Salam sejahtera buat semua teman2 yang masih belum tidur.Hari ni dah massuk hari ke-2 aku bercuti.Namun aku masih belum pulang ke kampung lagi.Kenapa?sebabbya aku rasa rumah merupakan destinasi yang paling membosankan ketika bercuti.Memang benar aku dapat merehatkan minda dan menonton televisyen tetapi itu semua sudah tidak menjadi tumpuan utama buat aku( walaupun aku layan gak tv mase cuti).Pada aku, masa cuti lah aku perlu menambahkan ilmu di dada biarpun ilmu itu bukanlah sesuatu yang perlu ada dalam diri seorang pelajar undang-undang.Pengetahuan tentang isu semasa meliputi dunia politik,profesional mahupun hiburan sebenarnya menjadikan aku lebih merasai realiti kehidupan yang penuh dengan onak dan duri.
Jika kita selami kehidupan dalam dunia politik,kita akan melihat sesuatu perkara itu dari sudut politik sehinggakan sesuatu yang remeh itu pun menjadi isu.Dunia politik sememangnya merupakan dunia yang penuh dengan kontroversi dan sensasi yang melibatkan golongan berpendidikan tinggi.Ramai juga yang melabelkan dunia ini sebagai 'kotor'.Mana tidaknya,dalam sesuatu institusi pekerjaan pasti akan berlaku ikatan kroni,di mana seseorang itu membawa masuk kenakan mahupun kerabatnya ke dalam institusi tersebut dengan menggunakan kuasa yang ada padanya.Apatah lagi dengan gejala rasuah yang sememangnya wujud dalam dunia panas ini,menjadikan tanggapan masyarakat lebih buruk terhadap ahli2 politik tempatan.
Dari aspek dunia hiburan pula,kita dapat lihat bahawa dunia ini penuh dengan glamour dan tidak kurang juga dengan gosip2 panas para artis.Kini, dunia hiburan menerima ancaman paling teruk daripada lanun cetak rompak.Siapa kata dunia hiburan itu indah memang salah sama sekali.Tidak semua anak seni menerima nasib yang baik seperti Siti Nurhaliza mahupun Michelle Yeoh.Ada diantara mereka yang terpaksa berhenti separuh jalan kerana 'buatan orang' misalnya.Ada juga yang jatuh tersungkur akibat kontroversi yang melanda diri.Semuanya bergantung kepada rezeki masing2.
Cuba kita renung2kan..Sejauh mana akrabnya hubungan kita dengan Allah S.W.T( bg Muslim), sejauh manakah hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita, dan sejauh manakah hubungan kita dengan sesama manusia.Marilah kita bermuhasabah diri buat seketika.Hal ini sememangnya mempunyai kaitan yang amat rapat.Kita sedia maklum bahawa dunia ini ibarat sebuah roda.Mungkin hari ini kita di atas tapi tidak hari esok.Oleh itu,janganlah kita mudah lupa pada asal usul diri sendiri apabila sudah mengecap kebahagian.Jangan lupa pada-Nya yang telah memberi rezeki dan rahmat kepada kita.Tanpa-Nya, kita bukanlah sesiapa didunia ini.Biar kita miskin di dunia tetapi kaya di akhirat kelak.Biarlah kita susah hidup di dunia asalkan kita senang di sana...
No comments:
Post a Comment