap arr. No matter what, tenang ye...ini hanyalah survey saja...haha

GTG, jumpe lagi....

Kekejangan???

Salam saya tujukan kepada semua yang singgah di laman ini.
Dah lama tidak mengemaskinikan blog ini akibat keletihan dan kekangan masa yang sangatlah menghimpit. Kini, saya sibuk menjalani latihan hoki sempena University Sports Carnival 2011. Setiap petang saya akan bergegas ke turf hoki di Female Sport Centre. Dekat saja dengan Mahallah Nusaibah. Coach, Kak Sara arahkan kami untuk lari atau jogging 5 pusingan padang hoki ini...mak aii, semput kot aku~. Tapi itu semuanya demi membina semula stamina kami selaku pemain. Maih lagi aku ingat dan takkan aku lupa setiap detik dan saat sewaktu training hoki di SMSJ dulu. Terima kasih kepada Cikgu Din kerana telah berjaya membentuk saya menjadi seorang pemain hoki yang masih boleh bermain walaupun agak lama tak turun padang. Alhamdulillah, basic skills masih ada dan experience sangat membantu.

Bercakap tentang stamina, hampir seminggu berjogging dan bermain, saya rasa kenikmatannya. Tapi yang tidak sedap didengar ialah saya mengalami kekejangan otot. Selalunya hal ini jarang terjadi sejak saya mula bermain hoki di sekolah, walaupun latihan intensif diberikan oleh jurulatih. Entah kenapa, terjadi pula di sini. Mungkin otot-otot saya terkejut dengan aksi empunya badan yang tiba0iba saja aktif macam dulu. Ya lah, sudah lama sangat berehat. Hampir 2 tahun. Mujur peluang beraksi semula itu muncul sebaik saja menjejakkan kaki di bumi UIA ini. Dan, saya difahamkan bahawa hanya 3 atau 4 buah universiti saja yang memiliki turf hoki ini termasuklah Universiti Sains Malaysia (USM), UTEM dan juga KUITTHO. Agak bertuah juga rasanya berjaya menempatkan diri di UIA ini. Pernah juga terlintas di benak saya perihal penerimaan kemasukan saya di universiti ini. Mungkinkah kerana dalam resume saya ada menyatakan pencapaian saya dalam sukan hoki....? Timbul persoalan ini kerana saya berpendapat bahawa pihak UIA mahu mencari pemain pelapis, tambahan pula UIA merupakan pilihan keempat saya. Hrmmmm, apa-apa pun saya percaya bahawa DIA telah mengaturkan yang terbaik buat saya. Saya juga sedar bahawa tiada jalan pintas untuk memperoleh kejayaan baik dalam apa-apa jua bidang sekali pun.

*Rasanya seluruh rakyat Malaysia telah menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF kelmarin. Memang gamat suasana tatkala menonton TV1 yang menyalurkan siaran langsung bersama teman-teman. Wanita memang sangat emosi bila sampai bab sorak dan sokong pasukan ni. Almaklum saja, nama pun wanita. Syabas buat Harimau Malaya kerana berjaya menjulang PIALA SUZUKI AFF setelah 14 tahun menunggu. Buat Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat~> anda memang hebat!!!

Hari dah jauh malam. Saya perlu tidur dan rehat yang cukup. Kalau saya dah mula menulis, alamatnya buku law tu saya campak tepi. Tidak elok bukan???
Pastinya anda tertanya-tanya, mengapa saya menulis agak formal kali ini...kerana saya mahu mempraktikkan BAHASA MELAYU...mahu jadi pelajar terbaik subjek BAHASA MELAYU KERJAYA...aminnn.

Salam sayang ditujukan kepada teman-teman SMSJ yang masih mengikuti perkembangan diri saya. Tidak lupa juga kepada yang baru berkenalan dengan empunya blog ini.

Sunday, December 26, 2010

Piala Suzuki AFF

Salam buat semua rakyat Malaysia.
Semalam kita telah menyaksikan kemenangan berharga yang dicipta oleh skuad bola sepak negara hasil didikan jurulatih negara, K. Rajagopal. Walaupun aku tidak ke Stadium Putra Bukit Jalil, tetapi menonton di Kafe Nusaibah saja sudah cukup untuk mencipta gegak gempita tatkala pasukan negara menyumbat gol yang pertama. Tidak kusangka, ramai juga yang meminati bola sepak pasukan negara...Alhamdulillah. Itulah semangat dan sokongan yang sepatutnya diberikan kepada para pemain, bukannya hanya mengkritik dan mencemuh seperti sebilangan kecil masyarakat. Kita patut berbangga kerana pasukan kita merupakan 100% anak jati Malaysia dan majoritinya ialah Melayu. Satu pencapaian yang harus diberikan pujian.

