salam..rindu rasanya nak menulis kala malam bulam mengambang ini.Tatkala pungguk juga mungkinsedang rindukan bulan barangkali..apasal laa jiwang pulak malam2 buta ni..Angau ke?? Ops..tidak sama sekali ya para sidang hadirin yang saya hormati..Kali ni saya rasa nak kongsi sedikit tentang musim baru drama Awan Dania yang kini sudah masuk minggu ke-5 klu x silap lah.
Actually, aku memang minat drama ni kerana faktor pelakon2nya dan juge jalan cerita yang dipamerkan.Tidak kurang juga dengan karektor setiap watak dalam drama ini, lebih-lebih lagi si Dania.Pada musim ini, Dania sudah mula menjalankan tugasnya sebagai FA di Firefly,sebuah syarikat penerbangan yang sedang meningkat naik sejak-dua menjak ini.Watak Dania sememangnya cukup menggelikan hati para penonton kerana perangainya yang gila2 and otak tak center tu..huhu.Sudah tentu ramai yang tertarik pada drama Awan Dania siri 2 ini kerana ingin tahu sama ada berjayakah si dia memiliki sekeping hati Dania??sama-samalah kita saksikan..
haa..ni lah die teraju utama Awan Dania,siapa lagi kalau x Scha Alyahyah..
Apabila anda menonton drama ini, pernahkah anda terfikir untuk terbang atau dalam erti kata yang lain menjadi ia satu kerjaya seperti Dania?? mungkin ta dan mungkin tidak..Setiap insan memiliki impiannya yang tersendiri.Memang seronok bila memikirkan kita berada di angkasa dan travel ke mana-mana saja, baik dalam dan luar negara.Pasti sesuatu yang menghiburkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemar melancong atau mengembara.
Kadang kala, tidak semestinya kerjaya yang kita miliki ini merupakan sesuatu yang telah menjadi angan2 kita sejak kecil.Namun, kita seharusnya sedar bahawa Allah S.W.T telah merencanakan sesuatu yang terbaik buat kita di dunia ini.Walaupun terpaksa menmpuh pelbagai onak dan duri, saya yakin dan pasti bahawa ada hikmah di sebaliknya..Dalam surah Al-Baqarah sendiri telah dinyatakan, sesungguhnya Allah S.W.T tidak membebankan umatnya dengan sesuatu yang di luar kemampuannya.Maka, harus kita sedar Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui..Janganlah kita mudah berputus asa dengan hidup ini tidak kira dalam situasi apa-apa sekalipun..
Apa yang penting, kita mestilah sentiasa ingat pada-Nya dalam usaha untuk mencari redha-Nya.Inilah sahaja sedikit sebanyak kata2 yang dapat saya berikan untuk kita sama2 renung2kan dan muhasabah diri..insya-Allah.
salam
pen-off..

No comments:
Post a Comment