Sudah lama aku ingin mengulas lebih lanjut tentang mentaliti masyarakat Melayu kita. Sikap iri hati, dengki, tidak percaya pada diri dan sebagainya yang biasa kita ketahui. Rasanya sudah sampai waktu untuk kita berubah dan mencorak bangsa kita ke arah kecemerlangan, bukan setakat dalam bidang sukan tetapi dalam pelbagai aspek. Berfikiran positif dan optimistik dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Tidak seharusnya mudah mengalah dan punya semangat juang yang tinggi.

3 gol berbalas 0 menjadikan Malaysia juara Piala Suzuki AFF tahun ini. Hooray!!!!
Kita berjaya menewaskan pasukan yang menggunakan khidmat pemain import. Tiada yang mustahil dalam permainan. Yang penting, percaya pada diri dan semangat yang jitu dan kental. Syabas Malaysia!!! Syabas HARIMAU MUDA!!!

Friday, December 24, 2010

Boleh punye~

Salam buat semua yang mengenali diri ini.
Sabtu, public holiday sempena Hari Krismas. Pagi tadi dah jogging keliling tasik. Just nak kekalkan stamina. Bersama Asmaa dan Afiqah. Semangat saya pagi itu. Terasa nyaman dan segar menghirup oksigen tulen dari flora sekitar tasik. Mereka berdua teringin nak berkayak. Ada dua orang brothers sedang berkayak di tengah2 tasik. Lepas kami bergambar dan buat speeding, saya pun melaung ke arah tengah tasik bertanya kepada brothers itu. Perihal kayak.

Petang itu, kami ambil angin di sekitar tasik. Masih mahu berkayak. Cuaca agak suram tika itu. Tengah hari yang panas rupanya tidak sampai ke petang. Berjalan lagi dan akhirnya, peluang itu muncul. Dapatlah mereka berdua berkayak di tasik yang agak luas itu. Saya hanya melihat saja. Tiada ura-ura mahu turun sekali. Mungkin kerana tidak mahu basah dan letih. Sedang dalam penantian itu, rintik-rintik hujan mula membasahi bumi. Lalu, saya tumpang berteduh di pondok. Mereka masih mencuba untuk sampai ke tebing. Hujan makin ganas. Sesudah mereka naik dan berteduh di pondok, hujan makin lebat. Jarum jam hampir menunjukkan pukul 7 malam. Tidak sedar kami akan hal itu. Maka, diredah jugalah hujan yang masih turun itu dek kerana hari makin gelap.

Azan sedang berkumandang tatkala kami tiba di bilik masing-masing. Saya terus membersihkan diri. Khuatir dijangkiti demam. Kemudian, bersiap untuk menghadap Yang Maha Esa.

akan bersambung.....

Thursday, December 23, 2010

Second Week

Salam to all my friends a.k.a bloggers.
It's already the second week of the semester. And I am still adjusting myself to the different lectures styles. Now, I just want to tell you what happened to me few days ago.

Last Monday, I went to IIUM Health to have a check-up on my leg. Feeling pain when I have to walk from AIKOL to EDU. Just like participating in walkathon...haha. So, the doctor thought that I had inherited GOUT from my family members. I denied the statement. Then, I went through the x-ray. According to the x-ray film, the doctor said that it was not a serious one. It was just some temporary bones emerged in between the joint of my foot thumb [ibu jari kaki]. Sometimes there's pain sometimes not. It will recover depends on the body. So, the doc only gave me the painkiller.

Sebenarnya, kaki ni sudah diurut sehari sebelum ke klinik. Malangnya, bukan bertambah baik tetapi naik bengkak sikit dan makin sakit bila berjalan. Maka, aku pun sangatlah risau dan sedih. Kaki adalah sangat penting bagiku untuk meneruskan kehidupan dan impianku. Menitis air mata tatkala membayangkan betapa peritnya bila serba kekurangan. Aku punya impian yang perlukan kesihatan fizikal dan mental. Lalu, aku mohon kepadaNya agar permudahkan urusanku dan sembuhkan penyakitku ini seperti sediakala.

Selasa- Petang itu aku rasa bosan berada dalam bilik. Rasa nak berjoging tapi tiada teman. Ramai yang aku ajak tetapi masing-masing punya hal sendiri. Usai solat Asar, aku nekad pergi sendiri ke Female Sport Centre. Dalam hati aku berkata bahawa aku akan ikut sesiapa saja yang bejoging di sana nanti. Berjalan penuh selamba seorang diri ke sana menuruni tangga Batu Caves. Sampai di sana, nampak 2 orang sisters sedang warming up. Apalagi, join saja. Nak dijadikan cerita, bertaaruf lah kami ketika itu. Fifth year students taking Syariah law!!! Terkedu saya di situ. Alahai, terasa diri ini sangatlah kerdil. Jogging satu round tasik...fuhhh~ serius dah lama tak jogging macam ni. Yang penting kepuasaan.

Rabu- Hari ini saya cadang ingin berjoging lagi. Tiba-tiba, terima beberapa mesej. Salah satunya daripada IIUM HOCKEY TEAM. Sangat-sangat teruja. Akhirnya, saya dipanggil untuk kembali beraksi di padang. Semalam, dah kempunan tidak dapat menjejakkan kaki di turf. Maka, dengan senang hati saya turun padang. Tapi saya keseorangan. Bagaimana mahu ke sana tanpa teman? Lalu, saya nekadkan hati untuk tetap ke sana. Peduli apa dengan pandangan orang lain. Saya menutup aurat....cuma bawa kayu hoki saja. Sepanjang perjalanan itu, memang fokus pada apa yang saya inginkan. Alhamdulillah, saya diterima dengan baik oleh para pemain senior dan juga jurulatih.


Hoki SBP Kebangsaan 2007 di SBPI Kuantan. Pingat gangsa menjadi milik pasukan kami.

Di sini impian bermula
di sini tersemat satu tekad
Satu azam yang kembali membara
setelah sekian lama
terbiar layu
berdiri di sini
ke arah pucak kegemilangan
biar susah
biar payah
asal senang di hari muka.








Saturday, December 18, 2010

Outing

Salam to all bloggers..
Yesterday, I found myself in a very lively and cheerful day. Since the last holidays, it was my first outing with my best friend, Husna in Shah Alam.
That Friday, it was very exhausting and yet tiring. From Gombak straight to Petaling Jaya by commuter and bus. Why I came PJ after all this while? Actually, I wanted to take my transcript and MUET slip result. And then I met Hidayah Sazali, my lovely sister. Now, CFS students are busy for exams...mid semester examination. Just a short meeting. Tak puas rasanya nak cerita panjang lebar. Then, we had to go.

Okay, back to the point. Yesterday, we went to PKNS, Shah Alam. The main purpose was to buy and survey hockey stick and turf shoes. Well, women and shopping can't be separated. That's why men hate accompanying their girls out for shopping. And I found that they prefer loafing at mamak stall or restaurant, having a sip of coffee at least. Yeah, that's the different; the versus point between men and women.

From PKNS we went to SACC Mall just a stone threw away from the former. There, I stuck at the MPH bookstore. Well, I love books. Sometimes, it can be dangerous to me IF I have not enough money. I can spend one day in a bookshop without taking any meals.
After that, we went to Plaza Alam Sentral. Just take a look~

To make it short, I got what I want. I was really happy with this. Hope I will able to play again and find the happiness.

Thursday, December 16, 2010

Wajah baru...

Salam to all bloggers.
Ni layout baru untuk my lovely blog. Saja nak try layout lain.
So, aku kat Campus ni dah hampir seminggu. Bagaimana keadaan aku?? First2 kat sini rase PENAT sangat berjalan turun naik tangga turun naik bukit. Kaki ni WAJIB diurut yer hujung minggu ni. Wireless dah register tapi malang buat diriku kerana line x kuat di bilik aku. First time dpt online kat bilik tu pepagi buta pukul 7. Orang lain dok sedap tido aku ngadap laptop sambil bersiap utk berakfast. Dahsyat hidup aku kat sini. Memang berubah laa kalau dibandingkan duduk bercuti kat rumah. Jangan haraplah aku nak bangun lepas Subuh. Tapi sekarang lain. InsyaAllah aku akan menjadi orang baru setibanya aku di bumi UIA ini. Aku ingin menjadi lebih baik dan berusaha ke arah itu. Aku sedar bahawa segalanya akan bermula 'saat ini'. Means that apa yang aku amalkan dan lakukan dalam usia ini akan membentuk personaliti aku pada 10 tahun akan datang. Masih aku ingat kata-kata seorang motivator or senior yang beri ceramah motivasi masa Form5 dulu. " Di sinilah bermulanya titik tolak mencorakkan masa depan kita. Apa yang kita makan, pakai? kereta apa yang kita guna? Dengan siapa kita berurusan dan siapa pasangan kita..."

Kelas aku mostly pagi sampai tengah hari. Kalu ade petang pun tutorials. Masalah nak add subject UNGS 2030. Penat aku berdiri queue depan Department Of General Studies tu tapi ciput je vacancy yang ade...haish~ Memang tak arr belajar subject tu sem ni. So, total credit hours sem ni hanyalah 16.5 sahaja.

Malam pula sekarang ni adalah waktu yang paling tidak aku gemari. Aku bosan duduk duduk saja dalam bilik. Seyes ni...Aku dah terbiasa x lekat dalam bilik sejak kat CFS lagi. Hidup busy dengan society and assignments. Rindu pada meeting and library. InsyaAllah bila lecture sume dah start, akan terisilah masa itu dengan buku sebagai rakan karib. Society??? Ini K.I.V dulu. Tapi yang paling aku impikan bila masuk main camp ni adalah untuk aktifkan diri dengan hoki. Aku nak waktu petang kembali terisi dengan berada di padang, seperti zaman sekolah dulu. Well, aku taklah hebat sangat main hoki nih tapi aku dah jatuh cinta lagi2 bile dah abis sekolah menengah ni. Aku tau agak susah untuk terpilih tapi aku akan cuba polish balik skills yang dah lama berkarat tu. Stick hockey and turf shoes kena beli dulu baru boleh main. Kat sini x de padang hoki cuma turf je. Lagi best la. Hope aku dapat geng laa dalam team ni. And hopefully, I'll be one of the IIUM Mustang.

Aku ada juga berangan nak sambung career sebagai Pembimbing Rakan Sebaya atau dalam Inggeris disebut Peers di main camp ni. This first week tak nampak sangat peluang2 dalam society ni. Ye laa, students pun busy add and drop subjects.

Lepas Zohor tadi, aku dan kengkawan singgah di Dar al-Kutub, sebuah kedai buku. Waa, favourite place ni. Tapi bahaya juga kalau selalu masuk sini. Kena belajar mengawal nafsu. Beli ikut kemampuan dan keperluan. Tapi, aku beli juga satu buku yang agak menarik dan berguna bagi aku. Bijak Berbicara Mencuit Rasa oleh Badrul Sani. Since aku agak lemah dalam hal2 ni, aku decide untuk belajar seni berbicara ni dengan harapan dapat menjadi pembicara cemerlang.

Cerita aku tamat di sini. Ada masa akan aku khabarkan lagi untuk tatapan kalian. Wassalam.

Monday, December 13, 2010

The Garden of Knowledge & Virtue





Salam to all bloggers. Long time no see since I've been in International Islamic University Malaysia(IIUM), Gombak few days ago. Having enrolled in such a wonderful islamic university was really a gift to me..Thank to Allah SWT for giving me this opportunity to be one of the AIKOLians. The new intake students had to be orientated which normally be called 'Minggu Orientasi' in most university in Malaysia. Taaruf Week is one of the IIUM's uniqueness. As the Malay adage goes, tak kenal maka tak cinta but it was different~ tak kenal maka taaruf. Taaruf was originated from Arabians which meant introduction. So, the Taaruf week was held about 3 days only. Why?? Because those 3 days were very tiring and exhausting..ever. In addition, most of the female Aikolians were staying in Mahallah Nusaibah which located on the hill.





Nampak tak tangga maut atas bukit tuh?? Itulah laluan terdekat saya untuk sampai ke bilik di Blok G. Ganas bukan?? Tak mengapa, saya mau kembali ke zaman dolu2 waktu muda remaja di Sains Johor. Mahallah dengan Aikol x lah jauh sangat tapi menapak itu pasti kerana saya tiada basikal mahupun motorsikal. Untuk makluman, hanya 3rd and 4th year saja yang dibenarkan membawa kereta. Alasan kukuh?? Kerana tiada parking yang cukup untuk menampung staffs and students...no big deal! Sangat terkejut melihat Haida Ahad yang lalu kerana dia sudah kecil sedikit..agak nampak ye perbezaannya. Saya jeles dan saya juga mahu kelihatan begitu. Justeru, makin tinggi semangat saya untuk memulakan langkah hidup yang baru.

Actually, Ahad yang lalu Haida telah membawa kami [ aku, asmaa, afiqah, yan, hajar, fana dan ami] tour campus. First, naik bas sampai Mahallah ........[aku lupe] hahhaaa. Then, kami berjalan dan berjalan sehinggalah tiba di Mahallah Izyan, Fana dan Hajar. Seyes aku terkejut tengok bilik mereka. Luas dan menarik. Juga tidak berbukit, landai. Fine~ Berhentilah solat Asar di bilik mereka. Perjalanan diteruskan ke Mahallah Ami tetapi tak singgah pun kerana kesuntukan waktu. Ami pun tidak lagi menyertai konvoi kami.


Align Center
Itulah mereka sedang menuju ke Mahallah terakhir untuk konvoi kali ini...Mahallah Nusaibah. Saya sedang snap pic sebanyak mungkin dari view yang menarik di mata saya..hehe. Lupa nak beritahu, waktu ini kami sudah tamat minggu Taaruf. Lega...memang lega tapi cuak dan x sabar tunggu hari isnin kerana mahu settlekan sume bende.



Ini view IIUM dari puncak mahallah ku. Agak cantik, so picturesque~

Pagi Ahad itu, kami semua menghadiri talk tentang entrepreneurship di Dewan CCAC. Dalam banyak2 talk itu, hanya satu saja yang berjaya menarik perhatian semua yang hadir. Talk berkenaan Halal Industry in Malaysia. Banyak yang kita tidak tahu tentang proses dan penyediaan makanan yang dijual dan dibeli. Kita sebeum ni hanya pandang remeh hal ini. Nah, sedarlah kita bahawa kita perlu meneliti dan memilih makanan yang halal lagi baik.




masih terlalu pagi....





suka ini...sangat indah di kala mentari belum munculkan diri..



rakan-rakan dan saya di sekitar dewan CCAC.

Nampaknya, setakat ini sajalah yang dapat saya ceritakan. Jangan risau atau runsing. Nanti saya update lagi kasi habis ini cerita. Sehingga ketemu lagi..daaa~



Monday, December 6, 2010

The Journey Begins

Salam to all beloved friends and bloggers. Today is my last day at home. About few hours later, I'll be in Shah Alam, Selangor. Kali ni, ade dua mission ke KL. First of all, menyambut kepulangan muk su dari Mekah menunaikan haji. Muksu dijangka tiba seawal jam 8 malam ini. Kira-kira, kami[ keluarga mak ngah dan aku] akan tiba sana paling lewat pun petang ni, InsyaAllah.
Secondly, aku akan daftar ke Kampus Gombak pada 8hb iaitu esok. Siapa yang akan menemani saya?? Yang pasti Yan...kebarangkalian mak ngah juga. Tak perlu bersedih..la tahzan. Ini satu jihad juga. Ya Allah, Engkau berkatilah perjalananku menuju kejayaan. Permudahkanlah setiap urusanku menuntut ilmu-Mu dan jauhkanlah aku dari perkara maksiat dan kemungkaran...aminn.

Gtg, wassalam

nhs-itu-nama-ku: Salam Maal Hijrah

nhs-itu-nama-ku: Salam Maal Hijrah: "AMALAN DI BULAN MUHARRAM Baca doa akhir tahun – Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang ..."

Thursday, December 2, 2010

eye-catching

Salam to all...
1st Disember 2010
Hutan Bandar, Johor
Nabila, adik, Abg Zali and Mok de
isi masa terluang sebelum jam 5.00 petang
dari Hospital Sultanah Aminah
melawat ayah...
suddenly, Mok de got a call from ayah informing that the operation was postponed...
next week~ 8th Dis 10...
What? poor me... enrolling to the university independently
on the same day...sob3
no big deal...for the sake of ayah's health
agak cuak untuk ke Gombak..
ptptn pulak buat hal..ntah laa
status 'belum lengkap' tapi nak lengkapkan x bole
nak batalkan buat semula guna no.pin baru..
pun x bole...haishh~ banyak fening lah..runsing..
pape un kena lah struggle and survive 1st sem nih...
try to achieve the best pointer and apply sponsorship or scholar..
if anyone read this and know how to help...
please help me~